Seminggu ni Tuan Mizan memang sibuk dengan penanaman semula anak pokok pisang. Kali ini mereka menggunakan hybrid baru yang lebih tahan dengan serangan penyakit bagi mengatasi masalah sebelum ini.
Laila seperti biasa menjadi peneman setia Tuan Mizan ke hulu dan ke hilir. Kalau Tuan Mizan ke ladang, dia pun ke ladang. Kalau Tuan Mizan masuk pejabat, dia pun masuk pejabat.
"Drive." Tuan Mizan memberikan kunci kereta kepada Laila?
"Ha?" Laila memandang kunci tersebut dengan muka blur.
"Laila drive balik rumah."
"Eh, tak naklah."
"Drive. Ambil kunci ni." Tuan Mizan menarik tangan Laila lalu meletakkan kunci kereta di tapak tangan Laila bila hulurannya tidak bersambut.
"Laila tak nak la. Laila bukannya pandai bawa kereta sangat."
"Dah dapat lesen kan? Maknanya boleh la drive." Tuan Mizan berlalu untuk masuk bahagian penumpang hadapan.
"Abang. Janganlah macam ni. Kereta abang ni besar. Laila belajar bawa kereta kecil je. Tak sama." Laila mengikuti langkah Tuan Mizan. Hatinya cuak. Mukanya sudah berkerut memandang Tuan Mizan yang sudah meloloskan diri di bahagian penumpang.
"Size je besar sikit. Yang lain sama je. Kalau nak jalan tekan minyak. Kalau nak berhenti, tekan brake." Tuan Mizan menayangkan muka bersahaja.
"Laila takutlah." Laila masih berdiri di tepi pintu kereta mengharapkan simpati dari Tuan Mizan.
"Nak takut apa. Kalau ada roadblock, tunjuklah lesen tu."
"Abang...." Geram Laila bila Tuan Mizan buat-buat tak faham.
"Cepatlah start enjin kereta. Panas ni. Kang rentung pula aku dalam ni. Pukul berapa nak balik ni. Perut aku dah lapar."
Dengan berat hati Laila melangkah ke bahagian pemandu. Terpaksa jugalah dia memandu kereta gajah suaminya itu. Mukanya ditarik tanda tidak puas hati. Enjin dihidupkan. Terkial-kial dia membetulkan seat kereta bila kakinya terjuntai tidak sampai untuk menekan pedal. Kemudian dia seperti termangu-mangu sendiri.
"Kenapa?"
"Macam mana nak tukar masuk gear?" Sumpah Laila tidak pandai kerana kereta itu auto. Pedal clutch pun tak ada.
"Tekan brake dulu, nanti tolak je gear ni. Kereta auto lagi senang dari manual."
Berhati-hati Laila mula menggerakkan kereta itu.
"Ni yang seat rapat sangat dengan stereng, kenapa? Nak cium stereng ke?"
Tersentap dengan ayat Tuan Mizan, Laila membrake kereta tersebut. Mukanya memandang wajah Tuan Mizan. "Abang jangan nak bahan Laila. Abang yang suruh Laila drive kereta ni sedang awal-awal lagi Laila cakap tak nak. Kereta abang besar."
"Yelah. Drive elok-elok. Tengok depan tu takut ada ayam itik orang melintas pula." Tuan Mizan cuba menyembunyikan senyumannya.
Kereta besar tapi memandu macam kereta kura-kura. Laila gayat. Bukan senang nak balancekan kereta itu di tengah jalan. Tiba-tiba terasa jalan tu sempit sangat. Tayar pun asyik makan laluan sebelah. Bila berselisih dengan kereta dari arah hadapan, terpaksa Laila brake kereta itu lagi. Stress. Haish, macam manalah Tuan Mizan boleh drive kereta macam ni. Susah.
Bila tiba bahagian persimpangan, Laila sudah beristighfar di dalam hati. Mulutnya terkumat kamit membaca doa. Memang boleh nampak jelas Laila yang terkial-kial memulas stereng kereta tetapi Tuan Mizan hanya diam tidak berkata apa-apa. Dibiarkan saja Laila memandu sehingga sampai di rumah mereka.
YOU ARE READING
SUNTI UNTUK TUAN MIZAN (C)
RomansaBacaan Dewasa Laila bukanlah anak kesayangan keluarganya. Kelahirannya tidak dinanti dan diingini. Ibunya mengandungkannya saat kakaknya baru berusia tiga bulan. Kerana ingin memberi perhatian dan kasih sayang yang secukupnya kepada Tiara, Laila ser...