𝘁𝘄𝗼

49 10 12
                                    

Jisoo membeliakkan matanya. Tidak percaya akan perkara yang baru sahaja meniti dari bibir Jeonghan.

Apa ? Dia nak aku dengan dia masuk kem ni ? Habislah jatuh maruah aku nanti !

Peluh jisoo mula keringat. "Han , kita kan top student , kau ketua pelajar and aku ketua pengawas."

Jeonghan tidak memahami ayat Jisoo. "Apa kena mengena dengan kem ni ?"

"Maksud aku , kita orang atasan. Tak akan kita nak masuk kem macam ni. Eww- not my taste." Jisoo membuat muka jijik sebelum dia meneutralkan mukanya agar pelajar sekeliling tidak perasan.

"Oi , Jisoo. Kau ni , kita kena merendahkan diri. Bukan harga diri okay. Ha , macam mana kau nak jadi ketua pengawas yang bagus kalau kau kekalkan perangai macam ni?" Leter Jeonghan. Dia mencekak pinggang.

Well , siapa tak kenal dengan Jeonghan dan Jisoo ini ? Ketua pelajar dan ketua pengawas. Dua - dua memegang jawatan paling tinggi dalam MPP (Majlis Perwakilan Pelajar ) Best friend dari kecil pula tu. Mereka pula selalu disanjung tinggi. Jeonghan yang baik dan Jisoo yang terkenal dengan senyuman manisnya.

Bukan calang - calang orang boleh berbual dengan mereka. Bukan mereka memilih , cuma mereka tidak berapa selesa berbual secara peribadi. Kalau secara kerja atau urusan , ya mereka bertindak seperti professional.

Yang selalu bercakap dengan mereka pun Mingyu dan Wonwoo. Dua - Dua pelajar tu merupakan ahli jawatan kuasa MPP. Memang boleh dikatakan circle - circle Jeonghan dan Jisoo ni bukan calang - calang orangnya.

"Ah , aku tak kira , kau kena masuk jugak. "Tegas suara Jeonghan tatkala Jisoo ingin memberontak.

"WAH Jeonghan sunbaenim nak masuk kem tu ke ?" Soal gadis yang lalu - lalang di situ. Secara kebetulan, dia terdengar perbualan Jeonghan dan Jisoo.

"Aaaa... Bukan saya je masuk , Jisoo pun masuk jugak." Balas Jeonghan. Dia menepuk bahu Jisoo.

Jisoo hanya mampu menahan gelak tawa tatkala muka Jeonghan seperti ayam berak kapur itu. Pucat !

"WAH , Jisoo sunbaenim pun masuk jugak !?" Kedengaran suara- suara gadis mula menjerit di kantin itu.

"Haah ,ye." Jisoo tersenyum paksa. Kalau tak disebabkan maruah Dan pangkatnya, dah lama dia hempuk jeonghan kat situ jugak. Dasar buat keputusan sendiri !

"Wah best gila , kalaulah kem tu dia kasi perempuan jugak masuk , boleh aku dating dengan Jeonghan sunbae !"

"Oit , jangan nak ngada , jeonghan sunbae tu aku punya !"

"Agak - agak , Mingyu sunbae dengan Wonwoo sunbae masuk tak Kem ni ? Yelah penyertaan terhad kepada tiga belas orang je. Lepastu , buka pada daerah ni. Memang berkerumun la semua nak masuk !"

"Eh , mestilah Mingyu sunbae dengan Wonwoo sunbae masuk ! Lagipun aku rasa lelaki sekolah ni takkan masuk. Dorang kan lemah pengecut. Yelah Kem ni kan latih dorang tentang friendship. Nak ke dorang ?"

Jeonghan yang mendengar itu mula rimas. Dia mengajak Jisoo naik ke kelas. Aman sikit !

Gadis yang sedang membetulkan hair clipnya perasan akan Jeonghan dan Jisoo yang sedang melarikan diri itu. Segera dia mengajak rakannya mengejar dua jejaka tampan itu. "Weh , dorang dah lari!"

"Sunbae , kitaorang tak habis tanya lagi !"

Jeonghan dan Jisoo pantas melarikan diri. Apalah nasib jadi popular ni.

.

PAK

"Aduh , sakitlah shua !" Jeonghan mengosok perlahan kepalanya.

"Kau ni , janganlah panggil aku shua ! Nanti orang tahu. Panggil time kita berdua je. Btw , kau asal eh. Aku tak setuju pun nak masuk kem ni." Jisoo mengecilkan matanya.

"Okay shua. Aku sebenarnya dah bagitahu mak kau dah fasal ni. Mak kau okay je. " Balas Jeonghan selamba.

