"cikgu , mana peserta yang lain ?" Rungut Chan. Bukan apa , dah setengah jam siot menunggu dekat tapak perkhemahan ni.
"Saya pun tak tahu lah chan , nak telefon , saya tak ada nombor dia." Balas Cikgunya , Cikgu Baekhyun.
"Tapi dah setengah jam dah..." Rungut Chan lagi. Dia menghalakan kipas mini ke arahnya.
Sekarang ini , mereka sudah tiba di tapak perkhemahan di tanjung balau. Dia , Seungcheol , Soonyoung dan Jihoon sahaja yang baru berada di situ. Itupun mereka dari satu sekolah. Rose quartz highschool.
Lagi dua rombongan sahaja yang belum sampai iaitu international diamond highschool dan serenity highschool. Heh , dua sekolah sahaja pun dah lambat.
Dia sebenarnya ikutkan nak aja pasang khemah dari awal tapi pihak penganjur menyuruh mereka menunggu lagi dua sekolah.
Tiba - tiba , Seungcheol mendekati chan yang sudah terbaring itu. " weh , lee chan. Kau rasa hensem tak aku dalam gambar ni?" Dia menunjukkan skrin telefon yang tertera gambarnya ketika dia bercuti di Pahang itu hari.
"Ye ,ye , ye kau hensem sangat. Kau hari hari tanya benda yang sama." Leter Chan tanpa memandang jejaka itu.
"Ish , kau ni tak tengok pun ! Dahlah aku nak tanya si woozi !" Seungcheol mencebik. Dia mengembungkan pipinya.
"Apalah aku dapat abang angkat yang kebudak - budakan ini." Rungut Chan. Dia menekan butang 3 kerana panas yang amat.
"Nak tidur dululah , tunggu dorang macam tunggu rusa bertanduk." Balasnya sebelum dia melelapkan mata.
.
"Woi , budak ! Angkat beg kau ! Kau fikir sapa nak angkatkan beg engkau!" Jerit Cikgu Myungsoo. Dia memandang tajam dengan kerenah Seungkwan dan Seokmin. Aduh , booseok ni.
"Alamak , cikgu dah marah!" Bisik Seokmin. Dia menarik lengan Seungkwan sebelum dia mengambil beg - begnya.
"Aduh , kau ni Seungkwan. Tahulah excited." Jeonghan memandangnya atas bawah.
"Kau ni kan annoying macam kakak aku sia." Seungkwan tersenyum manis tidak berapa ikhlas. Rasa sakit hati tul tengok anak Yoon ni.
"Ouh yeke?"
"Cikgu , kitaorang bersebelas je ke ?" Soal Jisoo. Dia melihat di tapak perkhemahan hanya ada empat orang dan seorang cikgu pengiring sahaja.
"Ada lagi satu sekolah belum sampai. Dua student and 1 cikgu pengiring."
"Weh , tengok ada kereta Ferrari siak !!" Jerit Seungkwan teruja. Dia melepaskan pegangan Jeonghan di bahunya.
Seokmin yang melihatnya turut teruja. Ya , dia sedang melihat dua kereta Ferrari dan dua kereta Velfire. Apa lagi jakun le dua mamat tu.
Jeonghan dan Jisoo hanya melihat. Yalah , mereka dilahirkan dalam keluarga berada jadi apa yang dilihat itu hanyalah benda biasa sahaja.
"Weh , aku nak tengok siak siapa yang keluar tu !" Jerit Seokmin lagi.
Pelajar yang dari Rose quartz highschool itu hanya memandang jejaka yang menjerit itu. Tak bising ke , jerit macam tu ?
Kereta Ferrari dibuka oleh pembantu sebelum dua figura keluar menyelusuri jalan. Figura yang berambut putih itu membetulkan posisi badannya sebelum dia mengorak langkah menuju ke tapak perkhemahan.
"Weh , hensem siot dia!!" Chan bangun dari duduknya. Mak aih , mullet dia pun hensem.
"Kan !!" Mingyu mengangguk mengiyakan kata - kata chan.
YOU ARE READING
𝗕𝗶𝘁𝘁𝗲𝗿𝘀𝘄𝗲𝗲𝘁
Humorseventeen - persahabatan yang terjalin oleh 13 sahabat yang masih berada di alam persekolahan. Melalui perkhemahan inilah , mereka mula mengenal erti persahabatan yang sebenar. "Janji pada aku walaupun kita sudah berpisah di hari terakhir kem ini...