Harini keluargaku dan juga keluarga Zayden akan menaiki cruise ship milik baba.
Kapalnya hanya sederhana sahaja saiznya. Seperti yang dikatakan anne, kapal ni khas untuk private party sahaja.
Semalam, aku dah bawak keluarganya merantau satu Istanbul dan harini mereka akan merantau lautan di sekitar sini pulak.
Kami sekeluarga berjanji untuk bertemu dengan keluarga Zayden selepas masuk waktu Zohor nanti.
Anne pulak sibuk menanyakan aku pakaian apa yang cantik untuk dipakai sepanjang di dalam kapal.
Aku hanya layankan saja. Aku pun main bubuh je baju yang aku rasa cantik.
Dan sekarang, seperti yang dijanjikan, kami sudah sampai di pelabuhan.
Aku hanya mengenakan knitted cardigan berwarna coklat cerah , baju shirt putih dan seluar putih. Tudung pulak aku pakai shawl juga berwarna putih.
Setibanya kami di pelabuhan, keluarga Zayden sudah terpacak di situ.
"Sorry if we're a bit late." Kata anne. Anne lah puncanya. Mekap mengalahkan nak pergi majlis kahwin.
"Oh, it's okay. We just arrived a minute ago." Kata papa.
"Let's go inside, shall we?" Ajak baba. Kami semua terus melangkah masuk sambil membawa segala beg bagasi ke dalam.
Nak tinggal sehari je pun.
***
"Wahh, it's so beautiful and comfy!" Kata Zayra apabila kami berdua masuk ke dalam kabin mewah itu.
Aku dan Zayra akan tidur di bilik yang sama. Nasib katil asing. Risau aku tertendang dia malam-malam.
"I know, right?" Ujarku setuju. Kabin ini agak luas. Ada beranda di dalam. Tak ubah seperti suite.
"Rasa macam nak tidur je sepanjang hari. Akak Tya pernah naik kapal ke sebelum ni?" Soalnya.
Terus aku terkedu. Teringat peristiwa kelam itu.
Perlahan-lahan, aku angguk.
"Pernah. Waktu akak ada misi dulu. Kapal tu karam. Akak je yang selamat masa tu." Ceritaku.
Terus, Zayra tekup mulut.
"I'm sorry." Katanya rasa bersalah.
Aku hanya mampu gelengkan kepala. Tak marah pun.
"Akak dulu bunuh orang yang macam mana? Ke main bunuh je?" Soalnya lagi.
Mak aii, mulut dia memang main kata aje. Nak tergelak pun ada, nak jentik dahi pun ada.
"Akak bunuh mana yang akak rasa layak sahaja. Mostly bad guys. I don't kill women and children." Terangku.
"Bunyi dia macam tak salah pun. Itu pun dikira penjenayah ke?" Katanya lagi.
Aku ketawa perlahan. Aku pun pernah terfikir jugak.
"I also thought like that before. Tapi, benda still salah sebab akak guna cara yang illegal." Ujarku.
Zayra hanya mengangguk. Peraturan dunia memang sebegitu.
"Akak dulu tak terfikir ke nak jadi polis ke askar ke?"
Aku berfikir sejenak. Pernahlah dulu. Tapi lepas, arwah ayah aku buat hal. Terus aku tukar cita-cita.
"Pernah sekali. Lepastu dah tak minat." Jujurku.
Zayra sekali lagi mengangguk. Kemudian, dia meminta diri untuk ke bilik air.
Aku sambung mengemaskan beg pakaianku. Malam ni mereka nak makan malam sambil tengok laut malam.
Anne suruh aku pakai baju dres. Aku bawaklah dua tiga. Tak tahu nak pilih punya pasal.
Zayra keluar dari bilik air. Sedang mengeringkan rambutnya yang panjang itu.
"Macam mana akak kenal dengan abang Zayden ya?" Dah mula dah soal siasat cik Zayra.
"Masa dia datang ke kafe yang akak selalu pergi. Pastu kami rapat sampai sekarang." Ceritaku ringkas.
Zayra mengerutkan dahinya. Aku pula yang pelik.
"Eh, abang Zayden kata dia dari kecil kenal dengan akak. Zayra ingat akak dengan abang Zayden rapat dari kecil la." Kata Zayra.
Aku pun terikut sekali kerutkan dahi licinku.