"Kau bagitahu mak aku !?" Naik oktaf suara Jisoo. Dia memegang lengan Jeonghan geram sehingga Jeonghan berasa sakit di lengannya.

"Woi babih , sakitlah shua !" Carut Jeonghan. Mana taknya , jisoo pegang lengan dia macam nak patahkan lengan. Lengan anak orang pulak tu.

"Astaghfirullah , Han. Kau memang suka kan hidup aku hancur begini?"  Jisoo ketika itu sudah longlai. Dia menyandarkan kepalanya ke atas meja.

Taehyung , rakan sekelasnya hanya mampu menggeleng melihat perlakuan dua jejaka popular itu. Siapa tahu rupanya inilah perangai sebenar jejaka popular itu.

"Hai , bang. Tobat dah? Selama ni , bukan main prank anak semut lagi ?" Soal Jeonghan loyar buruk.

"Han , aku pergi dulu. Nanti tutup kipas lampu pintu semua. Bye , han , soo." Taehyung terus beredar tanpa memandang mereka.

"Emm.. ya taetae." Sahut Han walaupun tahu jejaka itu tidak mendengarnya.

"Takpe , ada hari aku balas. "Jisoo terus bangun dari situ. Dia melangkah ke arah mejanya sebelum dia mengemaskan buku - bukunya ke dalam beg.

"Kau nak gi mana ?" Soal Han. Dia membuka plastik lolipopnya.

"Pergi meeting MPP lah bro. Dah lupa ? Ape lah , pengerusi MPP pun lupa harini ada meeting." Sindir Jisoo. Dia menjeling Jeonghan yang sudah tersengih itu.

"Ouh eh. Lupa."

.

"Tak , kau asal seret aku pergi rumah kau ?" Soal Jeonghan. Dia tidak mahu pergi ke rumah Jisoo.

Bukan dia takut , tapi dia nak tengok drama akasia 'the tower of love' di tv3. Kalau tak tengok , haru - biru hidupnya. Tu belum lagi , part jeonghan bengang dengan main lead , si alfi tu ! Ada ke patut dia tendang anak dia ? Ada ke patut ?

"Ada lah , eih lelaki ni. Ikut je lah. Kang ada jugak aku humban kau dalam tasik karang." Marah Jisoo sebelum menyeret Jeonghan.

Mereka akhirnya tiba di penthouse milik Ibu bapa Jisoo. Jeonghan menyapa perlahan  pembantu rumah Jisoo.

"Kita nak main game PS5 ke , shua ?" Soal Han sekali lagi. Dia melihat muka Jisoo yang sudah cemberut itu.

"Apa kau ? Aku nak tanya dengan mak aku lah." Jisoo lantas menuju ke arah taman milik ibunya.

Jeonghan turut mengejar mengikuti derap langkah Jisoo.

" Omma !" Laung Jisoo kedengaran Dari luar. Dia menyapa ibunya sebelum menyalam.

"Annyeong , imo. Imo sihat ?" Sapa Jeonghan. Dia menatap wajah Ibu Jisoo. Dia tabik dengan Ibu Jisoo , walaupun dia dah tua , tapi mukanya tetap kelihatan seperti muda. Sama juga dengan maknya. #loveomma

"Annyeong, jeonghan. Imo sihat je. Jeonghan kenapa tiba -tiba datang sini ?" Pelik akan perlakuan Jeonghan. Selalunya jejaka ini pasti akan memberitahunya setiap kali dia ingin ke sini. Kalau tidak , mereka akan selalu lepak di taman khas mereka.

"Tak , shua nak tanya ni. Betul ke Omma daftarkan shua dekat kem tu ?" Soal Jisoo. Dia pohon sangat agar ibunya akan berkata 'tidak'.

"Ya , kenapa shua ?"

Ouh damn it ! "Nuh ani. Just ask. By the way , how did you know , omma ? I bet someone told you about this ?" Soal Jisoo dalam bahasa inggeris walaupun dia tahu jawapannya. Saja nak kepastian.

"Ouh , semestinya kawan shua , han!" Jawab ibunya tersenyum manis.

"Omma ada bunga rafflesia tak?" Tanya Jisoo tiba - tiba.

Ibunya menggeleng. "Sejak bila kita ada bunga rafflesia, sayang ? Shua nak buat apa dengan bunga tu ?"

"Shua nak sumbat kepala Han dalam bunga rafflesia tu." Balas Jisoo selamba.

"Bang , lawak sangatlah tu."

𝗕𝗶𝘁𝘁𝗲𝗿𝘀𝘄𝗲𝗲𝘁 Where stories live. Discover now