"Lah.Serius lah wei dia dah berpunya.Mana kau tahu?" Tanya lia dengan muka sedihnya.
"Ha aku tahu lah sebab petang tadi aku ikut along dengan angah pi main futsal lepas tu ada dia and adik dia sekali,tu yang aku tahu adik dia bagi tahu." Tipu hayfa pasal futsal tu betul tapi pasal berpunya tu dia tipu.
"Lahh herm melepaslah." Balas lia sambil monyok.
Hayfa menjatuhkan kepala dia betulkan bantalnya dan rebahkan badan di atas tilam sama juga dengan lia.
"Wei,lia aku nak tido dah penat lah." Kata Hayfa lia memang hayfa lalu dia teringat yang haiman pesan dibawah kaki hayfa perlu letak sesuatu bagi tinggi supaya tak sakit.
Lia bangun dan mengabil bantal kecil lalu letak di bawah kaki hayfa.Hayfa terkejut dengan perbuatan lia tapi bila dia ingat balik haiman juga ada kata kat dia tapi dia lupa.
"Terima kasih babe."
"Sama-sama kasih." Lia menuju ke katil lalu rebahkan badan di atas katil.Lampu di sebelahnya lia tutup di sebelah hayfa gadis itu biarkan saja kerana dia tidak selesa terlalu gelap.
Sebelum tido hayfa membaca doa dan berzikir lama kelamaan dia terlelap sama juga dengan lia.
Hayfa mengejutkan lia untuk solat subuh berjemaah di bilik solat.Selesai saja solat subuh hayfa masuk ke biliknya dan menyangkut telekung yang di pakainya.
Hayfa mengorak langkah keluar bilik ingin pergi ke dapur untuk menolong ummi dan maklongnya masak.
Sampai saja diruang tamu haiman menegur hayfa untuk duduk di sofa.Haiman mahu mengurut dan menukar bandage baharu.Hayfa melabuhkan punggung di sofa lalu haiman duduk bersila di karpet ruang tamu berhadapan dengan tv lalu mengurut kaki hayfa.
"Kaki hang dan surut sikit dik.Ni aku sapu guna minyak angin in shaa allah lega nanti."kata haiman sambil mengurut lembut kaki hayfa.
"Ya semalam lia tolong letak bantal bawah kaki lepas tu aircond pun pasang sekajap je tu yang kaki tak bengkak sangat." Kata hayfa sambil memberi senyuman manis sampai nampak lesung pipitnya.
"Baguih lah tu,ni ha dah siap balut jangan lah banyak sangat berjalan.Sat gi lambat baik." Haiman bangun lalu mengusap kepala hayfa yang berlapikkan tudung.
"Baiklah angah ku sayang." Kata hayfa.Haiman tersenyum memandang adiknya yang comel ini.
"Angah tolong tarikkan tangan hayfa boleh? Tanya hayfa sambil menghulurkan tangannya.
Haiman menjatuhkan kepalanya lalu dia menyambut huluran tangan hayfa lalu dia tarik tangan gadis itu.Hayfa terus terbangun dari duduk dan haiman memegang erat lengan hayfa risau gadis itu terjatuh.
"Terima kasih angah."
"Sama-sama." Haiman memandang gadis itu sedang mengorak langkah menuju ke dapur dengan berhati-hati.
"Ummi maklong,buat apa tu nak hayfa tolong ka?" Hayfa memandang lia yang sedang memotong lobak merah.Selesai saja solat lia terus membantu ummi nak mamanya di dapur.
"Tak dak apa pun nak di tolong kaki hang tu macam mana dah elok ka?" Tanya ummi.
"Herm,dah elok sikit ni sebab angah yang rawat mesti lah cepat elok." Kata hayfa sambil senyum.
Ummi hayfa yang sedang memasak itu hanya tersenyum mendengar kata anak bongsunya itu.Hayfa duduk di kerusi makan di ruang dapur sambil memandang mereka yang sedang memasak.
"Lia petang sat gi kita pi keluar jalan jalan nak?"
"Nak pi mana? Kaki hang tu dah okay ka?"
"Kita pi ambik angin laut nak dak? Kita pi pantai merdeka okay dak? Tanya hayfa.
YOU ARE READING
KAPTAIN ITU SUAMI AKU {OG}
RomantizmDisebabkan satu kemalangan hati seorang jejaka telah jatuh ke seorang gadis yang cantik jelita.Pertemuan yang tidak di sangka dan telah di aturkan oleh sang pencipta. Muhammad Hawwas Faqih - seorang yang segak tubuh gagah dan tingginya 185.Seorang y...