BAB 1

6 0 0
                                    


Sha yang masih berumur 7 Tahun hanya memandang saja apabila ramai orang mengangkat jenazah bapanya menuju ke kuburan. Ibu kepada Eshal Hamra, Mahani tak berhenti menangis dari rumah sampai lah ke kuburan. Sha hanya keseorangan tetapi didatangi dan ditemani atoknya manakala ibunya ditemani neneknya yang cuba menenangkan puan Mahani.

Sesudah Pemakaman suaminya Puan Mahani ingin pulang ke rumah, Sha berlari dan memeluk ibunya, tetapi ibunya menolaknya hingga jatuh ke tanah. ''Ya Allah, Ani kamu dah kenapa tolak anak kamu ni Ani, ini anak kamu tau kalau Arwah masih ada pun dia sedih tengok kamu buat macamni dekat Sha'' Kata Atok Sha kepada anaknya puan Mahani. ''saya dah tak boleh tengok muka budak ni abah, budak ni lah punca suami Ani meninggal, hilang dari hidup Ani selamanya''. 'Astagfirullah Al-Azim Ani mengucap ni anak kamu ni dengan arwah, kamu tak kesian ke dia kecik lagi Ani''. ''Ish abang ni dah budak ni punca suami Ani meninggal yang abang nak pertahankan lagi kenapa, tak kesian ke dekat Ani ni'' . sampuk Idah pada suaminya ''Eh Idah kamu ni kenapa budak yang kamu tak suka ni cucu kamu Idah mana pergi hati perasaan kamu ni Ya Allah, emm sudah lah Sha mari ikut atok ya kita balik dulu daripada tunggu orang yang tak nak kat kita buat apa lebih baik kita balik mandi-mandi bersihkan diri, solat pastu makan ya cucu atok''. Sha yang masih sedih dan menangis itu hanya menuruti atoknya pulang ke rumahnya.

''Mak Ani tak boleh terima apa yang budak tu buat dekat suami Ani, disebabkan kedegilan dia Ani hilang suami Ani, bukan Ani tak larang mak dia yang degil nak jugak main kat luar, Ani dah cakap jugak dekat Yusof jangan nak manjakan sangat budak tu Yusof degil mak dia nak jugak manjakan budak tak guna tu, kalau ikutkan hati Ani sekarang ni Ani nak bunuh jee budak tu mak''. 'terkejut Idah dengar percakapan anaknya ''sabar Ani, kamu jangan nak buat kerja gila silap-silap nanti kamu kena dengan abah kamu lepastu masuk penjara sebab budak tak guna tu tak berbaloi Ani lagipun itu cucu kesayangan dia, dia tak kan duduk diam kalau apa-apa jadi dekat cucu dia''. ''Abis Ani ni siapa bukan anak abah ke? yang abah nak bela sangat budak tu, mak apa kata kita terus terang saja bagitau abah yang budak tu bukan anak Ani dengan abang Yusof, biar abah tu tahu yang budak dia sayang sangat tu orang luar budak tu cuma anak susuan Ani jee''. ''kamu gila ke Ani kalau abah kamu tahu nanti dia bunuh kita nanti''. 'Habistu macam mana mak, Ani dah tak boleh hadap budak tu lagi. Ani dah benci budak tu selagi dia ada dengan kita''. ''Mak tahu dan mak faham tapi kamu bertenang dulu yang itu biar mak uruskan, Ani rehat jee jangan nak fikir sangat. Sekarang ni kita balik dulu mandi dan makan mak ada masakkan gulai ayam kegemaran kamu tu''. ''tapi mak itu kegemaran abang Yusof mak'' sekali lagi Ani meraung mengenangkan suaminya. Idah menenangkan anaknya yang sedang menangis meratapi permegian suaminya. "kau tunggu ya Sha siap kau nanti aku kerjakan berani kau buat anak aku sedih, lepasni aku akan pastikan hidup kau tak kan bahagia walau sesaat" Kata Idah bermonolog dalam hatinya.

Sha hanya termenung memandang awan-awan yang cantik dikebun atoknya. Atok yang sedang menyiram pokok memerhati akan cucunya yang termenung dan terus mendekati cucunya ''Sha jauh termenung fikir apa tu cu''. Tanya atok kepada Sha ''Eh atok duduklah, emm tak ada fikir apa lah atok''. sahut Sha jawap pertanyaan atoknya. ''ya ke?". "jauh termenung tu, kalau Sha ada apa- apa nak cerita dekat atok bagitau lah, jangan simpan sorang-sorang''. ''Emm betul tak ada apa pun atok cuma Sha rindu Abah, Sha teringat arwah abah ada pesan kalau rindu dia pandang awan pandang langit sebab abah kata abah akan sentiasa ada dengan Sha'' Mendengar luahan cucunya Atoknya terus memeluknya menitis airmata atoknya mendengar kata cucunya. ''Sha jangan menangis ya cu, InsyaAllah selagi atok masih hidup atok akan sentiasa ada dengan Sha dan menjaga Sha itu janji atok''.

