Chapter 19 : Silent Angel

1.5K 57 1
                                    

                    LANGIT malam melabuhkan tirainya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                    LANGIT malam melabuhkan tirainya. Kini, sang mentari pula yang mengambil alih tugasnya. Gadis bertubuh mungil itu masih nyaman dengan kehidupannya di kendalian mimpi. Matanya yang terpejam rapat serta dengkuran halus yang keluar dari mulutnya menandakan bahawa dirinya terlena dengan sangat nyenyak.

Tubuhnya terlalu lelah. Manakan tidak, semalaman waktunya terbuang begitu sahaja untuk menerima hukuman dari sang majikan. Sebuah hukuman yang membuatkan tubuhnya seakan-akan sudah hancur berkeping-kepingan.

Evender menghukum Keira dengan sangat kejam. Langsung tidak berperikemanusiaan terhadap gadis yang hanya berusia 18 tahun itu sehingga membuatkan gadis itu tidak sedarkan diri hingga menjelang siang.

Sedangkan Evender, dia sudah membuka matanya sejak beberapa jam yang lalu. Paginya diawali dengan minuman berakohol kegemarannya. Huh! Benar-benar cari mati! Pagi-pagi buta je sudah mengambil minuman sedemikian rupa!

Pemandangan halaman rumah agam yang mewah itu menyapa panca indranya ketika berada di balkoni kamarnya. Fikirannya teringat semula akan kejadian semalam. Senyuman sinis terukir serta-merta. Akhirnya, wanita yang menyakiti Keira sudah menghilang dari muka bumi ini. Evender tetap dengan pendiriannya. Tidak ada seseorang pun yang boleh menyakiti Keira melainkan dirinya sendiri. Kerana Keira Elaine... Miliknya mutlak selamanya.

"Signor! Maaf, mengganggu waktu. Pakaian Cik Keira dah siap dikemaskan. Saya dah periksa semua, tak ada apa-apa yang tertinggal." lapor Makcik Leah yang yang baru sahaja menyelesaikan tugasnya.

Sedari pagi, Makcik Leah dan pekerja yang lain sudah menjalankan tugas mereka dengan lebih awal atas perintah daripada Evender.

Ketika mengemas di kamar Keira, hati Makcik Leah seperti ditoreh oleh beribu pisau yang tajam saat melihat tubuh Keira yang dibaluti dengan selimut dengan lebam yang masih membekas di tubuh mungil itu. Keira terlihat sangat kepenatan. Makcik Leah dapat membaca dari riak wajah gadis itu bahawa majikannyalah yang menghukumnya.

"Masukkan semua barang dalam kereta. Jangan tertinggal satu barang pun. Lepas kau dah settle yang tu, masakkan bubur untuk Keira. She has a fever right now. Jangan lupa bagi ubat sekali." arah Evender mendatar.

"Si, singor. Saya pergi dulu." Makcik Leah membungkukkan sedikit tubuhnya lalu pergi meninggalkan Evender dan berbalik semula ke arah semua barang yang dikemasnya tadi.

Makcik Leah sempat melirik ke arah Keira yang masih tertidur pulas. Sebagai wanita yang sudah menjadi seorang ibu, sudah pasti hanya turut goyah tatkala melihat keadaan gadis yang masih muda itu menjadi sadis seperti itu. Seharusnya di usia Keira yang masih muda itu, dia harus menjalani fasa remajanya dengan belajar bersama-sama dengan rakan-rakannya. Itu adalah fasa remaja yang menuju ke alam dewasa yang patut dijalaninya.

Namun, Keira Elaine tidak dapat merasai keindahan itu. Hidupnya sudah hancur sedari dirinya masih kecil. Mimpinya untuk merasai semua itu sudah hancur berkecai. Lebih hancur dan gelapnya saat masuk ke dalam neraka Evender Delrico.

𝐎𝐆 | 𝐄𝐯𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫'𝐬 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧Where stories live. Discover now