Setiap insan pasti ada sesuatu yang ingin mereka lindungi.*******
Suasana di perkarangan masjid itu semakin dibanjiri manusia. Puan Aminah dan Tuan Abbas tersenyum menghulur salam memyambut setiap tetamu yang hadir. Ini merupakan majlis pernikahan anak mereka satu-satunya, jadi mestilah mereka mahu raikan semeriah yang boleh.
Izdiey membaiki sampin yang dipakainya memastikan dia kelihatan elok di hari istimewa ini, sesekali matanya melilau melihat tetamu yang mula ramai.
Alamak, debor la pulak. Apa nama pengantin perempuan tadi, jangan aku salah sudahlah.
Puan Zulaikha mundar mandir sambil cuba menghubungi seseorang. Imam dan saksi sudah bersiap sedia untuk upacara akad nikah tapi kelibat anaknya masih belum muncul.
"Mana pergi budak ni, call call tak angkat. Dah gerak ke belum?"
"Sabarlah awak ni, dia tengah on the way lah tu," balas Tuan Azman santai. Maklumlah hari pernikahan ni memang buat orang jadi nervous. Dia dulu pun hampir tak jadi kahwin kerana terlalu nervous sampai terlupa nama isteri.
"Haa tu kan kereta Aisyah," sebuah Volkswagen Golf kelihatan memasuki perkarangan masjid itu. Puan Zulaikha menarik nafas lega, segera dia menghampiri kereta itu untuk mendapatkan anaknya.
Namun hanya bridesmaids Aisyah saja yang keluar. Wajah ketiga-tiga mereka kelihatan risau.
"Kenapa kamu bertiga jer, Aisyah mane?" Soal Puan Zulaikha sambil mengintai ke dalam kereta. Mereka bertiga saling berpandangan sebelum menyerahkan sepucuk surat kepada Puan Zulaikha.
Puan Aminah membelai lembut wajah anaknya, seolah baru saja semalam anaknya belajar berjalan sekarang dah nak jadi suami orang. Betapa cepatnya waktu berlalu, semoga Izdiey dapat menjadi seorang suami yang baik sepertimana baiknya dia sebagai seorang anak selama ini.
Keriuhan secara tiba-tiba di luar masjid menarik perhatian dua beranak itu. Mereka serentak berdiri apabila melihat Tuan Azman berlari menghampiri, wajahnya kelihatan tidak baik.
"Apa kecoh-kecoh ni, haji?" Soal Tuan Abbas.
"Ya Allah, saya pun tak tahulah ape dah jadi ni imam. Aisyahh.."
"Dia.." Tuan Azmam teragak agak, diluar isterinya Puan Zulaikah sudah pitam dan kini ditenteramkan oleh tetamu yang lain.
"Kenapa ni tuan? Aisyah kenape?" Soal Izdiey bimbang. Adakah dia terlibat dengan kemalangan? Moga-moga tidaklah.
"Aisyah dah lari. Dia taknak teruskan perkahwinan ni,"
"Apaa?!"
"Ummiii!" Puan Aminah terjelepok di lantai.
"Ummi! Ummi!" Panggil Izdiey cuba menyedarkan ibunya.
Izdiey melihat ke sekelilingnya. Orang ramai mula mengerumuni, semua mata tertumpu ke arah mereka.
Dan perlahan lahan dunianya mulai kelam.
*****
Dua tahun kemudian
Pohon-pohon ketapang meliuk lintuk di kiri kanan jalan seakan menyambut kepulangan mereka. Suasana kampung ini masih sama seperti yang dia tinggalkan dulu. Tiada yang berubah.
YOU ARE READING
MUHAFIZ [COMPLETE]
Teen FictionSorang panas baran. Sorang lagi annoying. Bila jumpa kalau tak bergaduh tak sah. Kalau ada orang beritahu yang diorang dulu rapat, confirm takda sapa pun percaya. "Geram betul aku! Ada ke patut dia sidai aku kat bilik disiplin? Sejam aku tunggu!" ...