BAB 43 ✓

3.4K 75 1
                                    

Pagi itu, Dalia bangun dan terus bersiap untuk pergi kerja. Tengku? Dia sudah pergi kerja dulu tanpa menunggu Dalia.

"Haihh kenapa la hubby ni tak tunggu aku sekali.. Kejut pon tak.." keluh Dalia. Dalia bersarapan sedikit dan mahu bergerak keluar. Sebelum dia bergerak, mama memanggilnya.

"Dalia" panggil mama.

"Ye mama" sahut Dalia.

"Nah" kata mama sambil menghulurkan sebuah kunci kepada Dalia.

"Apa ni mama?"

"Kunci kamu la"

"Tapi kunci apa mama?"

"Kunci kereta kamu. Uzair ada beli kereta baru untuk kamu senang pergi kerja. Dia suruh mama bagi sebab dia keluar awal dulu" Dalia terkejut.

"Ke-kereta baru?" kata Dalia. Mama mengangguk.

"Untuk Dalia?" Mama mengangguk lagi.

"Nah ambil ni. Kamu tekan je kunci ni dekat garaj nanti, lepastu kereta yang berbunyi tu kereta kamu la."

"Baik mama. Terima kasih mama," kata Dalia dan menyalam tangan ibu mertuanya itu.

"Hati-hati ye"

"Baik mama. Dalia pergi dulu" Dalia terus ke bahagian garaj dan menekan kunci itu. Dia ternampak cahaya dari sebuah kereta. Dia terus mendekati kereta itu. Alangkah terkejutnya Dalia kerana kereta itu adalah kereta mini cooper convertible. Kereta idaman Daliaa guys!

"Cantiknyaaa! Pandai hubby pilihkan kereta untuk aku, hiihihi" Dalia terus masuk ke dalam kereta itu dan terus bergerak ke kerja.

. . .

Setelah sampai di Syarikat NIK HOLDINGS, Dalia masuk ke dalam Syarikat itu. Semasa dia berjalan untuk ke officenya, semua pekerja di situ menunduk kepadanya. Dalia berasa hairan. Dia juga menunduk kembali.

Sampai la di dalam lift pon, semua pekerja di situ menunduk kepadanya. Apabila sampai di tingkat officenya, dia keluar dan terus masuk ke dalam officenya. Baru sahaja dia duduk, pintu biliknya di ketuk.

TOK TOK TOKK

Pintu di buka dan orang itu pon masuk.

"Danial. Ada apa ye?" tanya Dalia.

"Puan Dalia, Tengku nak berjumpa dengan Puan Dalia sekarang." balas Danial.

"Okay baiklah. Tapi kejap. Puan?" kata Dalia hairan.

"Puan kan dah kahwin dengan Tengku, jadi saya kena panggil puan, Puan Dalia"

"Tapi kenapa?"

"Itu puan kena tanya Tengku sendiri" Dalia mengangguk dan terus ke office Tengku.

TOKK TOK TOKK

"Masuk" kata Tengku. Dalia masuk dan berjalan ke arah Tengku.

"Yes Tengku. Ada apa yang boleh saya bantu?" Tengku melihat Dalia dengan pandangan yang sukar dibaca oleh Dalia. Tengku bangun dan terus berjalan ke arah pintu yang terbuka itu dan menutup pintu tersebut. Berserta dengan kunci. Dalia memerhati saja pergerakan Tengku. Setelah itu, Tengku berjalan ke arah Dalia dan berhenti tepat di hadapan Dalia.

Tengku terus memeluk pinggang Dalia erat dan meletakkan kepalanya di dada Dalia. Dalia terkejut.

"Tengku.. Kita dekat office, Tengku" kata Dalia sambil berjuang untuk melepaskan pelukan itu.

"Shhh..5 minute please" kata Tengku perlahan. Dalia berhenti dari meronta. Dengan perlahan, dia mengusap lembut kepala Tengku.

"I'm sorry"

"Because of why?"

"Sebab aku balik lambat semalam dan pagi ni aku pergi kerja dulu tanpa tunggu kau" kata Tengku perlahan.

"It's okay. Saya tahu hubby ada kerja yang penting, sebab tu hubby pergi kerja dulu"

"Pasal semalam tu saya tak marah pon" Tengku mengangkat mukanya memandang Dalia.

"Betul?"

"Yes"

"Are you sure?"

"Yee hubby"

"Thank you dear" Tengku mencium pipi Dalia dan memeluk kembali Dalia.

"Kenapa manja sangat ni hmm?" kata Dalia perlahan.

"Aku tak tahu"

"Btw, kau suka hadiah aku?"

"Suka. Suka sangat-sangat. Thank you hubby" kata Dalia sambil tersenyum. Kali ini Dalia pula mencium pipi Tengku. Tengku tersenyum suka.

"Aku ada lagi satu hadiah untuk kau" Tengku keluarkan kotak dari poketnya. Dia memberi kepada Dalia. Dalia mengambil dan buka kotak tersebut. Terdapat gelang emas yang mempunyai buah berbentuk love. Di buah love tersebut terdapat perkataan TNU & NAA.

"Cantiknyaa gelang nii! Thank you hubby!" kata Dalia teruja. Tengku tersenyum dan mengambil gelang itu dan pakaikan di tangan Dalia.

"Gelang ni khas aku tempah untuk kau, dear. So make sure kau pakai gelang ni sentiasa. Jangan tanggalkan gelang ni." kata Tengku. Dalia mengangguk laju.

"Hubby" panggil Dalia. Tengku melihat Dalia.

" I LOVE YOU"luah Dalia. Ya, Dalia sudah cintakan suaminya sejak mereka honeymoon lagi, dan sekarang baru Dalia mempunyai keberanian untuk meluahkannya.

"I LOVE YOU TOO MARSHMALLOW" Tengku mencium bibir Dalia sekilas. Dalia malu. Habis pipinya merah. Tengku ketawa kecil. Dalia memeluk erat Tengku dan Tengku membalas pelukannya.

. . .

Petang itu,Dalia pulang sendiri menaiki kereta mini coopernya. Tetapi sebelum dia pulang ke rumah, dia singgah sebentar di seven-e untuk membeli sedikit makanan untuk dibawa pulang. Setelah membeli, Dalia berjalan ke arah keretanya.

Semasa berjalan, ada seorang lelaki yang mengikutinya dari belakang. Dalia tidak sedar akan itu. Tiba-tiba, lelaki itu menekup mulut Dalia dengan kain yang diletakkan sesuatu yang membuatkan Dalia tidak sempat untuk meminta pertolongan dan terus pengsan. Lelaki itu terus membawa Dalia pergi dari situ.






#hai readers..terima kasih kerana membaca story ni..jangan lupa vote dan comment

Jumpa di nextt chapter..byee :)


HIS LITTLE MARSHMALLOW Where stories live. Discover now