Aku tatap sayu kubur di hadapanku ini.
Aku curahkan sedikit air di atas kuburnya supaya tanah sentiasa subur.
Jujur, aku rindu dengannya. Rindu nak dengar dia bebel, rindu nak dengar suara garaunya. Rindu bila dia selalu bagi aku sakit hati.
Aku rindu dengan abang ipar aku, Zayyed.
Dia sudah tenang di alam sana. Dengan Adila. Cinta hatinya. Zayyed memang seorang yang setia.
***
Sejak-sejak insiden tu, aku sudah tidak sedarkan diri selama sebulan. Nasib, kandunganku masih selamat ketika itu.
Dan sekarang aku sudah lahirkan zuriat suamiku. Sudah beberapa bulan sudah berlalu.
Bayiku lelaki. Namanya Zayan Zamrez bin Muhammad Zayden Zamrez.
Saja aku nak kekalkan ZZ di situ. Nampak unik.
Dan alhamdulillah, sejak aku bangun dari lena yang panjang, buka-buka mata, suamiku juga di sebelah.
Juga di katil pesakit. Tapi, sudah terjaga. Dia jujur bahawa dia menembak dirinya sendiri kerana dia ingatkan aku ni dah mati.
Akibatnya, lengannya aku cubit kuat. Melampau. Buatnya, dia mati betul, memang kena dengan aku.
Nasib ambulans sampai tepat pada masanya.
Dan sejak aku bangun daripada lenaku juga, aku minta izin Zayden untuk menyerahkan diriku pada polis.
Aku tak nak hidup dalam keadaan macam ni. Aku nak bebas. Dia hanya akur.
Dan aku duduk dalam lokap untuk beberapa hari. Dah lah baru habis pantang, nasib Allah kuatkan semangat untukku bertahan.
Akhirnya, aku pergi menghadap mahkamah, dan Tasnim offer untuk jadi peguam bela untukku.
Walaupun aku menolak, dia berkeras mahu menolong. Dia kata dia akan pastikan aku dapat keampunan daripada Yang di-Pertuan Agong jugak walau bagaimanapun.
Aku tak tahu macam mana dia dan Zayden buat. Tapi mereka memang berusaha keras supaya aku tak kena hukuman gantung.
Dan dengan keajaiban izin Allah, aku mendapat keampunan daripada Yang di-Pertuan Agong. Aku tak pasti macam mana tapi nampaknya begitulah.
Hakim juga tidak meletakkan hukuman berat untukku.
Cumanya, aku kena gadaikan nyawaku untuk negara sebagai gantinya.
Jadi, aku buat keputusan untuk bekerjasama dengan organisasi rahsia yang melindungi kerajaan di sebalik tabir.
Aku pun dapat pekerjaan baru. Menjadi ejen rahsia kepada organisasi itu.
Tugas dia lebih kurang macam hero yang menyelamatkan dunia jugalah.
Dan organisasi itu mendapat pengiktirafan daripada pihak kerajaan. Itu yang aku buat keputusan untuk ikut serta.
Dan sekarang, aku dan Zayden hidup bahagia dengan anak kami, Zayan.
Meskipun masing-masing sibuk dengan urusan kerja, tapi kami tetap akan mencari masa untuk luangkan masa bersama seperti pergi bercuti ke luar negara dan sebagainya.
The Dark Triad juga berjaya ditumpaskan. Semua ahlinya sudah dapat ditangkap dalam dan luar negara.
Ayah juga sudah mendapat hukuman yang setimpalnya.
***
"Sayang?" Soal Zayden datang dari arah belakangku.
Terus, belakangku dia peluk erat. Kami berada di tepi pantai. Untuk melihat senja terbenam.
Zayan juga ada sekali denganku. Aku mendukungnya. Muka dia macam aku. Comel saja.
"Abang gembira kita bertiga masih hidup sayang. Bersama." Ujarnya penuh syukur.
Aku senyum seraya mengucup lembut pipi anakku.
"Alhamdulillah, kuasa Allah, tiada yang mustahil abang. Tya pun bersyukur sangat-sangat." Kataku.
Zayden mencium pipi Zayan lembut. Kemudian, pipiku pula.
