Dah dua hari berlalu setelah sesi keluar aku dengan Zayyed. Habis jugak hutang aku dengan dia.
Baguslah. Memang aku malas nak hadap muka dia hari-hari.
Zayden pula tak mesej aku dah sejak aku balik haritu. Pelik.
Sofea pula semalam nak belajar masak. Nasib aku ni kira boleh lah jugak masak. Aku ajar masak smoked shrimps. Senang aje.
Pastu harini pulak, dia kata nak keluar dengan member dia. Aku pun okey jelah. Janji balik sebelum tengah malam.
Tetiba, aku teringatkan kes rempuh treler tu. Laki tu!
Kenapalah masa dalam lif tu, aku tak tanya nama dia? Walaupun aku rasa dia akan bagi nama palsu.
Aku buka laptop. Buka artikel harini. Dah tiada berita tentang Fake Angel. Pencen dah kut.
Aku buka artikel tiga hari lepas. Kejadian rempuh treler itu.
12 NOVEMBER 2019 : KEMALANGAN LANGGAR LARI
Mohamad Kamal, 34 tahun, meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital setelah dirempuh teruk oleh satu treler yang dibawa oleh seorang lelaki 40-an.
Mangsa dalam perjalanan ke tempat kerjanya dengan menaiki motosikal. Dia dirempuh ketika melintasi jalan raya oleh satu treler besar dari arah kirinya.
Polis masih menyiasat tentang kes ini. Tiada apa-apa yang mencurigakan setakat ini dalam siasatan.
Aku teringat kata-kata Zayyed. Dia kata nak bagitahu pihak polis pasal apa yang aku nampak. Mungkin pihak polis yang masih nak berahsia dengan orang awam sebab benda belum pasti.
Aku lihat wajah mangsa. Tak kenal pun sebenarnya. Wajah pemandu treler itu pun aku tak kenal. Cuma dia ada tatu anak panah di dalam segi tiga di lehernya.
Aku pandang lama tatu tu. Mana lah tahu aku ingat aku berjumpa dengan dia ke.
Masih buntu. Tatu anak panah tu ada nombor di sebelahnya. Nombor 9.
Kenapa ada nombor? Peliknya. Dia ada join apa-apa organisasi jahat ke? Aku tak berapa tahu sangat, geng-geng mafia ke kongsi gelap di Malaysia ni. Luar negara aku tahulah. Tu pun bukan semua pun.
Setakat nak cari maklumat dekat artikel bukan membantu sangat.
Nak selidik pasal Fake Angel tu pun, nampak gayanya dia dah pencen. Atau sedang memasang strategi, aku tak tahulah.
Kalau lagi sekali, mangkuk palsu tu buat hal, aku selidik balik. Sekarang ni aku nak selidik pasal kes rempuh dengan tatu tu dulu.
Beep! Beep!
Aku mengambil telefonku di atas sofa. Daripada doktor Zahid. Orang yang selalu mengupahku untuk membunuh mangsa dan mengambil organ badan mereka untuk dijual di pasar gelap.
"Do you want to join my club? I promise everything will be ease for you. And you will get what you want. Just sign the contract and boom you own the world."
Semak aku orang tua ni! Dari dulu duk ajak aku join kelab dia. Kelab para pengumpul organ.
Aku tak suka terikat dengan apa-apa. Sebab tu aku ni pembunuh upahan yang bekerja sendiri. Aku tak suka terikat dengan mana-mana organisasi ataupun syarikat. Terikat yang aku maksudkan adalah seperti pekerja kuli biasa yang terikat dengan kontrak syarikat.
Aku cukup tak suka. Once I'm willing to sign the contract, means I'll be forever the doll that being possessed!
Dah kalau kita nak tolak or nak keluar dari kelab tu, tetiba kena 'bayar' sesuatu. Sama ada nyawa kita atau nyawa orang yang kita sayang. Padahal dalam kontrak tak ada pun!
Benci aku! Sebabtu setiap kali orang tua ni tawar-menawar dengan aku, aku akan tolak sahaja.
Sekarang pulak, aku rasa tak ada mood nak bunuh sesiapa. Rasa macam dah penat nak buat kerja tu. Lagi seronok duduk rumah dan tengok kipas siling berpusing dan kipas penghawa dingin naik turun sahaja.
Lagipun, duit aku ni masih banyak lagi nak tanggung diri sendiri dan budak Sofea tu.
