Bab 9

219 12 0
                                    

HADEEF mengerling jam tangan seraya anak mata dilemparkan ke kawasan sekolah.

Ya.

Dia sekarang berada di sekolah tempat Haania mengajar dan sudah tentu lah dia datang ke sini tanpa pengetahuan Khalish. Nasib dia ada nombor telefon Khairina. Boleh la dia minta wanita tersebut memberitahu Haania bahawa ada tetamu yang ingin datang menjumpainya.

Kaki kanan tidak boleh duduk diam. Tidak tahu la kenapa dia yang nervous sedangkan dia tiada sebarang hubungan pun dengan gadis bernama Haania itu. Entah mengapa hatinya seperti meronta-ronta mengajak dia untuk bersua muka dengan gadis tersebut. Seolah-olah seperti inginkan kepastian.

Dia kini sedang duduk di sebuah pondok kecil. Sekali-sekala telinga menangkap bunyi tawa para pelajar kerana sekarang merupakan waktu pulang.

"Encik?" Suara feminin tersebut membuatkan Hadeef laju palingkan muka. Tubuhnya statik. Mulut juga seakan terkunci sebaik sahaja melihat seraut wajah tersebut. Sebelum ini dia pernah nampak di kedai buku tetapi lihat sekilas sahaja. Tetapi bila lihat di hadapan mata macam ni lama-lama, membuatkan dia kaku.

Bukan kerana terpesona atau sebaliknya. Dia seakan terpatri disitu oleh kerana sebab lain. Sebab yang sudah tentulah membuatkan dia hilang kosa kata.

Melihatkan wajah lelaki di hadapannya ini, timbul kerutan di dahi Haania. Siapa pula lelaki ni? Bila lihat dengan betul, baru lah Haania perasan.

"Eh awak bukan ke yang dekat Popular haritu?" Wajah ini adalah wajah yang dia lihat di kedai buku Popular tempoh hari. Tetapi apa motif lelaki ini datang menjumpainya?

"Kak Khai bagitahu awak nak jumpa saya. Boleh saya tahu kenapa?" Terkejut juga dia apabila Khairina memberitahu apabila ada lelaki yang nak jumpa dia. Sangkaannya Khalish tetapi wanita itu lebih pantas menafikan membuatkan dia hembus nafas lega.

"Haania right?"

Namanya yang meniti di bibir jejaka tersebut menambahkan lagi rasa kaget. Macam mana pula lelaki ini boleh tahu nama dia?

"Ye saya. Boleh saya tanya macam mana encik tahu nama saya?"

"Saya kawan Khalish."

Mengejung sekujur tubuh Haania jadinya. Terus riak wajah menjadi datar. Jelas tidak senang di situ. Jangan cakap...

"Khalish ke yang suruh awak datang jumpa saya?" Dia sendiri yang mengelak dari terus berhubung dengan lelaki tersebut jadi tidak mustahil Khalish menghantar lelaki yang dia sendiri tidak tahu namanya siapa ini sebagai wakil.

"Eh tak. Saya datang ni pun tak bagitahu Khalish. By the way, nama saya Hadeef." Lupa pula nak perkenalkan diri.

"So Encik Hadeef, boleh saya tahu kenapa awak nak jumpa saya?" Soalan yang diajukan itu diulang. Hadeef nampak teragak-agak. Mulutnya sekejap dibuka tetapi tak sampai dalam tiga saat, lelaki itu kunci semula mulutnya.

"Maaf jika saya menganggu awak tapi tak apa la. Saya balik dulu." Dia sendiri tidak ada motif sendiri kenapa dia datang jumpa Haania. Apabila lihat sendiri wajah gadis yang Khalish suka itu, lagi bertambah rasa gamam itu.

Aik? Kerutan terentang di dahi Haania. Belum sempat dia membuka mulut, Hadeef terlebih dahulu membuka langkah meninggalkan dia yang masih lagi terpinga-pinga disitu. Haania menggaru sisi kepalanya yang tidak gatal. Pelik betul lelaki ini. Datang sebagai kawan Khalish, ingatkan nak cakap perkara berkaitan dengan lelaki tersebut, tetapi tak ada pula. Malah, terus pulang macam tu sahaja?

Kepala digeleng kecil. Manusia, manusia. Pelik betul.

***

"MASUK." Ringkas sahaja balasan yang diberikan oleh Khalish apabila mendengar pintu pejabat miliknya diketuk. Tersembul wajah Hadeef.

Anugerah Terindah [HIATUS]Where stories live. Discover now