"Your cursed are my blessing..." - Riyaz Qalish
"Kayla... Kayla membesar jadi anak yang baik ya? Soleha, taat dengan perintah Allah..."
Lelaki yang berusia agak 30-an mengucup lembut pipi bayi perempuan yang digendongnya. Mengekek lembut si kecil mendengar nasihat lelaki itu seakan faham apa yang lelaki itu ucapkan.
"Suka Kayla ya?"
Usik seorang wanita yang seakan sebaya lelaki itu sebelum duduk di sebelah lelaki itu. Pipi wanita itu sempat dikucup kilas oleh si lelaki.
"Sayang, sayang rasa betul ke keputusan abang ni?"
Riak wajah lelaki itu perlahan bertukar risau. Tangan si lelaki diraih dan digenggam erat. Jelas kasih sayang terpancar pada mata si wanita yang Kayla anggap sebagai isteri kepada lelaki itu.
"Saya percaya dengan keputusan Abang. Dengan izin Allah, semua akan selesai dengan tenang dan selamat. Demi anak kita."
BANG!! BANG!! BANG!!
"SAYANG!!!"
Serta merta Kayla terbangun dari tidurnya dengan nafas yang tercungap. 'Mimpi tu lagi?' Dadanya naik turun tanpa kawalan. "Hah... Hah... Hah..." Tangan Kayla ditekap pada dada. Macam nak tercabut jantung Kayla.
"Kenapa aku selalu mimpi benda yang sama?"
KLAK! Pintu stor dibuka oleh seseorang. Kayla bergegas mencari kain untuk menutup aurat kepalanya. Dean menjungkit bibir tersenyum menyandarkan badannya pada bingkai pintu sambil berpeluk tubuh.
"Oh? Little girl dah bangun."
"Apa lagi kau nak, Dean?" Berkerut dahi Kayla menahan amarah dan curiga. Dia ditahan dalam bilik stor macam banduan, tapi diberi makan dan lukanya dirawat. Selepas dibantai sepuas hati! Keliru!
'Ingat aku ni patung ke?!'
"Aww, garangnya... Aku cuma nak tengok my little girl. Why? Rindu ke?"
Dean senyum mengejek. Kayla hanya mencebik menyampah sambil menyediakan diri dengan berita buruk oleh Dean. Kayla sedar yang sesuatu buruk akan berlaku pada dirinya.
"Well then, little girl... Kau mungkin tak suka dengan kedatangan aku."
Mata Dean pandang sekilas ke arah bucu bilik stor sebelum jalan mendekat ke katil Kayla dengan senyuman yang sukar ditafsirkan.
"K-Kau nak buat apa—AHH!"
Bahu Kayla ditolak kasar terbaring atas katil sambil kedua tangannya diangkat atas kepala. Tangan Kayla ditahan menggunakan tangan kiri Dean.
"Lepaskan aku..."
Kecil suara yang keluar dari mulut Kayla. Dean makin mendekatkan mukanya pada Kayla sambil jungkitkan hujung bibirnya. Nafas hangat Dean menerpa pipi kemerahan Kayla.
Mata tajam Dean ralit menatap wajah Kayla. Dari mata hazel Kayla, pandangannya menjalar sehingga ke bibir ranum delima Kayla.
"Aku suka kau dalam posisi ni, little girl. Sweet... Sweet little Kayla."
Badan Kayla sedikit menggeletar saat suara rendah Dean menutur namanya. Kayla menggelengkan kepalanya sambil tangan meronta untuk dilepaskan.
"Dean, jangan... Jangan sentuh saya macam ni." Bibir bergetar mengucapkan dan Mata Kayla mula berkaca.
YOU ARE READING
Her Knight: His Queen
RomanceHer Knight: His Queen (1# Knight Series) "Aku tak buta lagi untuk pilih kaca dari permata, but you're my treasure for sure." - RIYAZ QALISH Status dirinya menjadi salah satu asbab dicaci, dimaki, harga dirinya dipijak orang sekeling bagaikan itu sa...