Kuala Lumpur, Malaysia
"Morning mama! Papa!" Kuat suara Aurelia tegur mereka di pagi hari.
"Waalaikumsalam Aurelia Rose." Perli Puan Zarina.
"Alah mama ni. Masak apa tu? Lia laparlah." Tanya dia sambil melabuhkan pinggulnya di kerusi dapur.
"Kuetiau goreng. Kejap ya, awal lagi kan kamu nak ke kerja?" Tanya Puan Zarina sambil tangan tangkas memasak.
"Ya ada sejam lebih lagi. Papa? Kerja juga harini?" Tanya Aurelia kepada Encik Harith pula.
"Ya, kejap lagilah papa keluar." Kata Encik Harith.
"Okay nah dah siap." Kata Puan Zarina.
Aurelia dengan pantas menolong mama menghidangkan sarapan pagi. Pinggan dan gelas diambil lalu disusun di atas meja.
"Meh pinggan papa." Arah dia lalu mencedokkan kuetiau kedalam pinggan papa. Sama juga yang dia lakukan kepada mama.
"Umm sedapnyaaaa! Kuetiau mama tak pernah tak sedapp!!!" Puji Aurelia setelah satu suapan.
"Puji lebih-lebih ni ada apa-apa ka?" Tanya Puan Zarina.
"Eeee mama ni, orang cakap benda betul pun diingatnya kita ada benda lain." Dia mendengus geram.
"Hahahahaha kamu ni Lia." Tawa papa kedengaran.
"Oh lupa papa nak tanya, kenapa lewat sangat balik semalam? Nak pukul 12, tak elok lah anak dara macam kamu balik lewat, dengan lelaki pula tu." Encik Harith bertanya kepada anaknya itu sambil sempat memberi sedikit teguran.
"Maaf ma, pa. Tak sengaja, kita orang tengah makan, ralit tak perasan dah lewat. Lagipun, Lia dah kenal Izz lama. Jadi takda apa yang perlu mama papa risaukan okay?" Aurelia cuba menyenangkan hati kedua orang tuanya itu.
"Cakap pasal Izz, dah nak 4 tahun kamu berdua bercinta. Takkan takda planning untuk ke next step?" Encik Harith terus bertanya.
"Ummm pasal tu Lia kena tanya Izz dulu, lagipun dia busy sangat, kerap outstation." Aurelia memberikan alasan. Sejujurnya dia juga mahukan kata putus tentang hubungan ini, seeloknya bertunang lebih baik.
"Betul Lia, tanya Izz, kalau dia serius, minta dia hantar pinangan. Tak elok kamu berdua kehulu-kehilir tanpa apa-apa ikatan." Kata Puan Zarina pula.
"Ya, sudahla dia tak pernah nak jumpa papa dengan mama, kalau dia tak serius, minta dia putus dengan cara baik. Papa tak suka lelaki yang nak main-main dengan anak papa sorang ni." Tegas Encik Harith berkata.
Aurelia hanya mampu menganggukkan kepala. Betul apa kata mereka, takkan sampai bila-bila dia nak macam ini dengan Izz Firash tanpa ikatan?
Mikael Zarif tenang berjalam berhadapan Coffee Bean sambil menghirup secawan espresso miliknya.
Dia kemudiannya mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar dan mendail number setiausahanya itu.
"Assalamualaikum Aurelia, saya masuk lewat sikit, kalau ada apa-apa urgent terus call saya ya?" Arah Encik Zarif kepada Aurelia.
"Oh okay encik. Ni ada dokumen yang perlu encik tandatangan tau. Saya dah letak atas meja encik." Beritahu Aurelia.
"Okay baik, lepastu...." Ayat Encik Zarif terbantut apabila matanya terlihat sesuatu yang mengejutkannya.
"HELLO?! ENCIK ZARIFF?! OKAY KA TU?" Tanya Aurelia dengan cemas. Kotlah bosnya ini kemalangan tiba-tiba.
"Eh ya ya maaf, takda apa-apa Lia, nanti saya masuk pejabat ya." Kata Encik Zarif lalu terus meletakkan panggilan tersebut.
'Eh? Encik Zarif ni okay tak okay?' Tanya Aurelia dalam hati.
Sementara itu, Zarif merenung ke arah sepasang pasangan itu dengan lama sambil menggelengkan kepala.
"Haih apalah nak jadi, dah ada permata, lagi nak cari kaca." Bisik Zarif sendiri.
