Aireen asyik perhatikan Dean yang sedang berenang di dalam kolam renang. Dia hanya duduk di tepi tebing kolam. Kini, sudah masuk hari ketiga mereka hidup sebagai sepasang suami isteri. Tapi Aireen merasakan Dean seakan cuba menjauhinya. Kadangkala dia berasa ragu dengan perasaan lelaki itu. Benarkah suaminya itu sukakannya?
"Aireen, tak nak join mandi?"
"Tak nak lah..." Aireen menolak pelawaan Dean dengan senyuman.
"Jom lah... Berenang ni boleh buat you kurus tau. Lebih kurang bersenam juga. " Dean mencapai tangan Aireen untuk ditarik masuk ke dalam kolam.
"Tak nak! I tak pandai berenang!"
"Seriously anak orang kaya macam you tak pandai berenang?" soal Dean tak percaya.
"You ingat semua anak orang kaya boleh berenang ke? You tengok lah badan I ni... Kalau I masuk dalam kolam ni boleh terapung ke? Confirm tenggelam nanti," jawab Aireen sambil berpeluk tubuh.
Dean meletuskan tawa.
"You gelakkan I?" Aireen menjegilkan bola matanya. Tak puas hati diketawakan suami sendiri.
"Siapa kata you akan tenggelam. Ada aje orang chubby macam you yang pandai berenang."
"Dia orang tu dah memang pandai berenang. I ni langsung tak pandai. Kalau I masuk kolam ni dan I lemas, you mampu ke angkat I?"
Dean meneguk liur membayangkan dia mengangkat tubuh Aireen yang berat itu. Mana mungkin dia mampu angkat tubuh Aireen seorang diri. Patahlah tulang dia nanti.
"Err...Okeylah, I nak sambung berenang."
.
Petang itu, Aireen memesan dua bucket KFC. Dean yang sedang menuju ke dapur, melihat ada dua bucket ayam Marybrown di atas meja makan.
'Banyaknya ayam goreng. Ada buat jamuan kecil-kecilan ke?' Dean tertanya-tanya.
"Ayam Aireen dah sampai!" Aireen berlari anak mendekati meja makan. Dean pula masih terpacak di meja makan tersebut sambil memerhatikan Aireen.
"Ada tetamu nak datang ke?"soal Dean.
"Mana ada sesiapa nak datang."
"Habis tu ayam ni untuk siapa?"
"Ayam ni untuk kita berdua lah... Satu bucket untuk you dan satu bucket untuk I." Aireen menghulurkan Dean satu bucket ayam goreng.
Membulat mata Dean kerana terkejut disuruh habiskan satu bucket ayam yang semuanya ada lapan ketul.
"Takkan I kena habiskan seorang?"soal Dean tak percaya.
"It's okay kalau you tak dapat habiskan. I akan habiskan nanti. Jom lah makan sambil tengok tv. Barulah best!" Aireen menarik tangan Dean menuju ke ruang menonton.
Dean masih tercengang sambil mengikuti langkah Aireen dari belakang. Unbelievable! Susah dia nak percaya dengan apa yang dia lihat sekarang ini. Dia lelaki yang kuat makan pun takkan mampu habiskan lapan ketul ayam. Macam mana isterinya akan makan lebih daripada lapan ketul?
Dean hanya perhatikan Aireen yang sedang berselera menikmati ayam goreng. Dia baru menghabiskan seketul ayam tapi Aireen dah menggigit tiga ketul ayam.
'Kuat gila minah ni makan. Patutlah badan dia gemuk gedempol. Aku kena kawal pemakanan dia sebelum aku turut sama jadi gemuk macam dia.' Dean membebel sendirian sambil memerhatikan tingkah Aireen.
"You kenapa tengok I macam tu? I tahu I cantik..." Aireen kenyitkan mata.
Dean rasa nak muntah pula mendengar tapi dia cuba tahan.
YOU ARE READING
My Chub (COMPLETE)
RomancePuteri Aireen Tasneem mampu memiliki segala yang dia inginkan kecuali satu perkara iaitu cinta seorang lelaki. Start: 17 sept 2023 End: 20 feb 2024