Tepat jam tujuh pagi, beberapa orang dayang yang ditugaskan sudah siap mengambil tempat masing-masing iaitu berdiri di sisi meja makan. Dan ya, Bunga telah terpilih untuk bertugas di bahagian ruangan makan istana manakala Iris pula telah ditugaskan untuk menyediakan pakaian yang akan diapakai oleh kerabat diraja pada hari itu.
Bunga menelan liur perlahan. Matanya langsung tidak bergerak dari menatap beberapa piring kaca yang di atasnya terdapat beberapa ketul brownies kesukaannya itu. Sedapnya. Agak-agak lepas dia dah selesai bertugas nanti, masih ada lebih tak brownies tu dekat dapur? Bunga dah teringin sangat ni.
Tumpuan pada brownies kegemarannya mati apabila beberapa derapan tapak kaki mula kedengaran memasuki ruangan makan. Jantung Bunga mula berdegup dengan tidak sekata. Berdebarnya. Ini kali pertama dia akan berkhidmat kepada keluarga diraja itu. Dan ini adalah kali pertama dia akan memandang keluarga itu, bahkan dia juga yang akan menarik kerusi buat salah seorang kerabat itu.
Kerusi berat berwarna putih yang berukiran emas itu mereka tarik tatkala kerabat diraja hendak melabuhkan duduk. Bunga mengerling sekilas kerusi yang dia tarik, untuk melihat siapakah yang duduk di kerusi itu. Ohh, Puteri Raysha. Anak kedua daripada keluarga diraja itu. Tanpa berlengah, kain putih yang sudah dilipat kemas diletakkan dengan penuh sopan di atas riba Puteri Raysha.
"Dayang istana yang baru?" Soal Puteri Raysha tiba-tiba, sambil memandang wajah Bunga.
Terkebil-kebil mata Bunga dibuatnya. Apa yang dia nak kena buat sekarang? Kena angkat kepala dan pandang Puteri Raysha ke? Atau jawab tanpa memandang wajah puteri itu? Susahnya. Siapalah yang reka peraturan tak boleh pandang kerabat waktu bercakap ni?
"Pandang I waktu bercakap." Arah Puteri Raisya.
Bunga mengeluh lega. Akhirnya dia tak perlu bertekak dengan otaknya. Tuan Puteri sendiri yang memberi jawapan. Tidak mahu membuatkan Puteri Raysha menunggu lama, kepalanya diangkat sedikit. Memandang Puteri Raysha yang sedang menanti akan jawapannya itu.
"Ya, saya dayang istana yang baru." Jawab Bunga sebelum menundukkan kembali pandangannya. Dia langsung tidak berani untuk memandang ke seluruh meja. Hanya wajah Puteri Raysha sahaja yang dia pandang. Itupun hanya sipi-sipi sahaja.
"Apa nama you?" Tanya Puteri Raysha lagi. Bonda dan ayahanda yang turut mendengar perbualannya itu dipandang sekilas. Well, disebabkan ada lagi seorang manusia tak turun lagi, jadi mereka semua tidak mula makan lagi. Masih menunggu kehadiran Tuan Putera yang satu itu. Lama betul. Daripada termenung, lebih baik dia bersembang dengan dayang istana yang berwajah baharu itu.
"Bunga, Tuan Puteri."
"Bunga? Nama you Bunga? Uniknya. Nama penuh you apa?" Puteri Raysha nampaknya semakin berminat untuk meneruskan perbualan dengan Bunga.
"Nama penuh saya Bunga Narina, Tuan Puteri."
"Nice gila nama you. I like." Puteri Raysha menganggukkan kepalanya berkali-kali. Pertama kali dengar nama unik macam tu. Klasik betul.
YOU ARE READING
Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]
RomancePerkenalan bersama anak raja, hanya sekadar batas perkerjaan. Tidak dibenarkan mempunyai sebarang perasaan. Sayang, cinta dan kasih. Semua ini adalah halangan. Halngan bagi seorang pemangku diraja untuk meluaskan empayar. Sakit? Sudah semetinya. Tap...