BAB 45 ✓

3.5K 75 0
                                    

Malam itu, Tengku, Zack dan Danish bergegas ke rumah banglo terbiar dimana Dalia berada bersama-sama anak buah mereka. Tengku mengarahkan Zack untuk mengikutinya manakala Danish dan anak buahnya bersedia di tempat masing-masing. Tengku membawa Glock 19 di tangannya. Pistol kegemarannya.

Mereka berdua masuk ke dalam banglo itu dengan berhati-hati. Terdapat anak buah Xavier yang mengawal di dalam banglo itu. Tengku terus berlawan dengan anak buah Xavier dengan menggunakan pisau rambonya supaya Xavier tidak tahu keberadaan dirinya sekarang. Kesemua anak buah Xavier tumpas dengan cepat sekali. Tengku berdecit. 

"Tch..Lemahh " kata Tengku dengan senyum sinis. Zack? Dia hanya melihat saja ketuanya menumpaskan semua musuh kerana musuh mereka itu bukan lah kuat mana. Mereka tidak mampu mengalahkan ketuanya.

Kemudian, mereka berdua memeriksa kesemua bilik yang berada di bahagian bawah. 

"Kosong. Nothing here" ujar Zack. Tengku mengangguk dan memberi isyarat tangan untuk menuju ke atas. Zack yang faham akan isyarat itu terus menaiki tangga untuk ke atas mengikuti Tengku. Mereka berpecah untuk mencari Dalia.

Sampai di satu bilik, Tengku mahu membuka pintu tersebut tetapi pintu itu terkunci. Tengku bergerak ke belakang dua langkah dan terus menendang pintu itu. Pintu tersebut terbuka.Tengku masuk dan mendapati Dalia berada di dalam bilik itu dengan keadaan tak terurus, diikat di kerusi. Tengku terus berlari ke arah Dalia dan membuka ikatan tersebut. Tengku menepuk perlahan pipi Dalia yang pengsan itu. 

"Dear..bangun dearr" kata Tengku perlahan. Dalia membuka matanya apabila terdengar suara yang dia rindukan. 

"Hubby..."ucap Dalia lemah. Tengku terus memeluk badan Dalia. Dalia membalas pelukan itu. Ketika mereka dalam keadaan berpelukan itu, terdengar bunyi orang menepuk tangan. Tengku mengalihkan muka untuk melihat orang tersebut. Amer yang menepuk tangan tersebut. 

Muka Tengku mula kelihatan dingin. Dia meletakkan Dalia perlahan di tepi dan berjalan ke arah Amer. 

"Hello Tengku" kata Amer dengan nada yang mengejek. 

"Kau nak apa?" dingin Tengku. 

"Ha ha ha..kau tau apa yang aku nak. So why not kau bagi je dekat aku" ujar Amer dengan sinis dan melihat Dalia sekilas. Tengku berdecit sedikit dan menggeleng perlahan. 

"Boy..kau bukan lawan aku. Sebab isteri aku pilih AKU dan bukannya kau. So kau minta la macam mana pon, isteri aku takkan pergi dekat lelaki sampah macam kau ni" kata Tengku. Amer mengetap giginya menahan geram.

Apa yang dikata oleh Tengku itu sangat benar. Walaupon Dalia mengenal Amer dahulu dari Tengku, tetapi Dalia memilih Tengku daripada Amer. Ini semua kerana Dalia lebih selesa,lebih sukakan dan lebih cintakan dirinya daripada Amer. 

"Kurang ajar!" jerit Amer dan dia terus menyerang Tengku. Setiap serangan yang dilakukan dengan mudah Tengku mengelak. Tengku terus menendang perut Amer. Tersungkur Amer di atas lantai. 

"Tch..kau pon lemah?? Tak sangka semua anak buah Xavier ni lemah. Badan je besar, tapi lembik" ujar Tengku santai. Membesar mata Amer apabila Tengku menyebut 'anak buah Xavier'. Amer tidak menyangka yang Tengku tahu akan identitinya yang disimpan dan dijaga dengan penuh rapi. Tengku berjalan ke arah Amer dan bercangkung sedikit. 

"Mesti kau terkejut sebab aku tahu kau anak buah Xavier kan? Kau kena ingat yang kau tengah bermusuh dengan siapa sekarang ni. Setakat orang macam kau ni, senang je aku dapat information. Petik jari je terus dapat." ucap Tengku dengan senyuman sinis yang tak lekang dari tadi. Tengku menekan perut Amer dengan kakinya. 

"ARGHHH!" jerit Amer menahan kesakitan. 

"SO aku rasa better kita stop dekat sini. Aku pon malas nak bazirkan tenaga aku dekat orang macam kau. Good bye little boy" Tengku terus mengambil pisau rambonya dan menikam perut Amer. Darah keluar membuak-buak dari tikaman tersebut.

Tengku terus berpaling ke belakang untuk mengambil Dalia dan keluar dari situ. Tengku tahu tikaman tersebut mampu untuk menghilangkan nyawa seseorang. Jadi, dia tidak perlu risau akan hal itu lagi.

Tengku berjalan ke arah Dalia dan menunduk sedikit untuk mendukung Dalia. Dalia membuka matanya sedikit. Sekarang ini badan Dalia sangat lemah. Kerana apa? Kerana selepas sahaja dia tahu tentang pekerjaan sebenar suaminya itu, Amer terus memukul Dalia tanpa belas kasihan. Hal ini kerana Dalia tidak mahu bersama dengan Amer walaupon dia tahu tentang suaminya. 

Semasa Tengku mahu keluar dari bilik itu, tiba-tiba berdas-das bunyi tembakan kedengaran. 

BANG BANG BANG 

Tengku yang tidak sempat mengelak itu terus jatuh terduduk bersama dengan Dalia di dalam dukungannya. 

"HUBBYY!" jerit Dalia. Belakang Tengku terkena tembakan dan darah mengalir keluar. Dalia memeluk Tengku untuk menahan badan Tengku. Dalia menekan tempat tembakan itu dengan tangannya. 

"Hubby..bertahan hubby..jangan tinggalkan sayang" kata Dalia dengan perlahan sambil matanya mengeluarkan air mata. Orang yang menembak Tengku itu berjalan ke arah mereka. 

"Tak sangka dengan tembakan je kau akan jatuh, Nik. Aku ingat kau ni hebat la sangat. Ceh" kata orang itu. Orang itu adalah....Xavier. Apa la Xavier ni, curi-curi tembak memang la orang tu kena..haihh dengan orang tu tak bersedia lagi..ishh ishh ishh..

Xavier melihat ke arah Dalia pula. 

"dan sekarang giliran kau pula...little girl" kata Xavier dengan angkuhnya. Xavier menghalakan pistolnya kearah Dalia. Dalia memejam mata dengan takut sambil memeluk badan Tengku kuat.






#hai readers..thankyouu sebab sudi baca story nii 

Jangan lupa untuk vote dan comment okayy

Jumpa di next chapter..byee :)

HIS LITTLE MARSHMALLOW Where stories live. Discover now