BAB 79

411 30 0
                                    

Aku celik mata perlahan-lahan.

Dekat mana ni? Macam satu bilik yang yang gelap.

Macam ruang bawah tanah. Aku toleh ke arah kiriku.

Zayra! Dia juga diikat di sini.

Kami diikat di tiang panjang. Diikat secara berdiri.

Dia masih pengsan. Aku tunduk untuk melihat perutku. Alhamdulillah, masih okey.

Tetiba, pintu masuk dibuka perlahan. Ada doktor Haris, perempuan bertopeng tadi, dan...

Doktor Zahid! Dah agak dia terlibat jugak.

Perempuan bertopeng itu datang ke arahku. Pegang tulang pipiku kasar.

"Long time no see, Angel." Katanya.

Suaranya seperti aku kenal. Dia buka topengnya.

"Quinn!" Gertakku. Baru ingat dah siapa.

Quinn. Pembunuh upahan Amerika yang juga hebat berlawan. Tapi, aku lebih hebatlah. Dia tu cepat sangat memberontak. Ikutkan perasaan.

Aku pernah jumpanya beberapa kali dulu. Dia memang dari dulu jeles dengan aku.

No wonder dia pun ikut serta nak tangkap aku.

"Why you did this to me?! Haris! Why? Sanggup kau khianat aku! Isteri kau, kau sanggup buat macam tu. Dasar lelaki dayus!" Gertakku.

Alamatnya, terus kepalaku kena pukul oleh si Haris.

"Kau diam. Aku dah ceraikan dia. Dia bukan masalah aku lagi." Jelasnya selamba.

Rasa sakit hati aku dengar dia cakap macam tu. Padahal sebelum ni dia mesra sahaja dengan Tasnim.

"Kau pun geng bodoh ni ke, Haris?" Soalku.

Dia senyum sinis. Kemudian, dia tunjukkan tatu di lehernya.

Kenapa sebelum ni aku tak nampak pun?

"Aku baru masuk geng dark triad. Tak sangka akan jadi seronok macam ni."

Aku ketap rahang. Mesti Dr.Zahid yang hasut dia. Tak guna.

Tetiba, Zayra terjaga. Quinn terus berjalan ke arahnya dan pegang lehernya.

"Aww, she's cute. Wait till I kill you, honey. You're mine." Kata Quinn seraya menjilat pipi Zayra.

Terus, Zayra hantukkan mukanya dengan Quinn. Terundur setapak Quinn.

"Dang you!" Marahnya seraya tampar pipi Zayra.

Dia mendesis kesakitan.

"DO NOT HURT HER!" Marahku.

"And why's that?" Soal Quinn.

Aku mengeluh lemah. Tak sanggup tengok adik ipar yang banyak jaga aku tu diseksa disebabkan aku juga.

"Just do whatever you want on me. Just do not touch my baby and my little sister." Tegasku.

Quinn senyum senget. Lagilah dia suka.

"Quinn, I leave her to you. Dr.Zahid and I have some things to do." Arah Haris lalu mereka berdua meninggalkan kami bertiga di dalam bilik ni.

Quinn tanpa membuang masa terus pukul kepalaku. Aku hanya tahan.

"Where am I?" Soalku.

"Oh, I forgot, you're brainless so you cannot understand what I said." Saja aku bagi dia naik angin.

Matanya mula mencerun.

"I'm not brainless! We're in our mansion. The Dark Triad's mansion. In KL." Jelasnya.

Angel , His Special Protector ✓  (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)Where stories live. Discover now