Mereka berempat kini berada di dalam sebuah restoran. Selepas sahaja membuat pesanan, Datin Julia mula membuka topik.
"Korang berdua dah berapa lama dah bercinta?" Soalan pertama keliar dari mulut Datin Julia. Adellea menoleh ke arah Zafreel. Lelaki itu hanya tenang sahaja. Dia sudah seperti cacing kepanasan.
"Kami sebena--"
"Kami dah bercinta 2 bulan dah aunty."
Adellea berdecit benci, belum sempat lagi dia memberitahu hal yang sebenarnya, lelaki itu sudah memotong percakapannya.
"Kenapa mummy tak pernah tahu pun selama ni, Zaf?"
"Kan haritu mummy cakap, yang mummy dah memang berkenan dengan Adellea. Jadi Zaf setuju jelah." Dia menoleh ke arah Adellea. Makin pucat pulak muka cinta hatinya.
"Pandai eh you cari calon menantu Liha. Sekali dapat yang mata warna hijau. Plus ada keturunan Arab dan Pakistan." Teruja Datin Julia selepas mendengar kisah Adellea tadi.
Mereka hanya ketawa kecil. Zafreel tak lepas dari memandang wajah jelita Adellea.
"Aunty...Lea ada benda nak cakap sikit dengan aunty ni."
"Lea nak cakap pasal apa tu. Macam ada benda penting je."
"Kami sebena--" Belum sempat Adellea menghabiskan ayatnya, seorang pelayan meletakkan dulang makanan dimeja mereka. Makanan yang dipesan oleh mereka tadi telah tiba.
"Kita makan dulu ya? Lepas ni, kita sambung cakap lagi." Pelawa Datin Zaliha.
'Aduu. Kacau line betul la waiter ni. Habis la aku.' Gumam nya dalam hati. Dia menoleh ke wajah Zafreel. Anak matanya bersambung dengan anak mata Zafreel. Jelas lelaki itu senyum kemenangan.
Dalam perjalanan pulang, masing-masing lebih selesa berdiam diri. Adellea mengeluh perlahan. Penat dia asyik kena paksa. Zafreel yang sedang memandu itu masih lagi tidak lekang dari senyuman.
Apabila merasa kereta sudah berhenti, Adellea melihat ke luar tingkap. Dah sampai depan rumah. Dia membuka tali seatbeltnya. Dia menoleh ke arah Zafreel.
Lelaki itu hanya sengih ke arahnya. Adellea menjuling matanya ke atas.
"Apahal mengaku yang aku ni girlfriend kau depan aunty tadi?" Zafreel hanya buat-buat tak tahu.
"Hello...I'm asking you right now." Dia melambai tangan ke wajah Zafreel.
"Entah. Tak tahu. Tapi aku tengok mummy okey je. Lagi pun dia setuju je kalau aku kahwin dengan kau." Zafreel sengih jahat ke Adellea.
"Aunty memang la okey. Yang tak okey sekarang ni, aku. Aku jadi mangsa kau sekarang ni."
"Tahu pun. Kenapa tak terus terang je dekat mummy tadi. Kenapa diam?" Mendidih darah Adellea. Makin lebat senyuman Zafreel. Asyik lelaki tu je menang.
Liyana yang dari tadi lagi menjadi penonton dari dalam rumah. Dia hanya menjadi pemerhati sambil makan kerepek pisang.
"Apa dua orang manusia tu tengah buat eh? Tak turun-turun lagi si Lea tu." Justeru itu, dia kembali meyuap kerepek pisang ke dalam mulutnya.
"Daripada aku jadi gila sekarang ni, baik aku pergi masuk rumah dulu. Thanks for the ice cream and movies." Dia senyum tidak ikhlas kepada Zafreel. Dia membuka pintu kereta dan tutup dengan kuat. Mau lingkup pintu kereta tu.
Oh sebelum dia lupa, dia kembali ke arah kereta Zafreel. Cermin tingkap diketuk sekali. Laju sahaja cermin itu turun.
"Ya cinta hati. Ada tertinggal barang ke. Ke tertinggal hati saya?"
Adellea sengih dulu. Selepas itu, dia meletakkan sekeping duit yang bernilai RM 50 ringgit ke dalam kereta Zafreel sambil senyum.
"I hate you. And don't call me 'cinta hati' again. Because i am not yours. Assalamualaikum." Adellea memusingkan badannya, kemudian berjalan ke arah pintu rumah.
"I love you too, Cinta hati sayaaa!" Jerit Zafreel. Adellea cepat-cepat menutup pintu rumah. Haish kalau jiran dengar ni, comfirm jadi gosip.
"Eii, nasib comel cinta hati aku ni. Cekup masuk dalam kereta kang." Dia mula meninggalkan kawasan rumah Adellea. Ada benda yang nak dibincangkan dengan mummynya.
Adellea menarik nafas dalam-dalam kemudian hembus perlahan-lahan. "Gila punya mamat, suka hati mak nenek dia je nak jerit macam tu." Gumam Adellea perlahan. Tapi masih didengari oleh Liyana yang masih terkejut.
Adellea mengunci pintu kemudian memusingkan tubuhnya. Apabila dia mengangkat muka, dia melihat muka Liyana dengan mulut ternganga. Macam momok. Terkejut dia.
"Astaghfirullahalazim" Adellea memegang dada sendiri.
"Kau ni dah kenapa yana? Dengan kerepek pisang jatuh, mulut ternganga."
"Wey...kau dengan mamat tu apa cerita. Lain macam cara dia panggil kau." Soal Liyana.
"Kejap lagi la aku cerita dekat kau. Aku serabut ni. Aku nak pergi mandi dulu." Liyana hanya melihat kawannya yang berjalan ke arah tangga itu. Dia masih lagi terkejut.
"Lain macam kawan aku ni."
~
TBC
Sorry baru sempat update. Busy dgn kerja khusus. And otak tak memberi kerjasama untuk chapter ni.
Vote for next chapter ✨💋
YOU ARE READING
𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬
RomanceMengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas tapi baik hati. Dia mempunyai darah kacukan Melayu-Pakistan-Arab dan mempunyai warna iris mata yan...