Isabella memandang pantulan dicermin melihat dirinya memakai baju kurung moden berwarna putih berserta dgn tudung yang dililit cantik dikepala.
"Mummy Bella!" Dhia masuk ke bilik itu bersama dengan Dhika didukungan.
"Dhika sayangg." Tubuh Dhika diambil dari dukungan Dhia.
"Kau okey tak?" Tanya Dhia. Isabella diam.
"Kau rasa ni jalan yang betul ke? Macam mana kalau dia bukan orang yang baik?" Kata Isabella. Dhia tersenyum.
"Kau ni Bella, banyak sangat overthinking tauu." Kata Dhia sambil mengusap tangan Dhia.
"Tak ada apa lah. Yusof tu baik orangnya. Memang lah kadang-kadang suka buat hal but he's such a nice person babe." Kata Dhia dengan senyuman manis. Isabella diam.
Tiba-tiba pintu diketuk lalu daun pintu dibuka. Tersembul wajah Yusof.
"Dhia, can i talk to Bella?" Tanya Yusof. Dhia mengangguk lalu keluar bersama Dhika.
Yusof melangkah masuk ke dalam bilik itu. Tergamam Isabella apabila melihat kekacakan Yusof dengan berpakaian baju melayu putih.
"Kau okey kan? I know it's out of sudden." Kata Yusof. Isabella memandang wajah Yusof.
"Kau dah habis fikir ke nak memperisterikan aku?" Tanya Isabella. Yusof mengangguk.
"Aku tak pernah meragui keputusan aku." Kata Yusof. Isabella menunduk.
"Aku bukan perempuan yang baik." Kata Isabella. Yusof tersenyum.
"Aku pun bukan lelaki yang baik, aku ada kekurangan aku. But let's fikir macam ni. Kau ada kelebihan kau, aku ada kelebihan aku. Kelebihan kau untuk melengkapi kekurangan aku, kelebihan aku untuk melengkapi kekurangan aku. Kita saling melengkapi okey?" Kata Yusof. Isabella tergamam.
"Dah tak ada apa nak di risaukan. Jom lah turun semua dah ada." Kata Yusof. Isabella mengangguk.
Kini Yusof duduk di hadapan Tok Kadi bersama wali Isabella iaitu Encik Saddam.
"Ni kalau lafaz sekali tak lepas Tok Kadi suruh ganti pengantin lelaki." Usik Fawwaz.
"Yee nok and dah tentu pengantin lelaki tu aku nanti." Kata Adrian lalu gelak perlahan bersama Fawwaz.
"B-betul ke Tok?" Tanya Yusof terus ke Tok Kadi di hadapannya. Tok Kadi itu tertawa kecil.
"Tidak lah." Kata Tok Kadi. Yusof bernafas lega.
"Korang ni boleh tak jangan kacau? Sini ikut aku." Telinga mereka dipulas oleh Eldian dan Tengku Eykal lalu dibawa menjauhi Yusof.
"Eh eh team bala nak kahwin tu babe!" Kata Fawwaz sambil meronta ingin dilepaskan.
"Kau buat hal aku halau kau keluar." Kata Eldian. Adrian dan Fawwaz mencebik.
"Kalau macam tu kita mula kan lah ye?" Ujar Tok Kadi itu. Yusof menarik nafas dalam lalu menyambut huluran tangan Tok Kadi itu.
Isabella yang berada di atas pelamin berasa berdebar. Pantas Dhia menggenggam tangan Isabella.
"Everything's will be fine." Kata Dhia. Isabella tersenyum hambar.
"Yusof Al-Fattah."
"Saya."
"Aku nikahkan dikau dengan Isabella Ezzrene binti Saddam dengan mas kahwin dua puluh ribu ringgit tunai."
"Aku terima nikah Isabella Ezzrene binti Saddam dengan mas kahwin dua puluh ribu ringgit tunai"
"Sah?"
YOU ARE READING
HIS PAST:ELDIAN AMIR(COMPLETE)
Random[C O M P L E T E] "you're my first love and you always win in my heart." Eldian Amir, seorang jejaka dingin, tidak melayani wanita. Bekerja keras dalam syarikatnya sendiri. Nur Dhia Zafira, gadis yang dulunya playgirl dan mampu mematahkan hati Eldi...