prologue

113 12 4
                                    

"Ya Allah tak bangun lagi budak bertuah ni?!" tempik puan Hamidah dengan nada yang sedikit meninggi


"Aimi Adeena bangun, dah pukul berapa ni? bukan hari ini Deena kena pergi interview dekat company uncle Razi ke? "

"hmm.. Lima minit lah ibu, Deena mengantuk lagi ni.. " balas Adeena dengan nada suara yang serak.

"Tak ada lima minit-lima minit Aimi Adeena binti Abdul Hamid! Bangun sekarang!" tempik puan Hamidah lagi.

"ishh ye la² orang bangun la ni" celik terus mata Adeena lepas kena tempik dengan ibu nya. Mana mau dia melawan kalau ibu dia dah bertukar menjadi singa pagi pagi.

"Deena turun bawah breakfast dulu! " seru Puan Hamidah.

"Coming! " balas Adeena sebelum dia turun kebawah.

Hari ini dia hanya mengenakan baju blouse labuh bewarna hitam, seluar slack dan shawl Satin bewarna nude sahaja. Sebab apa? Sebab Adeena tidak suka berfesyen yang berlebih-lebihan. Cukup lah dia dipaksa oleh ibunya untuk mengenakan sedikit solekan untuk pergi ke acara ibunya masa zaman sekolah dulu.

Adeena mempunyai satu sifat yang amat unik dan mungkin sedikit pelik kerana dia tidak berapa gemar hendak mengenakan pakaian bewarna warni. Dia lebih mengemari warna yang tidak terlalu terang seperti warna hitam.

Jadi, tidak peliklah kalau orang kata yang Adeena suka style ala-ala boyish.

"Ibu.. Kejap lagi Deena pergi interview dengan Raisya tau" ujar Adeena sambil menarik kerusi di sebelah ibunya.

"Okay" balas Puan Hamidah bersahaja.

Adeena tersentak apabila Iphone di dalam beg tangannya menjerit minta diangkat.

"Helo, Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam, Dee aku minta maaf aku tak boleh tumpangkan kau"

"asal? "

"Kereta aku buat hal lagi"

"Allah, habistu kau pergi naik apa? "

"Naik apa lagi, motor aku lah"

"Hmm takpelah nanti kalau kau dah sampai, kau inform aku eh? Lagi satu elok-elok naik 'panther' kau tu. Jangan nak buat hal atas jalan"

"Ye, ye aku tahulah. Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam"

Panggilan itu dimatikan sebelum Adeena memasukkan iPhone miliknya kedalam beg tangannya semula.

"Siapa Deena? " tanya Puan Hamidah

"Raisya call, dia kata kereta dia rosak so dia tak boleh tumpangkan Deena" balas Adeena.

"Oh yeke? Deena nak guna kereta ayah? " soal Encik Hamid.

"Hmmm.. Boleh ke? " soal Adeena. Ikutkan hati dia nak tumpangkan Raisya sekali tapi disebabkan rumah Raisya yang jauh dari rumahnya membataskan niatnya.

Patutlah dia tak nampak Raisya depan rumah dia. Semalam Raisya kata dia bertolak dari rumah pukul 8.00 pagi.

Dalam 1 jam jugaklah nak sampai rumah Adeena memandangkan mereka perlu tiba di syarikat itu pada pukul 10.00 pagi.

"Lah, kenapa tak boleh pulak? Kereta ayah pun kereta Deena juga kan? " balas Encik Hamid bersahaja.

"Hmm..okay" balas Adeena.

Selesai bersarapan, Adeena menyalami tangan ibu dan ayahnya sebelum mengapai kunci kereta Lexus LC500 berwarna hitam ayahnya.

Sengaja dia pilih kereta tu sebab kereta ayahnya yang itu sahaja yang dia selesa nak bawa.

Kereta itu pun keluar dari perkarangan banglo ibu bapanya.

New day, is new me.

Setelah 20 minit memandu, Adeena sekarang sudah tiba di syarikat itu dan cepat-cepat masuk ke dalam bangunan 8 tingkat itu.

'PARADISE HOLDING'.

Ibu dan ayahnya yang menyuruh dia menemu duga di situ memandangkan syarikat itu milik anak kepada rakan baik ayahnya.

Mulut Adeena terlopong melihat senibina bangunan itu.

'Nice' getus Adeena dalam hati.

"Deena! " kedengaran suara Raisya melaung nama Adeena dari belakang.

Adeena hanya memandang kearah sahabatnya dan melambaikan tangan kearah Raisya sebelum dia berlari untuk mendapatkan rakannya itu sebelum...

Buk!

Seseorang telah melanggar dia sehingga tersungkur ke atas lantai.

"Woi buta ke?!" tegas lelaki yang tinggi lampai itu berkata.

Adeena berasa pening kepala akibat dilanggar oleh lelaki tadi. Dia punya kuat tu boleh bergegar Malaysia sobat!

"Kau ni memang jenis yang suka tak tengok kiri kanan dulu ke sebelum berjalan? Mata letak kat mana? Lutut? " bidas lelaki itu dengan senyuman sinis.

"Eh? encik yang langgar saya lepastu marah marah saya pulak, lepastu sesedap air longkang je encik kata saya buta. Pastu nak suruh saya minta maaf eh? Banyak cantik muka encik. Saya rasa encik yang kena minta maaf dengan saya sebab encik yang rempuh saya.Apahal saya yang kena minta maaf?! " lantang Adeena berkata seraya bangun untuk membetulkan bajunya.

"Dah kau yang berdiri dekat situ siapa suruh?"

"Tak ada siapa suruh, itu atas kerelaan diri saya sendiri yang nak berdiri kat situ" sinis Adeena berkata. Nak suruh aku minta maaf? Heh! No man.

"Kau tahu tak aku ni siapa? " sinis lelaki itu bertanya.

"Tak tahu and taknak tahu. Kenapa? Syarikat ni encik punya ke? " sinis Adeena berkata.

"Kalau ya syarikat ni aku punya pun, kenapa?" wajah tegang Hayder ditunjukkan kepada Adeena membuatkan dia mengerutkan dahi.

"kalau ya tu ya lah takyah nak panjangkan cerita, now i just want my apoligize...."

".... Or you know what the consequences that i'll do" nada suaranya berubah sarkastik.

Hayder tidak menghiraukan kata kata Adeena sebaliknya dia hanya tersenyum sinis sebelum meninggalkan Adeena.

"Oii! Saya tak habis cakap lagi lah! " lantang Adeena bersuara. " harap muka je handsome tapi perangai macam nak ehmm"

"Dah la Deena, dia tak sengaja tu" pujuk Raisya. Sahabatnya ini bukan boleh sabar, karang ada yang kena tendang dari tingat 8 kot.

"Tak sengaja hotak dia lah, ada ke dia kata salah aku sebab berdiri kat situ, cewahh dia ingat dia siapa nak marah aku hah?! " balas Adeena kegeraman.

"Dah la Deena, anggap je itu kali terakhir kau jumpa dia" cubaan memujuk kali ke dua oleh Raisya.

Adeena merengus kasar sebelum dia dan Raisya melangkah ke tingkat 3 untuk pendaftaran.

Masih terngiang di kepalanya sosok lelaki yang melanggar dia tadi. Lain kali tak payah susah-susah nak guna mata tu, letak je dekat lutut..

TO BE CONTINUE...

"Setiap apa yang terjadi, pasti ada hikmah disebaliknya"

-aurell

Penjaga HatiWhere stories live. Discover now