BAB 12 : CHATTING

8K 39 0
                                    



Pejam celik pejam celik, dah hampir 3 bulan aku menyewa bilik rumah Abang Sham dan Kak Nor, aku sering berdoakan agar proses pertukaranku dilulus dan dipercepatkan. Apalah hidup sebagai seorang isteri jika suami berada jauh di mata, bagaimana aku hendak menunaikan tanggungjawabku. Setiap hujung minggu, kadang-kala 2 minggu sekali, itu pun bergantung kepada tugasnya, jika tak sibuk, Azman suamiku akan menjengukku di sini. Dalam bulan yang pertama, boleh dikatakan setiap minggu Azman akan menjengukku, dia akan membawaku keluar, dan kami akan bermalam di hotel bagi melepaskan rindu dendam yang membara, maklumlah pengantin yang masih baru. Namun, menjelang bulan ke 3 ini, dia selalu memberi alasan sibuk dengan tugas yang menghalang dia datang setiap minggu. Aku pasrah, aku redha dengan ketentuan ini.


Sekolah tempat baru aku mengajar ini tak begitu jauh dengan tempat tinggalku, aku hanya berjalan kaki sahaja pergi dan pulang. Mujurlah anak-anak muridku menghiburkan aku secara tak langsung bagi menghilangkan kerinduanku pada suami. Hubungan aku dan penyewa lain, Asmah dan Siti juga mesra, begitu juga dengan Kak Nor dan Abang Sham. Kami bagai satu keluarga. Aku beruntung mempunyai teman-teman sebegitu dan memahami akan daku.


"Kak Wani, abang akak datang ke esok?" tanya Asmah padaku semasa kami sedang berbual menonton TV petang jumaat.


"Entah lah Mah, dia cakap kalau tak bizi, dia datang" balasku lemah.


"Datang kut..." sambung Asmah pula.


"Biarlah, akak tak kisah sangat, kalau datang, akak jumpa le dia"


"Dapat le akak kan....hehehehehe" Asmah memperlinya.


Aku ketawa kecil, sudah 2 minggu aku tak diberikan kepuasan batiniah. Aku juga mengharapkan agar Azman datang esok.


*********************


Kehidupan di rumah Abang Sham ni memang menyeronokkan, di samping teman-teman yang baik, mereka juga tak campur hal orang lain, tak jaga tepi kain orang. Itu yang aku suka, tak macam kawan-kawanku di sekolah yang suka menyibuk. Satu lagi yang best di rumah ini ialah internet, Abang Sham menyediakan internet percuma secara wireless kepada semua orang. Siapa yang ada laptop atau wireless card, memang boleh akses pada bila-bila masa. Asmah dan Siti kerap menggunakan internet untuk menyiapkan kerja dan tugasan mereka. Aku pula, chating dengan suamiku dan kadang-kala melayari laman web lucah, buat pengubat jeritan batinku, dan semestinya aku ghairah dan melampiaskan sendiri dengan caraku sendiri.


Sejak akhir-akhir ini, aku telah mengenali seorang lelaki melalui chating yang menggunakan nama kesepian_keseorangan. Pada mulanya aku hanya chating untuk suka-suka dan menghiburkan hati, namun setelah mengenali Abang Bad, yang menggunakan ID kesepian_keseorangan itu, aku telah mulai seronok berbual dengannya, aku selesa berbicara dengannya, dan dia jujur mengakui yang dia telah pun berumah tangga dan mempunyai seorang anak. Boleh di katakan setiap hari aku berchating dengannya, kadang-kala siang, kadang-kala malam. Berdasarkan perbualan kami, dia tinggal di kawasan yang sama dengan tempat aku tinggal ini.


*****************


"Wani, malam ni kita chat yer" begitulah SMS ringkas dari Abang Bad kepadaku yang meminta aku online.

RUMAHKU SYURGAKU : SIRI 1Where stories live. Discover now