18 ✿ Keistimewaan dan Kelebihan

5 1 0
                                    

"Urgh.." Celeste Raul membuka mata yang terasa berat. Malahan, seluruh tubuhnya juga terasa berat. Dia yang mahu bengkit, namun menyedari yang dirinya tidak mampu terus membuka mata yang terpejam luas-luas. Dia melihat atap yang amat dikenalinya serta suasana sekeliling. Dimana lagi kalau bukan di atas katil di dalam bilik utama milik Vlair Kieran. Kain cadar satin lembut serba hitam dan langsir kelambu katil yang dilepaskan tertutup, melindungi pandangan orang dari melihat akan individu yang berada di atas katil.

Dia melihat disisinya yang mana punca utama dia tidak boleh bangun dari katil, Vlair Kieran. Celeste Raul kini secara rasmi merupakan bantal peluk lelaki itu. Apa yang berlaku? celeste Raul tidak ingat apa-apa. Memori terakhirnya adalah dia dan Vlair Kieran bergaduh tentang bilik yang disediakan dan setelah itu dia memberitahu Vlair Kieran yang dia tidak mahu tinggal bersama. Tapi apa yang berlaku selepas itu? Kenapa dia kini berada di atas katil bersama Vlair Kieran? Kenapa mereka tidur di atas katil yang sama?

Celeste Raul mahu menjerit, dan dia menjerit sekuat hati.

"Halen... stop it..." suara Vlair Kieran yang baru bangun dari tidur terus menghentikan jeritan Celeste Raul.

"Who??" Celeste Raul menyoal. Dia menolak sebelah lengan Vlair Kieran yang merangkul pinggangnya dan sebelah lagi lengan yang mana Celeste raul telah gunakan sebagai bantal.

Vlair Kieran yang masih mamai, terus terjaga dari mimpi. Matanya tidak lepas dari memandang lelaki di sisinya. Ya, lelaki. Nampaknya Celeste Raul telah kembali. Dia mengeluh dan terus bangkit dari pembaringan. Langsung hilang rasa untuk bermalasan pada hari itu. Vlair Kieran menolak selimut yang menutupi tubuhnya dan berjalan ke bilik mandi.

"Arghhh!!!" Celeste Raul menjerit sekali lagi apabila melihat sesusuk tubuh tanpa sehelai kain baju milik Vlair Kieran. Kenapa dia tak pakai baju??

"Shut up." balas Vlair Kieran, pendek. Dia masuk ke bilik mandi lalu menutup pintu, meninggalkan Celeste Raul seorang diri.

Celeste Raul menarik nafas dalam. Dia bangun dari atas katil dan memeriksa tubuhnya sendiri yang mana masih selamat berpakaian dan menghela nafas lega sebelum berlari keluar. Dia rasa, dia boleh gila jika berlamaan di situ. Memorinya yang kurang jelas membuatkan Celeste Raul ragu-ragu. Apa yang berlaku sebenarnya??


Imbas kembali...

"Halena..." suara Vlair Kieran seolah-olah mahu merayu. Kepalanya disandarkan ke atas bahu Celeste Raul sambil tangannya tidak mahu melepaskan lelaki itu.

"Oh..?" beberapa minit setelah Celeste Raul mendiamkan diri tanpa jawapan, suara lain yang membalas. Vlair Kieran mengangkat wajahnya. Dia merenung ke dalam anak mata milik Celeste Raul. Bukan, dia kini adalah Halena.

Tangan yang dipegang oleh Vlair Kieran ditarik mahu dilepaskan namun Vlair Kieran laju menangkap dahulu tangan tersebut. "Halen..." panggil Vlair Kieran. Kali ini, dia pasti yang berada di hadapannya itu adalah Halena, si kecil Halena miliknya.

"Let go." arah Celeste Raul, yang mana kini merupakan seorang perempuan yang sangat cantik. Tubuh lelakinya bertukar menjadi sesusuk tubuh gadis yang menggiurkan. Dada yang leper sebelum ini menjadi dua bukit besar dan pinggang yang kecil menjadi semakin ramping. Punggungnya juga berubah menampakkan bentuk dan sekaligus tingginya juga semakin berkurang. Seluruh tubuhnya berubah dan mengecil dari yang asal. Rupa lelaki milik Celeste Raul berubah menjadi rupa seorang perempuan yang tak tumpah wajah mereka berdua sama dan serupa. Beza mereka adalah jantina dan rambut Halena yang panjang.

