Keira bangkit dari baring dengan perasaan yang malas, dia duduk di sisi katil. Kepala diangkat dan dia melihat jam yang berada di dinding telah menunjukkan pukul enam pagi.
Keira mengeluh perlahan, 'Haih, malasnya nak pergi sekolah. Apa kata kalau aku ponteng aje? Tapi... Nanti mesti aku kena marah dengan ibu kalau tak pergi sekolah.'
Sebenarnya Keira nak aje pergi ke sekolah, tapi hari ini dia berasa tidak sedap badan, rasa macam nak demam tapi badan tak panas.
Dengan perasaan yang malas, dia melangkah kaki masuk ke bilik air untuk menyucikan diri. Dia mahu bersiap-siap ke sekolah. Risau jika terlambat.
Selesai saja sarapan, Keira terus menutup suis lampu dan kipas yang terbuka. Dia mengambil kasut yang berada di sisi pintu rumah. Keira keluar dari rumah dan duduk di kerusi luar rumah, nak ikat tali kasut. Keira mengangkat kepala, melihat langit yang telah menitis hujan, lama kelamaan makin lebat.
Walau dalam keadaan hujan yang lebat, Keira tetap perlu ke sekolah. Mahu atau tidak, dia terpaksa juga meredah hujan. Dia tidak mahu terlewat ke sekolah.
Sampai saja di sekolah, dia berteduh di pondok pengawal, Keira memegang bajunya yang basah kuyup, baju hujan yang dipakainya langsung tidak melindungi dirinya dari hujan yang lebat. 'Haih, habis basah baju aku.'
"Keira!" Dia ditegur oleh suara yang amat dikenalinya. Siapa lagi kalau bukan Anantasya Diana, si kawan baik yang terlampau baiknya itu. Untung Keira mempunyai kawan yang baik seperti Anantasya. Dia menoleh seraya senyuman terukir di bibir melihat kawan baiknya.
Anantasya melihat kawannya yang berdiri kaku dalam keadaan hampir keseluruhan bajunya basah. "Ehh kenapa basah ni? Kau redah hujan ke? Kenapa tak bawa payung? Nanti kalau demam macam mana?" risau betul Anantasya apabila melihat Keira dalam keadaan basah kuyup begitu.
Keira mengemam bibir seraya tersenyum tipis, dia mengangguk sekali.
Anantasya bercekak sebelah pinggang, "Haih. Dah, baik kau pergi tukar baju cepat. Kalau tak nanti mesti kau kena ejek lagi." Anantasya bercakap dalam keadaan risau dengan keadaan kawannya. Mana tak risau, ni aje satu-satunya kawan baiknya di sekolah.
Kepala yang tak gatal digaru. "Tapi... aku lupa nak bawak baju lebih hehe," ucap si Keira tanpa rasa bersalah.
Anantasya mengeleng sekali, bertuah punya budak. Tiba-tiba dia teringat yang dia ada bawa baju lebih, patutlah tadi hatinya suruh bawa baju lebih sebelum keluar rumah.
Dia meleraikan tali beg dari lengannya,
Anantasya membuka zip begnya, dicapai sehelai baju tshirt berwarna hitam untuk diberi kepada kawannya si Keira. "Haih budak ni nasib aku bawak baju lebih, nah pakai lah," ucap si Anantasya seraya memberi baju tersebut kepada Keira.Keira menyambut baju itu sambil tersenyum tipis. Dia rasa serba salah kerana telah meyusahkan Anantasya. "Thank you... Esok aku bagi balik baju kau."
Anantasya mengangguk sekali.
YOU ARE READING
𝐃𝐢𝐚 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐀𝐤𝐮 [C]
Short StoryIn editing progress! 𝐊𝐞𝐢𝐫𝐚 𝐑𝐨𝐬𝐚𝐥𝐲𝐧 & 𝐊𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐆𝐫𝐚𝐜𝐞𝐥𝐲𝐧𝐧 Mengisahkan tentang kembar yang terpisah sejak lahir dimana si kakak diculik dan si adik masih bersama keluarga kandung. Sudahlah diculik, malah didera lagi. Begitu malan...