𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 𝟖

12.4K 841 113
                                    

𝐇𝐚𝐤 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐲𝐥𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥

𝐇𝐚𝐤 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐲𝐥𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

| Hak miliknya |

Aku sedikit tersentak apabila Tuan Dylan menghempas pintu. Kuat. Wajah jejaka itu bengis. Tanpa memandang ke arahku, Tuan Dylan terus naik ke tingkat atas.

"Cik Humaira." Aku memandang Kak Lin yang berada tidak jauh dariku, segera aku pergi mendekatinya.

Kak Lin, kenapa diorang?

Aku menunjukkan kertas yang aku baru sahaja siap tulis kepadanyat. Kak Lin tersenyum kecil sebelum berjalan ke arah dapur kembali, aku ikut sahaja. Kak Lin mengupas epal sebelum memandang wajahku.

"Dulu Tengku Aqila tu gadis kesayangan Tuan Dylan. Tapi disebabkan something yang Tengku Aqila buat, Tuan Dylan terus berubah." Ternaik hujung keningku saat mendengar penjelasan Kak Lin. Something? Sesuatu? Aku hanya mengangguk tanpa menyoal lagi. Hal peribadi, jadi aku noktahkan di situ sahaja soalan yang perlu aku tanya.

"Humaira." Aku tersentak apabila tiba-tiba sahaja mendengar suara Tuan Dylan melaug memanggilku dari tingkat atas.

"Cik Humaira. Pergi. Nanti Tuan Dylan marah." Kalut Kak Lin menolak lembut belakang tubuhku. Aku memandang pelik wajah Kak Lin sebelum berjalan mendaki anak tangga dan masuk ke dalam bilik yang aku duduk selama ini. Dan juga kerana aku melihat pintu bilik itu terbuka, jadi mungkin Tuan Dylan berada di dalam bilik ini. Aku melangkah masuk sebelum memandang Tuan Dylan yang sedang membelakangiku. Lelaki itu sedang berdiri sambil memeluk tubuh, kacak bergaya dan masih dengan sut hitamnya.

"Aku akan kahwin dengan kau." Aku mengerdipkan matanya berkali-kali sambil memandang tubuh Tuan Dylan dari belakang. Tegap sungguh! Aku kaku apabila Tuan Dylan berpaling ke arahku. Iris biru lelaki itu tajam menikam anak mataku menyebabkan bulu romaku merinding. Aku terus menunduk tetapi tanganku mengeluarkan buku nota dan pensil.

Kenapa awak nak kahwin dengan saya?

Aku memberanikan diri menayangkan buku itu kepadanya, aku panggungkan kepala dan memandang wajah tampan Tuan Dylan. Lelaki itu berjalan mendekatiku, langkahnya perlahan. Kedua belah tangannya diturunkan daripada bersilang pada dada, sebelah tangan menyeluk poket.

"I have my own reason." Aku menelan payah liurku, anak mata masih tertacap pada wajah Tuan Dylan. Lelaki itu berjalan mendekati sofa yang berada di penjuru bilik.

"Kau, hak milik aku."

[•••••]

Aku ralit membelek baju yang tersangkut di dalam almari kaca itu. Semuanya cantik dan tampak mahal. Puas aku memikirkan tentang apa yang dikatakan oleh Tuan Dylan siang tadi. Benarkah dia mahu aku menjadi isterinya? Tetapi mengapa?

𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐲𝐥𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 | 𝐇 Where stories live. Discover now