9.Peduli (II)

60 9 4
                                    

Sabtu. Jam 5 pagi, waktu asrama.

Bunyi cengkerik menyanyi bagaikan mendodoi. Syaza sedang lena diulit mimpi sewaktu dia merasakan ada seseorang menepuk kasar kakinya. Gadis itu terpisat pisat bangun untuk melihat. Kelihatan Zinnirah di birai katil, mengejutkannya menggunakan kaki.

Dia kebingungan. Suasana di luar masih gelap, jam juga baru menunjukkan pukul 5 pagi kalau tak silap Subuh pukul 6.15 pagi. Apa yang senior itu buat di sini.

"Bangun cepat. Masa untuk tunaikan syarat,"

Syaza menggeliat malas, ikutkan hati mahu saja dia kembali tidur tapi kalau dengan singa ni baik jangan cari pasal. Di luar, kelihatan Raihan dan Fatin sudah menantinya. Mereka juga masih mengantuk.

Dalam kegelapan Subuh itu, keempat empat mereka berjalan menuju ke dewan makan. Bunyi ketang ketung dari dapur menyambut ketibaan mereka. Syarat apa yang nak kena buat pagi pagi buta ni?

"Assalamualaikum, cik Su," Zinnirah menyapa wanita 40an yang kelihatan sedang bersiap sedia untuk masak itu.

"Waalaikumsalam. Ada apa ramai ramai ni?" Soal cik Su pelik. Zinnirah tersenyum penuh makna.

"Kan cik Su kata hari ni pekerja cik Su semua cuti. So...saya bawak la diorang bertiga ni untuk tolong cik Su,"

"Hah?!" Ketiga tiga pelajar itu terkejut. Mata yang tadi mengantuk terus segar. Dah agak dah, kalau dia senyum senget tu memamg ada maksud tak baik.

"Korang nak masuk balik team bola tampar kann.."

"Yee.." jawab mereka sugul.

"Jadi syarat aku, korang kena tolong cik Su uruskan dewan makan sepanjang hari ni. Kalau cik Su kata korang lulus, barulah aku terima korang balik,"

Mereka bertiga saling berpandangan kemudian melihat ke arah cik Su, minta simpati. Pengusaha dewan makan itu hanya mengangkat bahu.

"Kerja rajin rajin. Byeeee.." ejek Zinnirah berlalu pergi.

"Akaakkkk..."

*************

Pagi ini tidak ramai yang turun sarapan, maklumlah hari cuti. Lepas saja solat Subuh berjemaah, kebanyakan pelajar kembali menyambung tidur semula.

Mazni menguap panjang, nyaris saja rahangnya terkehel kerana mulut dibuka terlalu besar. Dia mengambil pinggan yang disediakan lalu dihulur pada pekerja dewan makan.

"Aik? Bila masa kau kerja sini?" Soal kapten asrama itu terkejut sebaik melihat Raihan mencedok nasi goreng untuknya.

Raihan tersenyum janggal. Sejak dari tadi semua orang menegurnya. Syaza dan Fatin dibelakang sedang sibuk menyiang ayam untuk juadah makan tengahari.

"Heh, saja tolong cik Su,"

"Tssk..tssk..tssk, bagus betul. Anak sapelah ni," sampuk Zinnirah, dia sudah pun tercegat di belakang Mazni.

Raihan menjeling tajam pada senior itu, geram. Sementara Zinnirah sudah terkekek kekek ketawa. Dia mengambil kasar pinggan yang dihulurkan Zinnirah lalu mencedok nasi goreng.

Satu senduk.

Dua senduk.

Tiga senduk. Tawa gadis itu mati.

Empat senduk.

"Wei! Dahlah, banyak sangat tu!" Tegur Zinnirah melihat nasi yang mula menggunung di pinggannya. Raihan menyeringai nakal, lalu memulangkan semula pinggannya.

"Makan sampai habis ye. Kalau tak habis..Siap Akak!" Gadis itu melihat nasinya, kemudian melihat Raihan kembali.

Haisy, terkena aku.

MUHAFIZ [COMPLETE]Where stories live. Discover now