Dan aku dari bulan lepas lagi terfikir macam nak pencen. Aku rasa macam nak kerja bukak perniagaan macam hotel ke atau apa-apa je lah yang boleh menjana duit aku.
Tapi semua tu masih dalam perancangan. Nak buat semua itu bukan boleh ambil cara mudah. Banyak cara dia. Aku ada belajar dengan bapa angkat aku pasal dunia perniagaan. Aku tahulah sikit-sikit.
Aku menaip mesej untuk membalas mesej doktor Zahid.
"No need and no thanks. I don't like being involved in whatever contracts."
Aku tarik nafas dalam-dalam. Penatlah dengan orang tua ni. Aku dah hafal cara dia. Selagi dia tak puas hati dengan aku. Dia akan call aku sampai aku jawab.
Dan inilah dia, tepat sangkaan aku. Dia dah mula buka panggilan telefon tanpa batas itu.
Kalau aku decline pun, dia akan telefon lagi. Angkat ajelah.
"Dr, I said I don't need or want it. No thanks!" Kataku menggunakan voice changer.
"But it's a pleasure to offer you, Angel. Imagine you'll become the most powerful assassin in the world! Everyone will put their knees on you!"
"Come hell or high water, I'm still not interested in your offer, Dr. I know you just want to play on a fiddle, isn't?"
Dia diam. Cat got your tongue, Dr?
Terus dia meletak panggilan. Hmph! Menyampah aku. Tahun depan offer lagi! Padahal nombor dia yang tahun lepas dia offer dulu pun dah aku blok, ni datang dengan nombor baru.
Menyampah aku! Aku bangun untuk mengambil air, dahaga bertekak dengan orang tua itu.
Tetiba, fon aku berdering lagi. Orang tua tu lagi ke? Haish.
Tanpa melihat nama pemanggil terus aku angkat panggilannya.
"I said I don't need your offer!" Marahku.
"Hanna? What's wrong? Awak okey ke? Siapa ganggu awak?" Soalnya bertubi-tubi. Badan aku mengeras.
Baru aku perasan, telefon yang berdering tu, telefon satu lagi. Bukan telefon kerjaku. Alamak!
"Eh, Zayden! Kenapa awak call? Saya okey. Cumanya scammer je tadi." Tipuku.
"Ohh yeke. Ingatkan apalah tadi. Saya nak ajak awak keluar. Jumpa family saya. Pastu, nanti saya jumpa family awak pula. Boleh?"
Diam. Debar. Terkejut. Buntu.
"Hanna? Awak okey? Kalau awak sibuk tak ape." Katanya.
Aku baru tersedar yang aku dah melalut.
"Eh, family awak? Bila? Kat mana?"
"Hujung minggu ni, di KL. Dekat aje. Kalau awak sudilah. Tapi, sebelum tu, saya nak jumpa awak malam sebelum tu. Kita makan malam. Saya dah ambil cuti. Awak sudi nak keluar dengan saya?" Ajaknya lembut nadanya. Gaya lelaki budiman.
Cair aku dengar. Tapi, aku yang macam ni, jumpa mak ayah dia, agak-agaklah. Dahlah semua baju aku hitam je semua.
"Saya tak ada baju la awak. Baju saya semua hitam."
"Haha. I love seeing you in black. Kalau awak nak beli baju lain, bagitahu saya, saya boleh bayarkan dan temankan awak."
"Kejap saya fikir dulu. Malam ni saya bagitahu awak."
"Baik, my Angel. Saya tunggu ya?"
"Okey, assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
Aku pandang nombor telefon itu lama. Dia ajak aku jumpa keluarga dia? Pastu dia ajak aku makan malam? Pastu dia ajak aku pergi beli baju?
Betulke dia suka aku? Tapi, aku ni pembunuh. Dia pulak entah bahagian polis mana pangkat dia.
Macam seram pulak ikatan takdir tu. Tapi, aku tak yakin aku ni sukakan dia atau tak. Dunia kami berbeza!
Ya, Tuhan! Nak buat apa ni?
YOU ARE READING
Angel , His Special Protector ✓ (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)
RomanceMisteri. Kegelapan. Kekejaman. Kisah cinta tragis... Tya Elmira atau lebih dikenali sebagai 'Angel', seorang gadis yang bekerja sebagai pembunuh upahan. Tiada perasaan.Namun, sangat bijak dalam mengatur strategi .Sikap penuh kejam sudah sebati dalam...