✨Bab 6✨

28 2 0
                                    

HAIKAL POV

Haikal melihat cermin yang memantulkan dirinya dan membetulkan rambutnya supaya kelihatan lebih kemas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Haikal melihat cermin yang memantulkan dirinya dan membetulkan rambutnya supaya kelihatan lebih kemas. Haikal lebih suka akan warna yang cerah seperti putih berbanding dengan adiknya Haziq yang lebih suka akan warna gelap contohnya warna hitam.

Dia berjalan ke pintu biliknya untuk turut ke bawah kerana malam ni papa nya menjemput tetamu untuk makan malam di rumah mereka. Semasa dia berjalan menuju ke tangga dia mendengar suara orang menjerit "AMANDA NAFEISYA NAZRI AHMAD!" Dia terkejut apabila melihat adiknya menjerit memanggil seseorang.

Dia melihat seorang perempuan memusingkan badannya apabila namanya diseru. Haikal tergamam melihat wajah wanita itu. Mengapa dia ada di sini? And macam mana Haziq kenal dengan Amanda? Bermacam-macam soalan sedang berlegar-legar di ruang fikiran sekarang ini.

Dia melihat Amanda sedang marah kepada Haziq kerana Haziq meletakkan namanya untuk bertugas malam ini di hospital. Ya dia tahu Amanda berkerja sebagai seorang doktor di Hospital Permata Mutiara kerana dia perna menyuruh Adam untuk menyiasat latar belakang Amanda dan dia juga tahu yang Amanda hanya tinggal bersama daddy nya berdua sahaja. Tetapi dia tidak tahu ke mana perginya mummy kepada Amanda itu.

Tanpa sedar dia mengukirkan senyuman apabila melihat wajah Amanda yang merah itu akibat terlalu marah kepada Haziq. Dalam masa yang sama, dia merasakan ada sesuatu perasaan yang tidak senang apabila melihat Amanda dan Haziq yang begitu rapat kerana Haziq sanggup meminta maaf sedangkan Haziq bukan orang yang jenis suka menyebut perkataan MAAF itu. Seolah-olah itu bukan Haziq Aiman yang dia kenal.

Dia menggenggam kuat tangannya apabila melihat mereka semua sedang ketawa bahagian. "She is mine, forever mine!" Dia memang Haziq dengan pandangan yang tajam. Kemudian dia berjalan menuju ke dapur apabila melihat semua sudah menuju ke dapur untuk makan.

END POV

~~~~~~~~~~

Semua berjalan ke meja makan kerana makanan telah siap terhidang di atas meja makan itu. "Haziq abang kamu mana tak turun lagi ke?" Tanya Puan Sri Hana kepada Haziq kerana dia tidak melihat kelibat anak sulungnya itu. "Entah la Ma tak turun lagi la kot. Macam la mama tak kenal dengan perangai anak mama tu macam mana. Selagi dia rasa diri dia tak kemas, selagi tu lah dia akan duduk dalam bilik dia tu" balas Haziq kepada mamanya.

Selepas Haziq menjawab dia memang ke arah tangga kemudian Puan Sri Hana tersenyum "Ha turun pun! kamu buat apa lama sangat kat atas tu Haikal?" Tanya Puan Sri Hana kepada anaknya nya yang baru sahaja turun itu. "Sorry ma Kal lambat. Ada kerja sikit dekat atas itu yang lambat turun" kata lelaki itu. Amanda seakan pernah mendengar suara itu tetapi dia tidak ingat di mana sama seperti kereta yang dia lihat tadi.

"Dah sekarang duduk kita makan. Tak elok biarkan tetamu tunggu kita" kata Tan Sri Azlan pulak dengan nada yang tegas. Lelaki itu mengambil tempat di sebelah Haziq dan berhadapan dengan Amanda kerana dia duduk di sebelah Puan Sri Hana. Amanda masih menundukkan kepalanya ke bawah. "Naz ni aku kenalkan anak sulung aku Haikal Aiman" kata Tan Sri Azlan kepada daddy ku. "Owh jadi ni la anak kau yang baru balik dari Italy tu?" Tanya daddy ku kepada Tan Sri Azlan. "Yes uncle saya memang baru je balik sini 3 minggu lepas" jawab Haikal pula.

Amanda yang mendengar itu terus mengangkatkan kepalanya melihat lelaki bernama Haikal itu. Dan dia tergamam melihat lelaki yang melanggarnya 3 minggu lepas kini berada di hadapannya. Kecil sungguh bumi ini. Kenapa dalam banyak-banyak orang Mat Salleh celup ni jugak la yang jadi abang kepada si Haziq tu.

"Kamu ok tak Amanda? Kenapa aunty tengok kamu macam tak sihat je ni" tanya Puan Sri Hana risau melihat keadaan aku. Aku melihatnya dan menggelengkan kepala "Tak lah aunty Amanda sihat je cuma kenyang sikit. Aunty jangan risau." Kata Amanda kepada Wanita itu. Haziq yang dengar terus mengangkatkan kepalanya dan memandang Amanda "Kau jangan macam-macamlah Amanda baik kau makan sekarang sebelum aku sumbat semua makanan tu dalam mulut kau" kata Haziq tegas kepada Amanda. Terus wajah itu berubah "Apa kamu ni Haziq cakap macam tu kesian dekat Amanda tu" marah Tan Sri Azlan kepada anak keduanya itu.

"Apa pa ok la tu, memang patut pun Haziq marah sekarang ni" kata Haziq tidak berpuas hati kerana dimarah oleh papanya. "Betul kata Haziq tu memang patut pun Amanda kena marah. Lagipun Amanda ni dia ada gastrik kalau tak makan tak pasal-pasal tempat hotel pulak malam ni" kata Dato'Nazri menyokong perbuatan Haziq itu. Amanda yang mendengar itu terus menarik kan mukanya. Sampai hati daddy bela si Haziq tu dari anak sendiri.

"Ish apa daddy ni, daddy ingat Feisya nak sangat ke duduk dekat ward tu. Jujur Feisya cakap tadi masa nak balik Feisya dah makan dekat hospital tu yang kenyang lagi tu." Jawab Amanda dengan nada seakan-akan tengah merajuk itu.

Haikal yang melihat itu hanya mampu tersenyum apabila mendengar Amanda bercakap dengan nada begitu dengan daddy nya. "Ok la kalau kamu cakap macam tu. Ni nanti sebelum balik aunty bungkusan makanan dekat kamu ok." Kata Puan Sri Hana kepada Amanda. "Tap" belum sempat dia menghabiskan ayatnya dia terus dipotong laju oleh Puan Sri Hana "Tak ada tapi-tapi sebelum balik aunty bungkusan makanan untuk kamu" aku hanya mengangguk kepala sahaja.

"Amanda lepas makan aku nak jumpa kau kejap dekat tepi kolam tu" kata Haziq. Amanda hanya membuat tanggan ok untuk dengan apa yang Haziq katakan itu. Haikal yang masih lagi menjeling kearah Haziq itu dengan perasaan tidak berpuas hati.

"Haa sebelum kamu jumpa papa nak jumpa dulu lepas makan. Ada benda yang papa dengan uncle Nazri nak bincang sikit pasal Amanda" kata Tan Sri Azlan. Aku memangnya pelik kenapa nak jumpa aku and diaorang nk bincang apa? Aku memang daddy ku dan dia hanya tersenyum ke arah ku.

