↷ p r o l o g

803 60 3
                                    

hweeek hweeek bunyi tangisan bayi memenuhi setiap sudut ruang labour room di hospital itu.

Aeman dari tadi menunggu di luar labour room, raut wajahnya yang penuh kerisauan, kantung matanya yang sedikit gelap cukup menggambarkan bahawa dia tidak cukup tidur.

Seorang doktor lelaki keluar daripada labour room, bajunya ada sedikit kesan darah.

"Suami Puan Raisha? Saya ada dua berita yang ingin disampaikan, ianya berita baik dan berita buruk" doktor tadi memulakan bicara.

"Beritahu saya doktor! apa beritanya.." Aeman sangat berdebar, peluh di dahinya sehingga menitis ke lantai.

"Encik bertenang dahulu, berita baiknya.. anak encik selamat dilahirkan, jantinanya seorang lelaki.." doktor tadi tidak menyambung ayatnya.

"Alhamdulillah.. dan berita buruknya doktor?" Aeman merasa agak lega namun ianya hanya sementara, beberapa saat kemudian dia kembali gelisah, dia berharap ianya bukan apa yang dia fikirkan..

"Saya meminta maaf, pihak kami sudah cuba sebaik mungkin tapi gagal.. kami tidak dapat selamatkan isteri encik.. Puan Raisha kehilangan terlalu banyak darah.. encik diminta bersabar, sekali lagi saya meminta maaf.." Doktor tadi menepuk bahu Aeman lalu berlalu pergi.

Aeman yang mendengar berita tersebut tidak dapat menahan rasa sedihnya, dia kehilangan seorang wanita yang amat dia cintai. Melutut Aeman dihadapan labour room itu.

Papa, Mana Mama?
291023 | 4:47 petang

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 21 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Papa, Mana Mama ?Where stories live. Discover now