BAB 45

10.3K 389 23
                                    

Pagi dan petang, Laila hanya berkepit dengan buku kurikulum pendidikan pemandu. Dia hanya berhenti membaca bila perlu membuat kerja rumah sebab esok dia perlu menduduki peperiksaan berkomputer. Dia harus buat yang terbaik.

"Pukul berapa ujian tu esok?" tanya Tuan Mizan yang sedang bermain dengan handphonenya.

"Pukul sembilan pagi." Pendek saja Laila menjawab. Matanya masih pada helaian muka surat buku panduan.

"Senang je ujian komputer tu. Tasya sekali jawab je dah lulus. Bukan susah pun."

Laila mengangkat wajahnya. Betul ke senang? Boleh percaya ke? Tapi macam mana kalau dia gagal? Sudah la dia langsung tidak tahu apa pun  tentang undang-undang jalan raya. Takkanlah dia mahu jawab ikut suka dia walaupun soalannya objective.

Kata-kata Tuan Mizan hanya menambahkan beban di hatinya. Bukan dia yang ingin belajar memandu, tapi Tuan Mizan yang suruh. Langsung tak boleh bawa bincang. Muktamad.

"Esok pergi dengan cikgu ke?"

"A'a. Ada beberapa student lain juga yang naik sekali pergi tempat ujian tu."

"Lepas habis jawab ujian pagi esok, ada aktiviti apa pula?

"Hmmmm rasanya dah boleh balik rumah kot. Laila pun tak pasti. Kena tanya cikgu balik."

"Nak aku ambil Laila kat sana tak?"

"Eh, tak payahlah. Cikgu boleh hantar ke rumah."

Tuan Mizan diam. Kembali membelek handphonenya.

*******************

Laila sedang menunggu giliran dia untuk menjawab ujian komputer.  Sebelumnya, ada beberapa remaja yang menduduki ujian dahulu. Sementara masa masih ada, dia gunakan untuk membaca apa yang patut.

Resah Laila semakin bertambah bila pelajar sebelum dia mula keluar sambil membawa sehelai kertas di tangan.

"Bodoh betul. Lagi satu je nak lulus." Rungut remaja lelaki tersebut dengan wajah sebal.

Laila menelan air liur. Susah sangat ke nak lulus? Dia sudah bersungguh-sungguh ulang kaji tiga hari ni. Risau jika dia gagal, nanti apa kata Tuan Mizan. Takkanlah dia lagi bengap dari Tasya.

Orang tu dah sanggup nak tanggung kos dia belajar memandu, takkanlah dia nak hampakan. Macam-macam yang bermain di fikiran Laila. Gemuruh dia seperti ingin masuk ke dalam dewan SPM.

Usai dia menjawab ujian teori undang-undang komputer, Laila melangkah keluar dari pejabat kecil itu bersama sehelai kertas putih di tangan. Senyumannya terukir lebar. Tak sangka markahnya 49/50. Tanda yang otaknya masih belum berkarat. Tak adalah dia malu untuk memberitahu Tuan Mizan nanti.

"Laila."

Laila berpaling ke arah suara yang memanggil namanya. Kelihatan Tuan Mizan berdiri di hadapan keretanya. "Apa abang buat dekat sini?" Kakinya melangkah menghampiri Tuan Miza. Matanya melilau memandang sekeliling mencari seseorang.

"Saja aku datang sini. Kebetulan ada lalu kawasan ni, aku singgahlah. Macam mana dengan ujian? Lulus tak?"

Semakin lebar senyuman Laila sambil menyerahkan kertas tersebut kepada Tuan Mizan.

Dengan wajah yang sedikit berkerut, Tuan Mizan membaca markah yang tertulis di situ. Almaklumlah, rabun dekat, cemin mata pula tak bawa. "Wow. Tahniah. Sebab tu study sampi tak pandang kiri kanan."

"Laila pun macam tak percaya boleh lulus. Ingatkan gagal tadi." Tersengih Laila menayangkan giginya yang tersusun cantik.

"Kan bini aku ni pandai." Tuan Miza mengusap kepala Laila. "Jom kita pergi makan untuk raikan hari ni."

SUNTI UNTUK TUAN MIZAN (C)Where stories live. Discover now