"Jadi baik konon. Kau tunggu Kim Sunwoo. Tunggulah apa nasib kau sikit lagi"
Sedari tadi, figura Sunwoo sedang berbual dengan Eric diperhati daripada jauh oleh Haechan di sebalik dinding. Coki-coki yang sudah habis dimakan di buangnya atas lantai tanpa rasa segan silu
Mulalah ligat buah fikiran Haechan. Sarat dengan rancangan untuk mengenakan Sunwoo
Senyuman jahat diukir megah. Mengatur langkahnya untuk beredar daripada tempat menyorok
Baru sahaja jejaka itu terniat hendak menuruni tangga, langkahnya tiba tiba sahaja beku. Kaki bagaikan digam pada lantai. Wajah hanya ditala pada figura seorang gadis di atas anak tangga itu. Beku, sinis dan kosong menatap wajah Haechan
"Kau patutnya dah mati" Haechan berbicara. Langsung tiada rasa takut. Tatkala melihat wajah itu di hadapannya
Pucat lesi dengan lingkaran hitam di bawah mata. Matanya hitam tanpa warna putih. Kesan bibir kebiruan dengan kesan torehan pada tangan masih berdarah. Baju gadis itu basah hingga menitis nitis di atas lantai tangga. Tenung Haechan dengan pandangan tajam penuh dendam
"Kau... patutnya dah mati" Ulang Haechan. Baru tersedar sesuatu. Mana mungkin yang mati boleh hidup semula
Teringat akan Bomin dan Jaemin yang masih terkesan dengan eksiden mistik menimpa mereka. Bulu roma terasa berdiri. Baru rasa sesuatu tidak enak akan berlaku. Baru rasa terkesan dengan amaran Sunwoo sebelum ini
Namun Haechan berdegil. Diketepikan perasaan itu lantas membalas pandangan Areum
"Kau ingat aku takut?! Kau patutnya dah mati!" Daripada berganjak dan lari, Haechan memilih untuk menerpa figura itu
Haechan menghampiri susuk Areum. Baru sahaja tangan mahu menampa wajah pucat mayat itu, tiba tiba tangannya bagai di pusingkan oleh sesuatu yang tidak kelihatan
"Aaarghhh!!!" Teriak Haechan kesakitan tatkala lengannya bagaikan hampir tercabut daripada siku
"Aku tak takut dengan kau! Kau patutnya dah mati! Aku-- ARGHK!" Baru sahaja langkah menjejak anak tangga yang sama tempat Areum berdiri, kakinya tergelincir dek titisan air daripada baju basah Areum. Kesannya, tubuh Haechan tergolek jatuh di anak tangga
Tidak cukup dengan itu, kepala Haechan terhantuk pada bucu tiang pemegang buatkan kepalanya berdarah dan kulit terkoyak besar hingga menampak isi dalam. Terpancul darah keluar dengan banyak
Mata terkuak longlai. Sebelum lelaki itu pengsan, telinganya menangkap jeritan seorang gadis
Sempat dia melihat figura 'Areum' sedang didakap oleh Sunwoo. Ketakutan melihat keadaan yang jadi padanya
"S-sunbae... Kenapa dia cakap saya patut dah mati... K-kepala dia"
"Shhh Eunha, tak apa. Lupakan"
▼▼▼
Eunha's Pov
"Kau patutnya dah mati"
"Kau... patutnya dah mati"
"Kau ingat aku takut?! Kau patutnya dah mati!"
YOU ARE READING
𝐕𝐞𝐧𝐠𝐞𝐚𝐧𝐜𝐞 ˢᵘⁿʷᵒᵒ
Fanfiction" A bully who easily scared VS a ghost who wants revenge "