Tuhan,
Ada satu nama yang namanya sering aku selitkan dalam doa,
Sekiranya dialah yang terbaik untuk urusan dunia dan akhiratku,
Maka kau dekatkanlah kami dengan cara yang kau redhai.
Sekiranya dia hanyalah ujian dariMu,
Maka kau kuatkanlah imanku untuk menahan hawa nafsu.
Aku yakin,
Ujian yang kau beri adalah satu bentuk untuk aku sedar,
Dalam berkata-kata perlulah bertanggungjawab dengan apa yang dikatanya.
—
Tuhan,Sekiranya nanti aku akan sedih dengan perpisahan,
Kau kuat kanlah hatiku.
Yakinkan aku bahawa,
Akan ada orang lebih baik daripadanya.
Dan akan ada orang yang lebih baik daripadaku.
Sesungguhnya engkau lebih tahu atas setiap percaturan yang Engkau aturkan.
Maka kau jadikanlah perpisahan yang bakal terjadi sebagai perpisahan yang termanis sebagai seorang sahabat.
YOU ARE READING
Penghijraan Seorang Gadis♚
PoesíaPuisi ini berdasarkan penghijrahan seorang gadis yang kembali kepangkuan Tuhannya. Kadang juga menulis untuk meluahkan hasrat terbuku dalam hati. Gadis ini masih mentah. Mudah putus asa. Jadi dia menulis. Agar dapat kekuatan semula. Moga apa -- Yang...