Sudah sebulan berlalu sejak insiden itu, aku kini sudah berpindah alamat. Tidak lagi tinggal di rumahku itu. Rumah itu juga sudah selamat dirobohkan.
Atas permintaanku juga. Kini aku tinggal di KL juga, cuma tempat yang lain.
Aku masih membeli sebuah penthouse . Cuma bezanya penthouseku yang dulu di bahagian bukit yang sunyi, sekarang ini aku pilih untuk menetap di tengah bandaraya Kuala Lumpur.
Aku tidak memberi tahu sesiapa akan hal ini. Sejujurnya aku terlupa, pastu akhirnya aku biarkan saja lah.
Telefonku juga sejak insiden itu, tak pernah dihidupkan. Telefon kerjaku aku sudah buang jauh-jauh. Hanya nombor Vecchio sahaja aku simpan.
Macam yang aku cakap, aku dah tekad untuk berhenti jadi seorang pembunuh.
Sekarang ni, aku sedang menghirup air teh hijau sambil memandang jalan raya yang penuh sesak itu. Pagi yang sesak namun segar.
Aku cuba untuk nikmati hidupku seperti yang diminta Rizzo dan Sofea.
Aku sudah tidak menangis. Kecuali apabila teringatkan Zayden. Hatiku kembali rasa sesuatu.
Rindu. Pada masa yang sama. Sakit.
Entah-entah, dia sah selamat bertunang dengan orang lain.
Mungkin aku dan dia tiada jodoh. Aku senyum sendirian.
Aku takut untuk menghidupkan kembali telefonku.
Macam mana kalau Zayden bagitahu Zayyed dan Tasnim tentang aku? Mesti mereka akan terus membenciku.
Mereka akan menuduhku sebagai pembunuh Adila.
No, Tya. No! Jangan fikirkan sesuatu yang boleh buat aku sedih.
Remember, Sofea wanted you to be happy. Rizzo too.
Cepat-cepat aku tepis, pemikiranku tentang Zayden. Air di dalam cawan aku hirup perlahan-lahan.
Harini, nak buat apa ya? Kiranya aku dah jadi penganggur. Semua duit dan harta haramku juga aku dah 'buang'.
Sekarang yang tinggal hanyalah beberapa pakaian yang aku baru beli dan duit serta kad kredit pemberian Vecchio.
Dan semestinya dia tidak memberikanku dari hasil yang haram.
Aku sudah serik nak buat perkara sebegitu lagi. Akhirnya, dia memberikanku sedikit hartanya dari hasil perniagaannya kepadaku.
Itu pun dah cukup untuk aku seumur hidup.
Harini, aku rasa nak beli matcha di Starbucks. Aku juga sudah tak jejakkan kaki di kafe kegemaranku.
Aku tak nak terserempak dengan mereka.
Walaupun, kami masih di bandar yang sama, akan aku cuba jauhi mereka sebaik mungkin.
Alang-alang hujung minggu ni aku nak pergi balik Turkey. Bolehlah aku beli sedikit cenderamata untuk orang tua angkatku.
Aku terus menghabiskan air teh di cawanku. Lalu aku basuh dan simpan.
Setelah itu, aku terus panjat tangga naik ke atas. Aku tukar baju dan memakai kemeja putih dan seluar yang setona warna.
Tudung berwarna soft pink aku pakai. Cermin mata hitam juga aku pakai. Setelah siap mekap serba sedikit di wajahku. Aku ambil beg tangan dan turun ke bawah.
Aku capai kunci kereta sedan Mazda berwarna jet black. Semua kereta-keretaku sebelum ini semua aku jual balik. Duit tu aku sedekah dekat golongan yang memerlukan.

YOU ARE READING
Angel , His Special Protector ✓ (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)
RomanceMisteri. Kegelapan. Kekejaman. Kisah cinta tragis... Tya Elmira atau lebih dikenali sebagai 'Angel', seorang gadis yang bekerja sebagai pembunuh upahan. Tiada perasaan.Namun, sangat bijak dalam mengatur strategi .Sikap penuh kejam sudah sebati dalam...