KATH memandang Han dengan pandangan tanda tanya. "Bukan itu ke tujuan you balik after 8 years? Ceraikan I?" Soal Kath yakin.
"I changed my mind."
Jawapan Han yang cukup tenang buat wajah Kath berkerut. Wajah Han dipandang dengan serius.
"I don't want to talk about it now. Kita cakap lain kal..."
"Attention everyone!"
Bicara Kath terhenti tatkala dipintas bicara MC diatas pentas.
Kedua-dua mereka menoleh kearah pentas. Dato Malek sedang berada bersama diatas sana dengan sebaris senyuman.
"Silakan, Dato Malek" ujar MC menamatkan bicara panjangnya yang langsung tak dihiraukan Kath mahupun Han sejak tadi.
"Assalamualaikum everyone. Pertama sekali saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menghadiri majlis ulangtahun AERA Holdings yang ke-40. Saya percaya hadirin yang berada disini tahu pentingnya majlis ini untuk mengingati pembangunan empayar ini oleh ayah saya dan tulang belakang yang ada bersama. Alhamdulillah, untuk AERA Holdings hari ini"
"Selain dari itu, majlis hari ini adalah untuk menyambut hari terbahagia keluarga saya yang telah lama kami nanti-nantikan. Han dan Adhara, please come here" ujar Dato Malek sambil kini memandang Kath dan Han.
Kedua-dua mereka memadang sesama sendiri bila banyak mata sudah memandang kearah mereka. Tahulah masing-masing kemana keadaan ini akan membawa mereka.
Tanpa banyak bicara, Han menyulam tangannya dengan tangan Kath dan ditarik wanita itu untuk berjalan bersamanya menghampiri pentas.
"Selepas 8 tahun, I can officially say my son, Irhan and my daughter in law are husband and wife. Saya tahu berita ni mengejutkan banyak pihak... saya pun tak jangka yang kami memerlukan masa selama ini untuk umumkan namun apa-apa pun, alhamdulillah atas kepanjangan jodoh mereka. Saya menaruh setinggi-tinggi harapan agar perkahwinan ini kekal, harmoni, bahagia, dan saya berdoa agar saya dan Omar diberikan cucu secepatnya,"
Bicara Dato Malek disambut dengan tawaan hadirin.
Namun lain bagi Kath, tautan tangannya dengan Han dileraikan. Senyuman diwajahnya kini berat untuk dipaksakan. Dia tak berkenan dengan doa bapa mertuanya. Tak, dia sudah tak mahu semua ini berpanjangan dan dia yakin Han pun sama.
Dia buat semua ini untuk menutup mata hadirin disini. Wajahnya dimaniskan hanya untuk hari ini. Beberapa bulan dari sekarang dia sudah rancangkan banyak benda dan yang paling utama adalah perpisahan mereka.
KATH yang baru ingin menarik zip dress dibahagian belakang tubuhnya drastik memaling tubuh bila satu figura yang tak disangka-sangka tiba-tiba muncul dari pantulan cermin.
"Han? Macam mana you masuk dalam bilik I?" Soal Kath dengan mata yang terbeliak. Ini bilik hotel yang dirinya sendiri tempah. Tak ada sesiapa yang ada kad akses selain dia dan apahal pula Han ke sini? Tanpa izin pula?
Malam ini, dia minta untuk menginap di luar. Tujuannya hanya satu, dia tak mahu bertembung dengan Han dimana-mana jua. Kath 100% yakin yang pertemuan dia dengan Han tak akan berakhir di majlis malam ini.
Pasti ayahnya akan suruh dia ikut Han balik ataupun Han akan disuruh menginap di rumah keluarga Kath malam ini.
Logiklah, takkan mereka suami isteri akan tidur asing-asing pula kan? Lagi-lagi orang tua mereka nampak macam sangat berharap atas hubungan perkahwinan ini.
Sebab itulah Kath disini, biar jauh dari keluarga jadi mama dan ayah mahupun kedua-dua mertuanya tak tahu apa yang terjadi. Lagipun, hati Kath cukup yakin yang Han lebih setuju dia buat begini. Han mana mungkin betah berada satu ruang dengan dia.