"I love you, sayang." Ucapnya ikhlas.
Aku angkat kepala menatap wajahnya.
Senyum aku hulurkan kepadanya.
"I love you too, husband." Ucapku juga.
Kemudian, kami sama-sama melihat matahari terbenam di depan kami.
"Abang, Tya nak cakap sesuatu ni." Kataku.
Terus, Zayden mula hairan.
"Apa sayang?"
"Tya, mengandung lagilah abang." Kataku.
Baru beberapa bulan berlalu aku habis pantang dan hadap mahkamah, dah mengandung balik.
Terus, senyum teruja si cik abang aku ni.
"Alhamdulillah ya Allah!" Terus dia mengangkat aku dan Zayan dalam dakapannya.
Aku gembira tapi pada masa yang sama aku rasa macam geram.
Aku dah la bangun-bangun ada anak dekat sebelah. Suami pula tengah baring atas katil pesakit. Pastu lepas pantang, hadap mahkamah, lepastu mengandung sekali lagi.
Aku dah lah beranak awal. Lapan bulan lebih. Nasib baik, anak aku dah cukup sifat.
"Abang suka?" Soalku.
Dia laju mengangguk.
"Mestilah sayang. Kita nak dapat ahli keluarga baru. Kan best kalau Zayyed dapat tahu pasal berita ni." Ujarnya mendatar.
Aku pun turut rasa sedih apabila mengingatkan abang ipar aku tu. Dah lah dia yang korbankan diri dia untuk aku.
"Mesti dia akan cakap 'tak sabar nak jadi pak long lagi' , kan sayang?" Rintih Zayden.
Aku terus usap belakangnya perlahan-lahan. Aku tahu dia rindu abangnya. Mereka dari dulu memang rapat. Gaduh pun jarang.
"Zayyed tengah bahagia dengan Adila sekarang ni. Abang janganlah sedih. Nanti Zayyed tengok, dia pukul abang kang." Kataku cuba bergurau.
Zayden terus ketawa perlahan. Dia angguk.
"Yelah. Abang tak sedih. Cuma rindu saja. Tapi, abang bersyukur dia dah tak payah tanggung rasa rindu yang berat dekat Adila. Kalau abang jadi dia, abang tak sanggup."
"Oh, tu yang abang pergi buat cubaan berani mati tu? Ingat romantik ke?" Marahku.
Zayden hanya tersengih. Aku gelengkan kepalaku.
"Lepasni, kalau abang buat macam tu lagi, siap abang." Tegasku.
Zayden terus tabik hormat. Akur dengan arahanku. Aku buat lagak seperti komando lalu terus senyum ketawa. Comel betul suami aku ni.
"Dah, jom sayang, Zayan, kita balik. Dah nak maghrib ni." Ajaknya.
"Jom!" Kataku. Kami terus berjalan ke arah kereta untuk pulang.
Aku bersyukur Allah masih beriku peluang untuk hidup dan bertaubat kepadaNya.
Dan sekali lagi, aku tak pernah sangka, hidup aku akan menjadi bahagia seperti ini.
Allah memang sebaik-baik Perancang!
Semoga kehidupan kami lebih bahagia pada hari yang mendatang sehinggalah ke Syurga.
Boleh jumpa dengan mama, Safia, Sofea, Adila, Zayyed dan ahli keluarga ku yang lain.
In syaa Allah.
Allah sentiasa ada untuk hambaNya yang meminta kepadaNya. Dan dengan itu aku bersyukur kerana terpilih untuk mendapat petunjuk hidayah dariNya. Alhamdulillah.
-TAMAT-
Terima kasih kepada yang membaca. Maaf atas segala kekurangan dan salah silap sepanjang saya buat karya ini. Again, thank you for reading! Please share this story to your friends and family tau!
YOU ARE READING
Angel , His Special Protector ✓ (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)
RomanceMisteri. Kegelapan. Kekejaman. Kisah cinta tragis... Tya Elmira atau lebih dikenali sebagai 'Angel', seorang gadis yang bekerja sebagai pembunuh upahan. Tiada perasaan.Namun, sangat bijak dalam mengatur strategi .Sikap penuh kejam sudah sebati dalam...