Beberapa hari sebelum,
"Abang, agak-agakkan, kenapa ketua geng tu nak sangat tangkap Tya?" Soalku kepada Zayden.
Kami sedang duduk di sofa di ruang tamu. Ada Zayyed sekali.
"Abang rasa sebab ketua geng tu ada simpan dendam dengan Tya. Boleh jadi, dia adalah orang yang pernah Tya jumpa dulu." Jelasnya.
Aku cuba berfikir. Banyak sangat orang yang tidak suka denganku.
"Tya, aku rasakan ketua geng ni orang terdekat kau. Cuba kau ingat balik. Siapa yang paling kau benci? Dan aku rasa dia memang nak bunuh kau asalnya. Bukan nak suruh kau jadi pengganti dia. Pasal klon tu mungkin plan kedua dia." Ujar Zayyed.
Aku meletakkan tangan pada dagu. Cuba berfikir.
"Tya rasa, orang yang paling Tya benci pun adalah ayah Tya sendiri. Tapi dia dah mati la, Zayyed." Kataku.
Zayyed juga agak buntu. Sehingga sekarang kami tak tahu siapa ketua tu.
"Semua pasukan GGK yang terlibat, aku dah arahkan mereka serbu semua kilang-kilang yang simpan segala harta haram geng tu. Maklumat setiap ahli pun kami dah dapat." Jelas Zayyed.
"Haa, pasukan PGK pun dah dapat detect kawasan mereka. Ada empat semuanya. Tiga bangunan biasa dan satu rumah agam."
"Tah-tah rumah agam tu tempat bos tu duduk." Tekaku.
"Abang pun fikir macam tu."
"Sayang, nantikan abang kena pergi ke Thailand, abang nak sayang bersedia untuk segala kemungkinan. Sebabnya abang rasakan mereka sengaja tunggu sayang sampai perut besar, baru mereka nak mulakan langkah untuk tangkap sayang."
"Abang nak Tya buat apa?" Soalku.
"Kalau contoh mereka tangkap sayang, sayang jangan cuba lawan sebab nanti risikokan anak kita. Nanti Zayyed akan ada untuk teman sayang."
"Dan andai kata sayang ditangkap dan sayang kena hadap bos tu. Sayang cakap je sayang nak bunuh diri sayang sendiri."
Terus, meluas mataku. Apa laki aku cakap ni?
"Abang nak Tya mati ke?" Soalku. Mata mencerun ke arah Zayden.
"Bukan sayang. Bukan itu abang maksudkan, abang akan pastikan abang ada di sisi sayang waktu itu. Pastu kita mulakan rancangan ni."
Zayden mula membisikkan aku rancangan peliknya itu. Aku hanya tekun mendengar.
"Okeylah, kalau macam tu. Cakap apa tadi? I love you?" Soalku ingin kepastian.
"Yes, I love you. Our signal." Katanya.
Aku senyum mengangguk.
Zayyed hanya memandang kami.
"Menyampah aku tengok, I love you lah apa lah. Tunggu nanti aku jumpa Adila, aku buat aksi romantik depan korang dua. Padan muka." Getus Zayyed.
Kami terus ketawa. Terhibur dengan sikap cemburu Zayyed.
***
Aku senyum kembali apabila memikirkannya. Tak sangka itu kali terakhir kami ketawa dengan Zayyed.
"Jadi, what's your decision?" Soal ayah.
Aku tahu ini semua hanyalah ulah ayah. Dia takkan sengaja nak serahkan diri.
Kecuali misinya pada awal memang nak bunuh aku. Patut dia cakap lepas tu dia akan serah diri.
Sebab tu dia tak nak sesiapa jadi pengganti dia kecuali aku.

YOU ARE READING
Angel , His Special Protector ✓ (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)
RomanceMisteri. Kegelapan. Kekejaman. Kisah cinta tragis... Tya Elmira atau lebih dikenali sebagai 'Angel', seorang gadis yang bekerja sebagai pembunuh upahan. Tiada perasaan.Namun, sangat bijak dalam mengatur strategi .Sikap penuh kejam sudah sebati dalam...