''Atok Sha dah penat lah atok, Sha ngantuk juga bila kita nak balik rumah ' Tanya Sha memandang atoknya yang masih mengcangkul. 'Sha dah penat ke alahai sian cucu atok, kalau Sha nak balik dulu balik lah jangan tunggu atok, atok mungkin azan asar atok balik sebab nak tunggu asar sekali'. 'Emm yalah okey atok Sha balik dulu atok jangan balik lewat sangat tau nanti Sha habiskan lauk dekat rumah hehe'. 'Haha ya cu atok tak balik lewat hati-hati balik tu jangan berlari'. haih budak ni jatuh nanti sakit bebel atoknya yang melihat cucunya berlari ke rumah.

Sesampainya di rumah Sha buka seliparnya dan terus masuk menuju ke dapur rumah untuk makan, Saat ingin membuka tudung untuk mengambil lauk, neneknya yang baru habis mengangkat kain terus masuk ke ruangan dapur kerana tahu Sha dah balik rumah. ''Amboi-amboi suka hati jee ambil lauk tu, siapa yang bagi kebenaran suruh kau makan, siapa yang bagi keizinan hah aku ada bagi ke? tak ada kan, sudahlah kau hilang dari pagi, nak dekat petang baru nampak batang hidung". "tahu kau balik cari makanan ingatkan kenyang merayap tu''. ''Nenek, Sha minta maaf Sha tak merayap Sha ada dekat kebun dengan atok, Sha tolong atok, Sha lapar Sha nak makan sikit jee''. ''Makan sikit kau kata ni yang kau amik banyak , bukan sikit habis licin lauk nanti, kau ingat aku masak ni untuk kau ke, dahlah pemalas buat kerja rumah ada hati nak nak makan dekat sini kau sedar sikit kau tu menumpang dekat sini pembawa malang pulak tu, sebab kau lah punca bapa kau mati, betul-betul pembawa S*al, sejak kau masuk rumah ni semua orang dalam rumah ni jadi malang disebabkan kau'' Tiba-tiba Ani muncul ke dapur kerana dengar bunyi bising yang menganggu tidurnya. ''Mak, apa yang kecoh-kecoh ni sampai dalam bilik dengar, riuh satu rumah sampaikan orang nak tidur tak senang''. ''Sebab budak ni lah apa lagi, budak tak kenang diuntung hilang dari pagi pastu balik nak habiskan lauk''. ''Mana ada, Sha bukan hilang Sha tolong atok dekat kebun, Sha ambil lauk sikit jee Sha lapar Ibu''. Ani terus meluru datang ke Anaknya ditonyoh-tonyoh disapukan nasi ke seluruh muka anaknya. Sha yang masih kecil menangis meraung apabila diperlakukan seperti itu, budak kecil yang masih mentah tidak tahu apa erti dibenci oleh Ibu dan neneknya sendiri. Neneknya yang nampak cucunya masih menangis terus tampar muka cucunya ''heh kau diam, kau berhenti nangis, kau dengar sini pandang muka aku, kalau kau bagitahu atok kau siap ya, aku pukul kau lagi teruk nanti dan jangan mimpi kau dapat makan lagi dalam rumah ni'' Nenek terus mengheret dan menarik rambut Sha, Sha meraung kesakitan ''sakit nek, Sha minta maaf nek, Sha janji tak bagitau atok'' ibunya hanya memandang sambil tersenyum puas melihat anaknya diperlakukan begitu ''baik, aku pegang kata-kata kau sekarang ni kau kutip balik nasi yang berterabur kat lantai ni dan kau makan, aku tak ada sebutir nasi pun kat lantai ni, faham!! eee jijik aku pegang kau ni budak", " jom Ani naik atas aku nak basuh tangan ni geli aku pegang budak ni''. ''okey, mak naik dulu sekejap lagi Ani naik, Ani ada pesanan dekat budak ni", "Eh budak pandang aku sekarang baru kau rasa apa aku rasa jadi, untuk bagi pengajaran lagi dekat kau mulai harini kau yang cuci baju, kemas rumah, sapu lantai semua kerja dalam rumah ni kau kena buat, lepastu kalau atok kau ajak pergi kebun kau cakap tak nak!  dengar tak apa aku cakap ni''. ''faham ibu Sha dengar''. ''Eh sapa ibu kau, depan atok kau boleh lah kau panggil ibu belakang atok kau, kau kena panggil aku puan Mahani faham tak?''. ''Emm baik puan''.  "sambung bersihkan tu eeee jijik". Teresak-esak Sha menangis sambil mengutip nasi yang bertaburan "kenapa ibu dengan nenek benci Sha, Sha tak suka tinggal sini, Sha nak ikut abah, kenapa abah tinggalkan Sha sorang-sorang dekat sini, Sha ni jijik ke abah, ibu dengan nenek jijik dengan Sha macam mana nak hilangkan jijik ni" Sha bermonolog sorang-sorang sambil membersihkan dan makan sikit-sikit nasi yang berterabur itu.




Macam mana korang? okey ke awal-awal ni hehe #sabar menunggu

ESHAL HAQWhere stories live. Discover now