30 minit kemudian, Zarif tiba di pejabatnya.
"Lia, ada siapa-siapa cari saya tak tadi?" Tanya Encik Zarif.
"Eh encik, aaa takda siapa pun. Cuma dokumen yang encik perlu tandatangan tu saja." Jawab Aurelia sambil tersenyum.
"Okay terima kasih." Kata Encik Zarif sambil berlalu pergi.
Aurelia pula terus sambung kerjanya sementara ada lebih kurang sejam setengah untuk waktu lunch.
"Eh Aurelia? Awak tak lunch ka?" Tanya Encik Zarif hairan.
Aurelia terus membelek jam di tangan. "Ya Allah tak perasan dah pukul 12 hehe. Encik nak ke mana?" Tanya dia.
"Lunch la wahai Aurelia Rose. Jom temankan saya lunch boleh? Bosan pula sorang diri." Ajak Encik Zarif.
Aurelia pula segan nak terima. Nanti dituduh ada skandal dengan CEO macam drama-drama melayu tu.
"Taknak lah encik, nanti orang nampak ingat kita ada apa-apa pulak." Dia cuba memberikan alasan.
"Apa salahnya kalau ada apa-apa pun?" Kata Encik Zarif sambil mengenyit mata kearah dia.
Aurelia ternganga sekejap. "Encik ni mereng eh harini? Atau demam? Nak kena pukul dengan Izz kalau dia tahu ha." Gurau dia.
"Alah jom lah. Lapar ni Lia. Teman ja." Pujuk Encik Zarif.
"Ishh yalah, jom." Dia terus bangkit dan menuju ke lif. Kami berdua berjalan bersebelahan tanpa bersembang.
Aurelia kemudiannya masuk ke dalam kereta Porsche Cayenne milik Encik Zarif.
"Kita nak makan dekat mana ni encik?" Tanya dia sambil memakai tali pinggang keledar.
"Saya lapar western, awak okay makan western?" Tanya Encik Zarif.
"Oh saya okay sangat western hahaha bukan selalu saya nak kikis duit bos sendiri kan?" Kata Aurelia sambil ketawa.
"Iyala Lia, awak orderlah paling mahallllll nanti, saya belanja." Encik Zarif tersenyum sambil berkata.
"Sumpahla? Okay no problem la encik!" Dia tersengih seorang diri.
Setibanya kami di restoran yang menghidangkan makanan western itu, Encik Zarif pantas mencari meja.
"Hi, may I take your order?" Tanya pelayan disitu.
"Yes please, fish and chips 1, ice mocha 1. Aurelia?" Tanya Encik Zarif kepada Aurelia setelah memesan makanannya.
"Um spagetthi spicy carbonara 1 dengan ice chocolate. Itu je. Thank you." Senyum dia kepada pelayan itu.
Setelah pelayan tersebut berlalu pergi dengan pesanan kami, Aurelia kaku disitu, tidak tahu apa yang mahu dibualkan.
"So Lia, lama saya tak nampak awak keluar dengan boyfriend awak, outstation lagi?" Tanya Encik Zarif secara tiba-tiba.
"Haah, outstation lagi, katanya 4 hari kali ni." Muram dia menjawab soalan Encik Zarif.
"Outstation kemana?" Encik Zarif mengjongketkan keningnya.
"Um tak silap saya dekat Pahang katanya. Kenapa encik?" Jawabnya.
"Oh okay, saja tanya, nak mengeratkan hubungan antara bos dan PA nya." Kata Encik Zarif sambil ketawa.
Setelah makanan kami sampai, kami berdua terus menjamu selera.
"Sedap makanan tadi, pandai encik pilih." Puji Aurelia setelah kami sudah selamat di dalam kereta.
"Itu memang restoran favourite saya pun. By the way terima kasih temankan saya Lia." Encik Zarif menundukkan sedikit kepalanya kepada Aurelia.
"Terima kasih juga belanja saya hari ini, semoga encik dimurahkan rezeki." Doa dia untuk bos kesayangannya itu.
YOU ARE READING
HIS EVERYTHING (C)
Romance"Two souls don't find each other by simple accident." Dia, Aurelia Rose Harith, seorang wanita ceria dan menjadi penyeri orang sekelilingnya, namun semuanya berubah apabila satu kejadian hitam telah yang meragut sekeping hatinya. There's a story beh...