Bila masa ketika mana pulak ni? Haritu Sofea kata aku main dengan dia masa kecil, sekarang ni Zayden pulak?
Kenapalah kotak memori aku ni sikit sangat? Banyak memori yang dah habis tempoh agaknya.
"Ohh ya ke? Mungkin akak yang lupa rasanya." Kataku. Nantilah aku tanya cik abang Zayra ni.
"Apalagi yang dia cerita dekat Zayra pasal akak?" Soalku pula.
Dia berfikir sejenak.
"Masa mula-mula dia perkenalkan Zayra dekat akak dulu, dia ada tunjuk gambar. Gambar dia dengan akak masa kecil. Abang Zayyed tak ada waktu tu. Pastu dia cerita dulu akak selalu lindungi dia daripada dibuli oleh budak-budak dekat kampung."
"Pastu dia cakap akak kata dulu teringin nak jadi macam ayah akak. Kerja polis ke askar tah, lupa dah Zayra. Tu yang abang Zayden jadi anggota pdrm tu. Dia ingat dapat jumpa akak la."
"Tahu-tahu akak palsukan kematian. Dan menghilangkan diri. Abang Zayden cari akak merata-rata. Sampai sekarang baru jumpa. Nasib jumpa." Kata Zayra sambil tersengih.
"Dia kata dia suka dekat akak sejak dulu. Patut lah Zayra tengok dia tak pernah bercinta. Sampai orang lain ingat Zayra ni mak we dia. Memang tak la." Zayra menjelir lidah.
Aku ketawa. Termasuk aku latu yang ingat budak ni makwe tunang aku. Cis!
Aku senyum sampai ke telinga. Betulke? Kenapala aku tak ingat?
"Zayra tak kisah ke ada kakak ipar macam akak?" Soalku ingin kepastian.
Dia laju menggeleng. Senyum diukir.
"Tak kisah pun akak. Lagipun, jadi pembunuh orang jahat macam akak, lagi best dari duduk ofis yang hanya menatap laptop." Ujarnya.
Kami sama-sama ketawa. Tahu pun. Antara sebab aku tak suka kerja ofis. Asyik menatap benda yang sama saja.
"Lagipun, akak dah berubah. Zayra boleh nampak. Setiap malam Zayra perasan abang Zayden bangun solat malam pastu Zayra curi dengar dia selalu doakan akak sentiasa berubah jadi baik dan jadi jodoh dia." Katanya.
Mukaku mula membahang. Terharu.
"Sebab tu Zayra tak kisah kalau akak jadi isteri abang Zayden. Lagi suka adalah. Daripada dia berkenan dengan akak polis dekat tempat kerja dia tu, Zayra lebih suka akak tahu. Akak polis tu menggeletis aje lebih."
Akak polis? Mana pulak ni? Mesti bakal arwah madu tak jadi aku ni.
"Oh ya , akak. Adik akak yang lelaki tu memang kaki penyibuk hal orang ke?" Soalnya.
Terletus terus tawaku. Laju aku angguk. Benda memang betul.
"Kenapa? Zayra berkenan ke?" Soalku pula.
Zayra terus jelirkan lidah. Tanda tak suka.
"Tak langsung. Meluat lagi adalah. Haritu Zayra gi tandas, buka-buka pintu dia dah terpacul depan Zayra. Zayra punya terkejut sampai tutup pintu balik. Pastu sembur air dekat muka dia." Getusnya.
Aku terus ketawa terbahak-bahak. Ya Allah, aku boleh bayang keadaan tu.
"Geram betullah. Dah orang kata tak suka, tak sukalah. Cakap bahasa inggeris pun tak faham. Last-last Zayra cakap melayu je la." Kata Zayra sambil mencebik mulutnya.
Aku lap air mata di pipiku. Lawak sampai aku menangis dah haa.
"He's always like that. Tapi dia seorang lelaki yang baik. Akak jamin." Kataku sambil mengenyitkan mata.
Zayra buat muka menyampah. Mesti dia ingat aku nak kenenkan dia dengan adik aku sorang tu.
YOU ARE READING
Angel , His Special Protector ✓ (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)
RomanceMisteri. Kegelapan. Kekejaman. Kisah cinta tragis... Tya Elmira atau lebih dikenali sebagai 'Angel', seorang gadis yang bekerja sebagai pembunuh upahan. Tiada perasaan.Namun, sangat bijak dalam mengatur strategi .Sikap penuh kejam sudah sebati dalam...