"Hahh, korang mesti nak cakap hal penting, jom naik" Zia menarik tangan Esya dan Ana untuk menuju kebiliknya.
Tiba dibilik..
Semua perabot didalam bilik itu dihiasi warna biru, jendela yang terletak disebelah katil dan meja belajarnya sengaja tidak bertutup membiarkan ruangan diterangi cahaya bulan. Rak buku manga anime disusun rapi ditepi meja, alas katil dan bantal bewarna hitam, patung musang berwarna putih bergaris kemerahan diletak disudut jendela. Jam tetingkap terletak dimini cabinet tepi katil. Masuknya Esya dan Ana kedalam bilik itu automatik lampu terbuka seperti sedia menerima tamu.
Mereka pun duduk di futons yang tersedia di biliknya bersama bantal lembut yang sengaja dibiarkan berterabur dilantai. Television kecil terletak tidak jauh dari kepala katil, dan laptop dibiarkan terbuka menampakkan tulisan digital berbaris-baris. Makanan ringan seperti kuih, keropok dan minuman bergas sengaja diletakkan ditengah-tengah ruangan.
Esya dan Ana takjub, walaupun rumahnya terlihat biasa-biasa saja seperti rumah jepun dari luar, tetapi didalamnya mengandungi bermacam-macam teknologi yang tidak pernah terjual dimana-mana kedai. Siapa Zia sebenarnya? Zia pun tidak tahu siapa dirinya.
"Kitorang terjumpa kotak ni, dan ada surat juga, tapi pening aku tengok tulisan berangkai dia tu" Ujar Ana memulakan topik.
Zia mengambil surat yang berisi tulisan berangkai itu. "Tulisan berangkai yang selalu digunakan oleh orang francis?" Zia menjegil sebelah matanya dan menaikkan kerutan sebelah pipinya, terpaparlah muka tidak tertariknya.
"Aku rasa Ikah boleh baca" Esya dengan bersungguh sungguh.
"Ikah memang pandai, tapi ini tulisan berangkai dan tersalut sana, tersalut sini, huh?" Zia sambil menggoyangkan badannya kekanan dan kekiri lalu bercekak pingang.
"Baca lerr" Ana.
"Oke surat ni tertulis......
hello, my little owner. choose me, oh user of the power of the seven elementals of nature in the future. Save the ruined and chaotic land.
hello, pemilik kecilku. pilihlah aku, wahai pengguna kuasa tujuh elemental alam dimasa depan. Selamatkan tanah yang hancur dan huru-hara itu.
~F
"Itulah yang tertulis dikertas ni" Zia sambil memandang temannya. Lalu dia mengomen "siapa pula 'F' ni?"
Esya dan Ana terdiam.
Lalu Esya bersuara "Berguna juga kau rupanya, aku ingatkan bodoh sangat tadi, hahaha!" Gurau Esya lalu tertawa santai.
Zia hanya terduduk geram. Kerutan sebelah kening bergerak-gerak sambil tersenyum kikuk. Ada juga orang kena simbah air free ni kang.
"Jadi, ada apa kat dalam kotak ni"
"Tunggu!! Jangan-" Tak sempat Esya menghalangnya, Zia sudah pun membuka kotak itu.
"Hmm" balas singkatnya sambil matanya meneliti dengan serius keempat-empat eksesori yang ada di dalam kotak.
Ada yang berbentuk gelang , cincin, dan dua rantai bereksesori permata yang bersinar seperti permata di laut dalam. Benaknya berbisik 'mungkin yang dimaksud adalah diorang, tapi bukan aku'"Kenapa?" Ana menyoal dengan riak ingin tahu.
Zia terus memandang tepat di anak mata Ana dengan serius. "Jap! Kita perlukan mata yohan" Zia kembali bersuara. Sebenarnya dia mahu menanyakan pendapat Yohan tentang apa yang dia ketahui.
YOU ARE READING
Missing Elementals | The Founding Power [Repair]
Cerita PendekZia merupakan seorang gadis yang bersekolah di smk pecinta alam. Dia dulunya seorang pendiam dan apa yang ingin dikatakan lain pula yang keluar dari mulutnya, malah ayatnya membuat orang yang mendengar menjadi kebingungan dan salah faham. Dia mempun...