"No. You are mine." Vlair Kieran menarik tubuh yang lebih kecil darinya itu ke dalam pelukan. Kali pertama Celeste Raul bertukar, dia masih tidak pasti namun kali ini, dia tidak mungkin salah. Gadis di hadapannya adalah si kecil Halena. Spesis mereka, Vampire ada yang menerima keistimewaan, kelebihan atau 'hadiah' apabila ditukarkan. Ketika Halena ditukarkan menjadi vampire oleh lelaki bertopi yang memberikan botol kaca berisi cecair itu kepada Vlair Kieran, kelebihan yang dimiliki oleh Halena adalah lain daripada yang lain.

Lelaki bertopi itu pada asalnya memberikan cecair itu untuk Vlair Kieran berikan pada Halena yang sakit tenat. Namun Vlair Kieran berasa keberatan untuk memberikannya pada Halena kerana dia tidak percaya dan takut akan sesuatu lain yang bakal berlaku pada Halena jika dia minum cecair di dalam botol itu. Siapa sangka, selepas kematian Halena, si kecil yang terabai telah meminum cecair di dalam botol tersebut, semuanya disebabkan kesalahan Vlair Kieran sendiri. Cecair di dalam botol itu merupakan darah milik lelaki bertopi yang mana merupakan salah seorang Nesuferit yang terdahulu dan antara terawal dan yang pertama.

Dalam erti kata lain, dia adalah generasi pertama spesis mereka. Si kecil Halena yang ditukarkan tanpa digigit menjadi pewaris kepada lelaki bertopi tersebut, yang mana kini lebih dikenali sebagai Count Orlok. Lebih rumit lagi adalah apabila Vlair Kieran baru mendapat tahu tidak lama kemudian bahawa lelaki bertopi itu juga adalah orang yang sama yang telah meniduri kakaknya, Halena. Tidak dia sangka, bahawa wanita manusia yang bersama dengannya akan mengandung?

Semuanya adalah kerana sumpahan keluarga bangsawan Duke Aimar. Anak hasil daripada seorang manusia dan vampire pada asalnya adalah mustahil, kini telah menjadi buruan ramai pihak. 

"Said the one who choose to abandon me." perli si gadis apabila dia menolak Vlair Kieran yang sedang mengelamun. Pelukannya terlerai, baru sahaja Halena mahu beredar, dia kembali di tahan oleh Vlair Kieran.

"Please." dia merayu. Wajahnya keruh mengingati masa lalu.

"I am not my mother!" tegas Halena, masih mahu berlalu pergi.

"I know! I've never thought of you like that!" Vlair Kieran meninggikan suaranya. Saat itu, dia hanya mahu memaki hamun Count Orlok yang telah menghumban dirinya ke dalam 'gaung' ini.

"Halen.. Raul.. whatever. I just don't care anymore. Just.. just don't leave me, okay?"

Halena memandang seraut wajah yang amat dikenalinya sejak dahulu. Wajah itu kini kelihatan suram dan penuh dengan rayuan terhadap dirinya. Berbeza satu ketika dahulu, dia sanggup melakukan apa saja hanya untuk secebis perhatian milik Vlair Kieran. Namun, tatkala dia hanya mahu menghilangkan diri, lelaki itu muncul kembali, mengejutkan dia bangun daripada tidur yang panjang. Count Orlok, dia pasti lelaki tua itu yang telah menghantar Vlair Kieran ke sini. 

Kelebihan Halena adalah lain daripada yang lain. Dia istimewa. Sama seperti Count Orlok, apabila mereka mahu tidur yang panjang, mereka akan bertukar rupa seolah-olah dilahirkan semula dan dari bayi, membesar seperti manusia biasa, tanpa memori masa lalu. Darah milik Nesuferit dalam tubuh mereka akan kekal 'tidur' selagi mana tidak ada sesuatu yang mengingatkan mereka akan identiti sebenar. Selepas 'kematian' mereka, mereka akan teruskan semula kehidupan yang baru sebagai orang yang baru. Disebabkan itu, Halena mempunyai pelbagai rupa. Sama seperti Count Orlok.

Kali ini, kehidupan yang ini, dia 'dilahirkan semula' sebagai seorang lelaki bernama Celeste Raul. Namun kemunculan Vlair Kieran telah mengejutkan 'dia' yang sedang tidur panjang. Hanya lelaki itu yang mampu membuatkan 'darah'nya kembali mengalir. 'Darah' yang telah lama berhenti mengalir, kini kembali mengalir di dalam tubuhnya, sebagai salah seorang pewaris takhta Nesuferit.

"That damn old man set me up! He sent you here because he knows I will go back with you, so he can pass me his throne!" Halena bersuara sambil mengetap gigi menahan marah.

ELYSIUMWhere stories live. Discover now