Chapter 21: Secret Story

1.1K 50 0
                                        

                    EVENDER dan Keira sudah rapi dengan pakaian mereka pada pagi ini

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

                    EVENDER dan Keira sudah rapi dengan pakaian mereka pada pagi ini. Keira benar-benar akan mengikuti Evender untuk ke luar negara hari ini. Walaupun Keira hanya akan berdiam diri sahaja di hotel nanti, namun dia tetap juga merelakan diri untuk ke sana atas arahan daripada Evender. Ini adalah kali pertama Keira menjejakkan kaki keluar dari bumi Itali ini. Dan ini adalah kali pertama Keira akan pergi mengunjung ke negara luar.

Rasa bahagia dan rasa takut menyatu dalam diri Keira saat ini. Dia berasa bahagia kerana akhirnya dapat melihat dunia luar yang selalu dikaguminya walaupun sebelum ini hanya dapat dilihat dalam senaskhah akhbar semata-mata.

Sejak hidupnya dikawal oleh Madam Claire, dia hanya terperap di sebalik jeriji besi itu sambil menuruti arahan daripada wanita itu. Begitu juga saat tinggal bersama dengan Evender. Dan kini, Keira hanya mengetahui dunia luar melalui telefon pintar yang diberikan oleh Evender juga.

Ketakutan Keira saat ini adalah dia takut jika Evender sengaja membawa dirinya jauh dari negara ini adalah untuk dibuang dirinya di negara asing. Keira sangat berharap agar perkara buruk itu tidak akan terjadi di sana nanti.

Iris hazelnya yang sedang fokus menatap ke arah cermin tergendala seketika saat sepasang tangan kekar yang melingkari pinggang rampingnya.

Evender masuk ke kamar semula setelah dia keluar untuk memeriksa barang bawaannya yang sudah pasti adalah senjata api. Ada juga pelabagai jenis ubat-ubatan dan peralatan tajam lain yang berkain rapat dengan ahli kongsi gelap. Sungguh mengerikan! Keira juga tidak berani untuk melihat semua barang itu.

"You're so beautiful, mia cara. Pandai kau pilih baju sekarang ya?" puji Evender sambil menatap wajah Keira yang terpantul pada cermin itu.

"Terima kasih, signor." Keira memperlihatkan senyuman manisnya dengan matanya yang turut menatap pantulan Evender di dalam cermin. Jejaka itu sangat tampan hari ini. Segak bergaya dengan pakaian formal hitamnya berserta dengan rambut yang disikat penuh rapi.

"Nanti kau boleh tolong aku tak?" soal Evender dengan tangannya yang mula bergerak mengusap lembut lengan Keira. Usapannya yang sangat lembut mampu membuatkan Keira merinding ketakutan.

"B...bukan ke nanti kita naik kapal terbang? M...macam mana saya nak..."

"Kau boleh, sayang. Trust me. Kau tak boleh tolak. Itu memang kerja kau." Jawapan daripada Evender itu membuatkan Keira semakin kebingungan. Gadis itu masih terlalu polos untuk memahami apa maksud tersirat di sebalik tutur kata Evender itu.

"Keira sayang... Takkan kau tak faham-faham lagi apa yang aku nak?" bisik Evender tepat di telinga kanan Keira. Okey! Keira sudah faham dengan situasi sekarang.

"T...tapi, signor! T...tak mungkin... S...signor! Nanti mesti ada orang yang akan..."

"Kau janganlah takut macam ni. Kita berdua naik private aeroplane aku. Dalam tu dah ada tempat yang sesuai untuk kita berdua. Kau ingat lagi kan syarat yang aku dah tetapkan? Kalau kau tak nak jugak..."

𝐎𝐆 | 𝐄𝐯𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫'𝐬 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang