Pagi menjelma. Terpancar sinar matahari di balik langsir hitam bilik Dean. Dengan wajah yang masih mamai, aku buka sedikit mata. Berat pula rasanya mahu buka sepenuhnya.
Pening kepala aku. Terlebih tidur ke? Aku pun tak tahu. Dah banyak kali aku susah tidur sejak kebelakangan ni. Nak kata insomnia, takkan la.
Kuatkan aje la kudrat badan untuk bangun, kalau tak sampai ke tengah hari la aku terlentang baring.
Harini, tak tahu nak buat apa. Aku masih berada di rumah Dean. Ingat hari ini baru nak pergi ofis ambil kunci rumah yang sekian lama bertapa di meja ofis ku.
"Rindu pula rumah sendiri. Tak apa lah, harini juga aku balik rumah ku" sambil memicit micit kepala yang dari tadi berdenyut.
Dalam menghayati kesunyian sendiri, tiba-tiba bunyi dering telefon aku memecahkan suasana. Terus aku meneliti nama yang terpapar di skrin.
"HAQQ"
terus bersenam robik jantung aku. Kenapa awal awal pagi dia call aku ni.
Tanpa banyak bicara, terus dengan berat hati aku angkat panggilan itu. Harap lah hal yang penting aje dia ingin beritahu ni. Kalau tak sia sia aje usaha aku angkat panggilan dia.
Sebaik sahaja talian berhubung, Haqq memberi salam terlebih dahulu.
"Assalamualaikum...Hayfa ke?" Tanya Haqq dengan penuh lagak karisma nya.
"Waalaikumsalam..ya saya. Kenapa Haqq? Telefon saya pagi-pagi ni" dengan suara yang serak basah seperti Ella, aku gagahkan juga menjawab pertanyaan nya.
Terdengar ada ketawa kecil di hujung. Apa yang kelakar?
"Tak ada lah. Saya cuma nak bagitau yang ayah awak boleh discharge hari ni. Pukul 12 tengah hari nanti" jelas Haqq sambil terdengar ada bunyi seperti sedang menghirup secawan air.
"Ya Allah..betul ke ni?!" Tanyaku inginkan kepastian.
"Ada nampak saya main main ke? Saya doktor la, I know my job" berlagaknya mamat Mercedes ni.
"Okay terima kasih sebab bagitau. Itu aje kan?" Bertanya lagi, kot la ada lagi hal penting yang lain dia mahu cakap.
"Ya itu sahaja. Oh one more thing, awak free ke petang nanti? Jom jalan-jalan petang?" Ajak Haqq dengan nada gentleman nya. Huh menyampah!
"Err...yang itu saya kena fikir dulu. Saya kena tengok jadual harian saya dulu" bajet la macam ada jadual harian, entah sejak bila aku hidup berpandukan jadual pula. Alasan nak elak la tu.
"Baik saya faham. But do tell me if you want to join. Saya boleh ambil awak" jawab Haqq mesra. Ikhlas ke dia ni ajak aku? Ke ada agenda lain.
"Baik Encik Haqq" jawabku seolah malas.
"Baik will see you later. Assalamualaikum" ucap Haqq dan terus mematikan talian.
Aku hanya menjawab salamnya dalam hati. Entah kenapa rasa annoying pula dia tu. Tapi apa yang penting, ayah aku dah boleh discharge hari ini. Alhamdulillah syukur teramat.
Skrin telefon di belek lagi ke kiri ke kanan. Jam sudah pun menunjukkan tepat pukul 10 a.m. Tak ada apa yang menarik perhatianku saat ini.
Aku membuka laman Twitter milik ku. Terus mencari apa yang menarik hari ini. Sedang sibuk jari laju menggesek skrin, tiba-tiba satu notifikasi masuk.
Aku meneliti apa yang tertera di notifikasi itu.
"khff_98 request to follow you"Berkerut dahi ku melihat apa yang baru sahaja masuk. Siapa dia ni? Gambar profile pun berlatar belakangkan pantai.
YOU ARE READING
Termaktub Dalam Doaku
RomanceManusia itu lemah, tapi selemah-lemahnya manusia itu mereka akan kembali kepada fitrah. Entah doa apa yang aku tadahkan, sampai Allah kurniakan aku seorang lelaki yang serba serbi sempurna. Takdir atau kebetulan? Atau mungkin pinjaman? Atau untuk se...