~~~~~~~~~~

Selesai makan kami semua berkumpul di ruang tamu banglo 3 tingkat itu. Aku duduk di sofa berangkai dua itu yang bersebelahan dengan daddy ku itu. Aku duduk di sofa itu dan memeluk erat lengan daddy ku. Daddy ku memandang ku "Kenapa ni hmm manja semacam je ni" tanya daddy ku "tak ada apa la cuma saja nak peluk daddy macam ni" kata Amanda kepada daddy nya itu.

"So semua dah ada jadi boleh la kita mulakan perbincangan kita kan Nazri?" Tanya Tan Sri Azlan kepada Dato'Nazri. "Ya betul jadi kita boleh mulakan sekarang" jawab Dato'Nazri. Yang lain hanya menunggu apa yang akan disampaikan oleh dua orang lelaki itu. "Sebenarnya kami dan berbincang untuk satukan Amanda dengan Haikal" kata Dato'Nazri itu dengan tenang.

Amanda yang mendengar itu terkejut manakala Haikal terus tersenyum setelah mendengar kata-kata itu. "What! Daddy nak satukan Feisya dengan mamat ni?" Soal Amanda kerana tidak berpuas hati dengan tindakan daddy nya itu. "Yes daddy dah fikir lama tentang ni jadi kali ni daddy nak Feisya ikut kata daddy untuk kahwin dengan Haikal" kata Dato'Nazri tegas.

Amanda menggelengkan kepala sambil menahan air mata dari mengalir "Why daddy why? Kenapa daddy buat macam ni. Daddy sepatutnya bincang dulu dengan Feisya sebelum buat apa-apa keputusan. Feisya ni tak penting ke bagi daddy sampai daddy sanggup buat keputusan tanpa berbincang dengan Feisya dulu. Ini soal masa depan Feisya daddy." Amanda berkata sambil mengalirkan air matanya kerana dia terkilan dengan tindakan daddy nya yang membuat keputusan tanpa berbincang dengannya dahulu.

Dato'Nazri yang melihat air mata anak perempuan gugur kerana tindakannya itu mengeluh perlahan. Dia sakit setiap kali melihat anak perempuannya itu mengalirkan air mata. "Daddy minta maaf Feisya. Tapi daddy buat semua ni untuk kamu juga" kata Dato'Nazri. Selepas mendengar kata-kata itu Amanda bangun dari duduknya dan berjaya menuju ke kolam yang berada di tepi rumah itu.

Dia perlu menenangkan hatinya kerana dia takut jika dia tidak dapat mengawal perasaanya sekarang ni. Haikal memang pemergian Amanda dengan sayu, mengapa Amanda tidak suka dengan tindakan daddy nya untuk satukan mereka. Yang lain turut memandang Amanda yang berjalan itu. "Sabar lah Nazri biasa la tu perempuan nanti dia ok la tu"kata Tan Sri Azlan Sambil menepuk bahu sahabatnya itu.

Haziq yang masih lagi terkejut itu bangun dan berjalan kolam yang Amanda berada sekarang. Ada sesuatu yang ingin dia kata kan kepada Amanda. Haikal memang Kelibat adiknya yang berjalan ke arah Amanda itu.


Bersambung




MRS: HAIKAL AIMANWhere stories live. Discover now