"Anak gajah lalu guys! Patut lah bergegar jalan! HAHAHA!!!"
"Tak padan dengan umur 8 tahun,badan dah besar macam anak gajah!"
Sekumpulan lelaki yang lepak di lorong tempat jalan ketawa mengejek melihat Maria yang lalu di hadapan mereka.
Hanya Tuhan sahaja tahu betapa sedihnya hati Maria di saat dirinya diperlakukan seperti ini. Dirinya dipukul, dihina kerana sifat bentuk fizikalnya yang tidak lah seperti gadis yang lain, memiliki tubuh ramping yang menjadi idaman setiap jejaka. Beg sekolah berkartun penguin miliknya digenggam erat.
"Jangan lah buli kita.Kita takut" Maria mengigil ketakutan dengan air matanya yang semakin mengalir deras di pipi gebunya.
"Stop right now or I will fucking kill all of you"
Serta-merta, sekumpulan pembuli lelaki yang memukul Maria berhenti. Mereka mengigil ketakutan saat mengetahui gerangan yang mencarut tersebut merupakan pelajar yang paling ditakuti oleh semua pelajar di sekolah menengah mereka. Sepantas mungkin, mereka lari lintang-pukang ketakutan.
Maria yang terduduk menangis teresak-esak terkedu saat jejaka tersebut menghulurkan sekotak tisu dan peti alat kecemasan kepadanya.
"Berhenti menangis. Muka kau nampak makin hodoh bila menangis"
Maria mencapai tisu lalu mengelap air mata yang tersisa di tubir mata serta pipinya.
Lelaki tersebut hanya diam lalu segera berlalu meninggalkan Maria di situ.
"Abang besar!"
Lelaki tersebut berhenti. Maria mengetapkan bibirnya. "Te...terima kasih sebab bantu saya.Nah,ambil lah lolipop ni sebab abang dah bantu saya"
Lelaki tersebut hanya diam. Lolipop di tangan Maria diambilnya terus lalu tanpa berpaling ke belakang, dia meneruskan langkah kakinya meninggalkan Maria yang hanya melihat sosok lelaki tersebut sehingga menghilang.
_________________________
Mempersembahkan
Maria Melissa
And
Edwin Hendryson
Kisah seorang gadis berbadan gempal dipertemukan jodoh dengan seorang jejaka yang bertubuh tegap dan memiliki rupawan serupa watak heroin dalam novel.
Maria Melissa
-19 tahun
-Melanjutkan pelajaran sebagai pelajar Prauniversiti Tingkatan 6
-Memiliki sifat yang periang, manja dan hati tisu
-Anime and kpop lover
-Berbadan chubby, pendek dan comelEdwin Hendryson
-24 tahun
-Berkhidmat sebagai Tentera Darat
-Sifat dingin, ambil peduli dalam diam, kuat mencarut
-Gym and boxer
-Berbadan tegap, tinggi dan memiliki rupawan seperti dalam watak heroin buku fiction
YOU ARE READING
[OG]Not perfect for you
Romance"I love you till our last breath, cutiepie" -Edwin Hendryson-