1

39 2 0
                                    

"Nak kemana tu Yura?" Soal Puan Aini sambil mencekak pinggang di ruangan tamu.
Dilihat jam pada dinding , pukul sebelas malam.

Yura mengeluh perlahan. "Yura nak keluar." Balasnya pendek. Kini giliran Puan Aini pula menghela nafas.

"Asyik-asyik keluar lewat malam. Kamu tu anak dara! Berapa kali dah mama pesan. Mama pun dah lali lah nak bising-bising. Cakap dengan Yura ni macam cakap dengan dinding, takde kesan langsung." Kata Puan Aini , masih lagi mencekak pinggang.

Yura berdecit , tidak suka bila mamanya mula berleter. "Suka hati Yura la ma. Yura reti jaga diri." Balas Yura lagi , kakinya laju melangkah kearah pintu. Malas lagi mahu menunggu.

"Yura Aiyana!" Teriak Puan Aini dari dalam rumah. Kecewa sungguh bila diperlakukan sebegitu. Dia hanya mampu mengeluh.

Yura Aiyana , gadis yang tinggi sifat ego dan keras kepala. Sehingga ibunya sendiri sudah lelah menasihati dirinya. Ibunya sering mengatakan yang dia perlu berubah kejalan yang lebih baik. Namun nasihat itu tidak diendahkan.

Why should i changed if i can be myself ?

Ayat itu serupa seperti moto hidupnya. Yura mengeluh perlahan. Kereta Mini Cooper miliknya dipandu laju.

˖⭒☾˳·˖✶

"Kenapa you lambat?" Soal Naufal dengan nada tak puas hati. Yura berdecit.

"You tak perlu bising lah! Stres you tahu?" Serentak itu dia menunjukkan riak menyampah. Naufal mengeluh perlahan.

"Yelah sayang, you ada bagitau mama you tak pasal kita? Kita kan nak kahwin..." Kata Naufal sambil senyuman manis ditayang. Sebenarnya ada agenda lain yang dia mahu lakukan. Berkahwin hanyalah satu taktik buatnya.

"I tak sempat la, Naufal. I busy. Memang auto tak ingat. It's okay, I bagitau mama esok." Terang Yura panjang lebar. Naufal mengangguk faham.

"Okey lah kalau macam tu. Teman I main snooker jom." Ajak Naufal. Yura hanya menurut.


˖⭒☾˳·˖✶

Jam menunjukkan pukul sebelas pagi , namun anak daranya yang itu masih lagi belum bangun dari tidurnya. Niatnya mahu pergi kerumah sahabatnya kian terbantut. Tetapi , disebabkan malas berfikir panjang , dia terus ke rumah sahabatnya itu.

"Yareeq, teman mama jom." Ajak Puan Aini. Yareeq mengangkat kening. "Nak kemana?" Soal Yareeq pula. Lantas itu Puan Aini tersenyum.

"Pergi jumpa bakal adik ipar kamu la". Balas Puan Aini. Tidak banyak cakap, Yareeq mengatur langkah mengikuti ibunya.

˖⭒☾˳·˖✶

Athir termenung sendiri. Semenjak ini dia banyak termenung, entah apa yang dimenungkan.

"Athir..." Panggil Puan Athirah. Athir yang termenung tersedar dari lamunannya. "Ya ibu?" Sahut Athir. Langkahnya dibawa ke si ibu.

"Kenapa, ibu ?" Soalnya. Puan Athirah membawa dirinya ke ruang tamu. Athir hanya akur. Sampai saja di ruang tamu , kelihatan seorang wanita. Siapa kah gerangan itu ?

"Athir, ni kawan ibu. Aunty Aini. Kamu tahu pasal cadangan nak satukan kamu dengan seorang gadis tu kan?". Dengan laju Athir mengangguk.

MADNESS OBSESSION [ ON HIATUS ] Where stories live. Discover now