Tatapan tajam lelaki berbadan sado itu membuatkan Aireen tak betah berdiri lama di situ.
"Ehem... Bila nak start training ni? Dari tadi you asyik tenung muka I?" Aireen menjungkitkan sebelah kening.
Coach Kiki bergerak selangkah ke depan. Aireen berundur sedikit ke belakang. Rasa gerun melihat tubuh sasa lelaki itu.
"Mulai hari ini panggil I coach. Show your respect!" Coach Kiki memberi amaran.
"Faham tak??" Nada naik seoktaf apabila tidak mendapat respon dari Aireen.
"Faham coach!" jawab Aireen kalut.
"Good! Sekarang I nak kira BMI you dulu. Pergi timbang berat di sana." Coach Kiki menunjukkan alat penimbang yang terletak di tepi dinding. Aireen terkocoh-kocoh bergerak menuju ke alat penimbang berat badan itu.
Selesai sahaja berat dan tinggi Aireen diambil, coach Kiki mengira BMI badan Aireen yang semestinya mencapai tahap obesiti.
"Tinggi 171 dan berat 110. You nak turunkan berat sehingga berapa kilo?"
"I nak berat 50 kilo coach!"
"I think better berat you sampai 60kg aje."
"Kenapa tak boleh coach? I teringin juga nak ada pinggang ramping macam Erra Fazira."
"Sekarang ni siapa coach? You atau I?"soal coach Kiki dengan muka ketat.
"You," jawab Aireen perlahan sambil menunduk. Dalam hati mula rasa nak mengumpah lelaki itu. Apa hal kerek sangat lelaki bernama Kikilala ni??
"Dah... Tak payah menyumpah I. Jom warming up dulu."
'Eh, macam mana dia tahu pula ni? Dia boleh dengar ke aku kutuk dia?' getus Aireen dalam hati. Kemudian, dia tergelak kecil.
Coach Kiki bergerak ke satu sudut yang terdapat dumbbell dari saiz yang paling kecil hingga ke saiz yang paling besar.
Coach Kiki menunjukkan cara warming up dan diikuti Aireen bermula dari kepala hingga kaki. Tapi malangnya Aireen gagal mengimbangkan badan sewaktu kakinya dilipatkan ke belakang lalu mengakibatkan dia jatuh terjelepok ke atas lantai.
"Aucchh coach... Help me!" Aireen meraih simpati Coach Kiki untuk membantu dia bangun.
"I tak ada masa nak angkat you. You bangun lah sendiri. Siapa suruh jatuh." Coach Kiki hanya memandang sambil mencekak pinggang.
'Manja betul budak ni. Jatuh sikit pun nak mengadu.' Tergeleng-geleng kepala Coach Kiki melihat Aireen yang sedang sedaya upaya untuk bangun sendiri.
"Nah, ambil dumbbell ni." Coach Kiki menghulurkan dua biji dumbbell yang paling ringan kepada Aireen.
"Eleh, ringannya. Tak mencabar langsung. Bagi lah I yang berat sikit."
Kata-kata Aireen membuatkan Coach Kiki panas telinga. Banyak cakap pula minah ni. Kalau dia sumbat dumbbell dalam mulut tu karang, sia-sia aje.
"Ikut aje arahan tak boleh ke? Pernah rasa makan dumbbell celup tepung tak?" Coach Kiki menjeling tajam ke arah Aireen.
Gulp! Aireen mengemam bibir. Dia harap mulutnya tak mengomel lagi. Nama aje Kikilala tapi orangnya tak secomel nama tu.
"Sekarang ikut apa I buat. Lakukan berulang kali sebanyak 45 saat."
Aireen mengikut mengangkat dumbbell dengan pelbagai cara dan gerakan yang ditunjukkan Coach Kiki. Awalnya dia berasa mudah tapi setelah beberapa saat, tangannya mula terasa lenguh. Kini baru dia faham mengapa lelaki itu memberikan dumbbell yang paling ringan.
YOU ARE READING
My Chub (COMPLETE)
RomancePuteri Aireen Tasneem mampu memiliki segala yang dia inginkan kecuali satu perkara iaitu cinta seorang lelaki. Start: 17 sept 2023 End: 20 feb 2024