Chapter 75

137 5 0
                                    

Thaqim dan kawan-kawan polis yang lain memandang satu sama lain kemudian menggelengkan kepala. Darwish mengeluh

“Dia terlupa tutup mic ke apa ni? Ke saje free show tunjuk cara pasangan kekal bahagia?" - Darwish

“Entah, dia ingat aku ada masa ke nak dengar kecomelan dia bergaduh dengan bini dia tu?"
- Thaqim

Qaidir dan Safwan tergelak akan kecemburuan duo maut itu. Dari zaman Airil sampailah Kayr, dua-dua masih cemburu membabi buta dengan pasangan kahwin

“Eh dah dah hahahah Kayr suruh kita gerak alihkan bodyguard semua tu nanti bini dia nak lalu”

Semua angguk kepada Qaidir dan mula bergerak melakukan misi. Kayr dan Aya pula sedang merangkak atas kayu menuju ke laluan yang dirancang

“Sheera dengan Hamzah okay pergi umrah tadi?"

“Okay je, nampak happy diorang tu hihi suka tengok.. nanti ada rezeki nak pergi dengan abang pula"

Kayr hanya senyum, beberapa minit kemudian mereka berhenti dan menunggu semua bodyguard diselesaikan oleh ahli team yang lain.

“Dah kau dah boleh masuk Kayr, jangan lupa tutup mic"

“Err hehehe okay jumpa korang sana”

Setelah teammates menembak dengan senjata ganas kepada bodyguard² yang berdiri di kawasan itu daripada jauh, Kayr mendarat ke tanah dulu kemudian menyambut Aya dengan selamat

“Fuh not bad but Aya suka Aya suka!"

“(menggelengkan kepala) dah jom kita kena gerak nanti tak pasal-pasal something unexpected happen pulak”

Aya angguk dan memegang tangan suaminya. Mereka berjalan menuju ke pintu keluar menggunakan laluan yang agak jauh itu tetapi selamat untuk Aya. Kayr memegang erat tangan Aya, tak mahu dilepaskan lagi

“Kenapa abang tak ikut pergi hantar Hamzah dengan Sheera tadi?"

“Erm? oh.. (senyum) Tiba-tiba ada suprise untuk kita berdua so abang pergi la settel benda tu dulu hehe"

Aya tergamam dan angguk. Aya tertanya-tanya lalu berharap mendapat jawapan daripada Kayr, Kayr berdegil tidak mahu beritahu

“Alah nanti tengok je la kat rumah okay?"

“eeishh yelahh (memuncungkan bibir)”

Lama jugak mereka berjalan untuk ke pintu keluar, mereka senyap dan fokus. Setelah beberapa minit, Kayr berhenti dan senyum menatap Aya

“Sayang bangga ke ada suami macam abang ni? bila tengok balik...banyak kekurangan abang bagi kat sayang"

“Haipp kenapa cakap macam tu, abang dah buat yang terbaik pun~ Aya rasa abang dah sumbangkan banyak dah kat Aya, kadang-kadang rasa malu la pulak"

Kayr ketawa kecil lalu mengusap pipi Aya dengan lembut dan tiba-tiba sebak

“Abang minta maaf buat Aya lalui semua ni, mungkin abang tak dapat untuk cipta kehidupan yang Aya nak tapi abang akan sedaya upaya lindung Aya seperti mana abang dah janji dulu okay? Abang minta maaf atas segala-galanya sepanjang abang jadi suami Aya... halalkan makan minum abang"

“Abang...? kenapa tiba-tiba pula ni? Abang kita dah janji kita akan keluar dari sini sama-sama  (memegang pipi Kayr) Abang jangan macam-macam and dare tu leave me! I will hate you forever if you did"

Kayr tidak berkata apa dan hanya senyum kemudian menurunkan tangan Aya. Tepat pada waktu Fathin muncul dari satu tempat membuatkan Aya terkejut. Fathin dan Aya berpelukan erat dan menangis

“Syukur Aya selamat! Mak cik minta maaf ya sayang.. mak cik tak jaga Aya elok-elok"

“Tak mak cik~ jangan rasa macam tu lagipun see? Aya dah selamat terima kasih dekat abang~ (menoleh ke Kayr)"

Kayr mengeluarkan gelang yang tercicir dan terus memakainya semula kepada Aya.

“(senyum) Sampai sekarang, betul maksud gelang ni.. Aya masih terkurung dalam kesusahan jika gelang ni tiada di sisi.. Terima kasih perisaiku"

Kayr angguk dengan senyuman bersama Fathin. Namun kegembiraan mereka tidak bertahan lama apabila secara tiba-tiba tembakan pada sisi dari belakang dilepaskan.

“IBU?! CLARA!?”

Clara menembak di setiap sisi manakala Erysa berdiri di balkoni tingkat atas rumah memandang dengan dingin.

“(tutup telinga dan pejam mata) Mak cik! Mak cik Aya takut!!”

“Tak apa sayang shhh (peluk Aya dengan erat) shh mak cik ada”

Kayr tidak boleh melihat situasi tersebut, matanya melihat ke arah Clara yang menangis secara paksa. Dia berlari ke arah Clara dan cuba untuk memberhentikannya

“sudah Clara!! Kau dah gila ke?! Kau tak kesian kat Haqeel ke?! Dia mesti kecewa kau buat macam ni! (dongak kepala ke arah Erysa) ibu! ibu dah tak kesian dekat Kayr ke!?!”

Sambil memegang pistol yang dipegang Clara. Kayr menahan dengan muka yang sangat merah. Tangan Kayr dan Clara yang agak kuat membuatkan pistol itu melepaskan peluru tidak tentu arah.

Tangan Kayr yang lebih kuat telah mencampakkan pistol itu jatuh jauh ke lantai. Clara memandang ke arah pistol tersebut membuatkan Clara terkaku dan terkedu

“Mengucap Clara, like Haqeel control you.. you have to Control exactly like that to yourself. Don't lose the better version of you to something stupid that can ruin you with just evil mindset”

Clara hanya berdiri dan merenung Kayr. Kayr juga merenung Clara dan membaca matanya.

“JANGAN TERTIPU DAN JADI BODOH! BUKAN KAU SAYANG SANGAT KE HAQEEL?! TAKKAN KAU TAK NAK CARI KEADILAN DIA! BUNUH DIA!”

Clara rebah ke lantai dan termenung memikirkan masa depan. Kayr menggenggam tangan sambil menahan air mata. Kayr memandang ibunya yang masih mempunyai mata iblis

“Ibu nak sangat kan? (senyum dan akhirnya air mata berair)”

BERSAMBUNG

C | Aku Perisainya Where stories live. Discover now