"Wow! Makin berseri muka cik abang kita ni. Tengah bahagialah tu. Eceyyy...." Ujar Megat Amsyar setibanya dia di pejabat Tunku Riyadh. Dia yang tiba bersama dengan Raja Izdiyad mengambil tempat di atas sofa empuk buatan syarikatnya. Sangat empuk dan selesa. Silap-silap boleh tertidur dia di situ.
Tunku Riyadh mengendahkan kehadiran mereka. Datang nak buat semak. Macam dah tak ada syarikat sendiri. Sepanjang dia hidup, merekalah CEO yang terpaling santai. Macam tak ada kerja.
"Ada manis-manis ke?" Soal Megat Amsyar lagi. Sengaja ingin mencari pasal. Sudah lama mereka tidak melepak sekali.
Raja Izdiyad menggeleng melihat perangai pra matang Megat Amsyar. Dia ni kalau baling batu dekat kepala, mahu amnesia empat bulan.
"Tak ada biskut ke? Mana biskut yang aku makan dulu? Ke aku makan kerepek, eh? Dah habis ke? Kau habiskan ke, Ri?" Bertubi-tubi soalan yang keluar daripada mulut lelaki itu. Semua soalan seperti minta penampar. Matanya meliar mencari balang makanan.
Padahal dia yang habiskan makanan tu dulu. Buat-buat lupa pula. Sekali lesing, tanah liat batu dua jugak tempat dia check in nanti.
"Kau diam boleh tak, Am?" Raja Izdiyad mula bersuara. Bingit telinganya mendengar suara Megat Amsyar sedari tadi. Pot pet macam perempuan.
"Eh kau ni. Nak suruh aku diam pulak. Aku ada mulut kut. Jadi aku bercakaplah untuk memeriahkan lagi suasana. Daripada korang berdua ni asyik membisu je kerjanya. Entah-entah dah jadi pemegang kad pink." Bebel Megat Amsyar tidak puas hati.
"Kau diam sebelum kasut aku melayang tepat masuk dalam mulut kau nanti." Suara Tunku Riyadh. Singa sudah mengamuk. Baik dia mengambil langkah berjaga-jaga. Megat Amsyar terus menutup rapat bibirnya.
Pintu bilik Tunku Riyadh terkuak dari arah luar. Terpancul wajah kacak Tunku Harraz bersama fail di tangan kanannya.
"Eh, bila korang sampai? Tak perasan pun korang dekat bawah tadi." Tegur Tunku Harraz sambil memandang ke arah mereka berdua. Dia rasa dia ada di lobi bawah sebentar tadi. Tak nampak pula kelibat mereka melintas di hadapannya.
"Kami panjat ikut dinding. We are the cicak men, you know." Balas Megat Amsyar sambil tersengih lebar. Tunku Harraz menjeling. Main-main. Baling dengan fail ni baru tahu.
"Nah sign." Fail diletakkan di atas meja Tunku Riyadh.
"Projek?"
"Projek kerjasama dengan Yusuf Holdings." Ringkas. Tepat. Padat.
"Is everything good?" Soal Tunku Riyadh. Mengingatkan dia tidak menghadiri mesyuarat bersama Tan Sri Yusuf tempoh hari membuatkan dia tidak tahu apa-apa. Semua diuruskan oleh Tunku Harraz.
"Good as hell." Balas Tunku Harraz ringkas. Faham benar 'hell' yang dimaksudkan oleh lelaki itu.
"What hell?" Celah Megat Amsyar ingin tahu. Apa ni main hell-hell pulak? Siapa hell? Hell tu bukan neraka ke? So good as hell maksudnya baik macam neraka? Tapi neraka bukan ke tempat untuk penyeksaan orang-orang musyrik atau orang yang menyekutukan Allah?
"Kau diam kejap, syaitan." Kan sudah dilabel syaitan. Megat Amsyar menjeling ke arah Raja Izdiyad. Suka hati panggil aku syaitan. Aku merajuk karang.
"Kau bacalah proposal syarikat mereka. Aku rasa semua tak ada masalah. Ikut seperti yang kita mahukan. Kalau kau setuju, kau boleh terus sign." Ujar Tunku Harraz.
"So mereka boleh ikut macam yang kita tetapkan? Interesting." Tunku Riyadh membelek fail tersebut. Sehelai demi sehelai.
"Nasib baiklah kau tak ikut masa tu. Anak dia tu, nak je aku azankan dekat telinga perempuan tu hari tu." Tunku Harraz mula membuka cerita. Ingat lelaki tak boleh bergosip ke? Lelaki lagi pandai bergosip, tahu tak?
YOU ARE READING
Bahagia Yang Dicari (Ongoing)
De Todo1st Series of Eternal Love A.K.A Her Vengeance "Half goddess, half hell." "People and circumstances come and go. Life doesn't stop for anybody." Sometimes the things you love break you. And sometimes, you break the things you love. Airis Nawra. She'...