•••
RENÉE
—reborn, born again.
l'histoire se répètePOV REINE
Aku menunduk sepasang tapak tangan aku satukan di hadapan badan. Aku mengetap bibirku serapat mungkin. Tidak sanggup hendak menghadap lelaki yang sedang duduk di hadapanku waktu ini.
"Hawkie... kau tahu apa kau buat?"
Aku masih diam. Langsung tidak berani mahu berkutik meski seincipun. Kalau tidak difikirkan bahawa aku ini adalah anak kepada Mr. Tristan, barangkali aku sudah terjelupuk di atas lantai licin pejabat kelam ini. Mungkin disebabkan kakiku sendiri yang longlai atau kepala aku sudah berbekas dilibas oleh kayu golf yang tersadai di satu sudut pejabat ini.
Kedengaran keluhan terlepas dari bibir lelaki itu. Mr. Harry—bukan nama sebenar, kelihatan meraup muka. Tahu bahawa dia berada dalam keadaan terancam kerana perlu menjawab bagi pihak aku. Mana mungkin dia boleh menyalahkan aku kerana aku... anak Mr. Tristan.
"You have always been great in anger management. What's gotten into you today, Hawkie?" tanyanya sedikit keras. Nadanya membuatkan bulu roma aku merinding. Aku mengeluh perlahan seraya mengangkat kepala aku.
Aku cuba membalas pandangannya semula.
"Saya... minta maaf."
"Kau minta maaf memang senang. Nanti yang nak menjawab dengan klien... dengan bapa kau siapa? Aku kan?!" Secara tiba-tiba, suara Mr. Harry naik beberapa oktaf.
Aku tertunduk kembali. Bibir atasku, aku gigit perlahan.
"Everything was perfect. Target mati on time without anyone knowing where the bullet came from. Bila kau dah tumpahkan darah dari site... you are exposing that spot, you yourself and of course— the whole organisation. Kau tahu semua tu kan, Hawkie?" soal Mr. Harry bertubi-tubi. Lelaki ini seperti sengaja hendak meletakkan kesalahan seratus-peratus di bahu aku. Barangkali sengaja hendak menjatuhkan hukuman tidak rasmi pada aku memandangkan nanti, dia yang petak kepala hendak menghadap klien.
Mr. Harry menguak rambutnya ke belakang. "Tak pernah ada anak Mr. Tristan yang bengap macam kau."
Aku terpana. Mataku terpejam rapat. Jantung aku seakan tersiap kecil mendengar kata nista yang dijatuhkan oleh Mr. Harry untuk aku. Aku cuba menahan amarah aku. Ini salah aku... aku tahu.
Tapi perlu ke sampai jatuhkan gelarangn bengap pada aku? Dia lupa ke selama ni aku dengan Albert juga yang execute arahan dan plan dia? Dia pernah pegang pistol ke? Dia pernah jatuhkan target?
Jangan sampai kepala dia pula berlubang lepas ni.
"Kenapalah Mr. Tristan simpan budak macam kau ni... patut pulangkan je dekat rumah mana dia ambil kau dulu."
Aku mengangkat wajah. Pandangan aku kini tunak membalas pandangannya. Aku tidak tahu kenapa, hati aku panas. Tenggorokan aku kesat dan kering bagaikan padang pasir yang gersang tidak berair. Tangan aku sudah terkepal di sisi.
"Dahlah... kau keluar. Karang pandailah aku cakap dengan klien."
Aku tersenyum palsu. Rahang aku bergeletak saat aku mempamerkan senyumanku padanya. Enggan menanti lama kerana risau aku mungkin akan bertindak luar kawalan seperti tadi, aku berpusing.
Kakiku diorak menghampiri pintu utama pejabat Mr. Harry. Baru tangan memutar tombol, suara Mr. Harry kembali mencerobok pendengaranku.
"Jangan... buat lagi benda bodoh macam ni, Reine."
Mr. Harry memberi amaran jelas. Kali ini dia menggunakan nama sebenar aku. Ini bermakna pesannya kali ini bukan sebagai ketua operasi Jeu de la Mort tapi sebagai saudara rapat Mr. Tristan.