"Saya betul betul suka kan awak. Maaflah kalau awak rasa saya ni tak malu, perigi cari timba,"
Jejaka itu tersenyum menampakkan lesung pipitnya. Dia tidak pernah terbayang langsung dalam hidupnya akan dipinang oleh seorang gadis.
Wanita itu dengan berani datang bertemu ibu dan bapanya bersama sebentuk cincin. Walaupun dia tidak mengenalinya tapi dia sukakan keberanian wanita itu. Dahulu, Rasulullah kita pun dipinang Siti Khadijah kan.
"Betul awak nak kahwin dengan saya?" Soal jejaka itu. Si gadis segera mengangguk. Comel pula keletahnya.
"Tapi awak kena terima saya seadanya. Saya baru habis belajar, akan ambil masa untuk saya stabilkan kewangan. Jadi, saya minta awak sentiasa bersabar dengan saya, doakan saya dan jadi penguat saya, macam mana? Boleh?"
"Bolehh. Saya janji akan sentiasa ada dengan awak dalam susah dan juga senang," balas gadis itu, sambil mengangkat telapak tangannya seolah berjanji.
"InsyaAllah. Cik Ammara Aisyah binti Azman....saya, terima pinangan awak,"
**************
Azan maghrib berkumandangan menandakan telah masuk waktu solat. Suara Mahfuz yang mendayu dayu mengalunkan azan cukup menusuk ke sanubari. Seluruh kawasan sekolah maupun asrama lengang kerana semuanya telah berkumpul di surau.
Dalam kemerahan senja, tiga orang pelajar perempuan senyap senyap turun dari surau dan menyusup ke dewan makan. Dewan itu gelap gelita, yang terang hanyalah dapur tempat juadah disediakan. Mereka segera menghampiri kaunter makanan yang tertutup rapi.
TANG! TANG! TANG! Tirai besi yang menutupi kaunter itu diketuk bertubi tubi.
"Cik Suuuu, kami datang nak makan,"teriak mereka.
Walaupun sudah diingatkan berkali kali oleh pengusaha dewan makan itu untuk makan pada masa yang ditetapkan, mereka masih tidak mengendahkannya. Kerana cik Su masih tetap memberikan mereka makanan, walau lewat mana sekalipun mereka datang.
Klik! Kunci tirai itu dibuka dari dalam. Perlahan lahan tirai itu dinaikkan sehingga terbit seraut wajah yang mengerikan. Kak Zinnirah!
Mereka bertiga nyaris heart attack. Zinnirah melemparkan senyuman senget. Ya, senyuman senget itu agak masyur di sekolah ini. Jika gadis itu memberikan senyuman itu, bersedialah untuk akibat buruk.
"Kau tunggu ye budak. Aku nak solat dulu"
Izdiey termangu seorang diri di buaian yang terletak di depan rumah warden. Malam ini dia tidak naik ke surau untuk berjemaah. Dia tahu perkara itu tidak patut dilakukannya, sedangkan dia tidak pernah tinggal solat jemaah. Tapi fikirannya terlalu berserabut saat ini.
Dia tidak mahu berkomunikasi dengan sesiapa apatah lagi cikgu Zul yang menyaksikan kejadian tengahari tadi.
"Abang Iz?" Soal wanita itu tidak percaya.
Izdiey masih membatu. Tak, tak mungkin itu dia. Wanita itu cuba merapatinya. Dia segera mengundur beberapa langkah ke belakang. Matanya masih lekap pada wajah yang dulu pernah menjadi penyejuk hatinya.
"Abang Iz, Aisy tak sangka akan jumpa abang kat sini. Abang sihat?"
Sihat? Ini pertemuan pertama mereka selepas dia meninggalkan lelaki itu terkontang kanting pada hari pernikahan mereka. Bagaimana dia boleh setenang itu? Sedikit pun tiada rasa bersalah.
"Abang? Abang dengar tak Aisy tanya ni?" Aisyah cuba mendekatkan jarak mereka.
Namun dengan segera Izdiey berpaling darinya lalu melangkah pergi. Saat itu baru dia sedar yang cikgu Zul sedang berdiri di luar bilik kaunseling, menyaksikan segalanya.
YOU ARE READING
MUHAFIZ [COMPLETE]
Teen FictionSorang panas baran. Sorang lagi annoying. Bila jumpa kalau tak bergaduh tak sah. Kalau ada orang beritahu yang diorang dulu rapat, confirm takda sapa pun percaya. "Geram betul aku! Ada ke patut dia sidai aku kat bilik disiplin? Sejam aku tunggu!" ...