11.Obses

58 8 5
                                    

"Kamu kata apa?"

Semua yang berada di situ tergamam mendengar apa yang dikatakan gadis itu. Mereka menoleh pada lelaki yang dimaksudkannya, ayah tiri Rozita.

"Saya kata...suami makcik, dia yang perkosa Rozi," ulang Zinnirah.

"Kurang ajar!" Bentak puan Maryam, tangan diangkat tinggi ingin menampar gadis itu tapi segera ditahan Izdiey.

"Lepas!" Teriaknya, Izdiey sedikitpun tidak berganjak. Lengan wanita itu digenggam erat.

"Jangan..sentuh..dia!" Lelaki itu memberi amaran. Dr Fauzi mendekati Zinnirah manakala dua pegawai polis tadi sudah berada di kiri dan kanan En. Kamal.

"Makcik ingat dia ni lelaki kiriman tuhan ke?" Sindir Zinnirah tajam. Hatinya masih sakit mengenangkan setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Rozita.

"Makcik tanyalah dia, apa yang dia dah buat pada Rozi. Tanyalah! Engkau setan, jangan cuba nak menipu ye,"

Pn Maryam berpaling pada En Kamal, lelaki itu menundukkan wajahnya.

"Yang?" Panggil Pn. Maryam serentak itu En Kamal mula tersedu.

"Im so sorry, sayang. Saya tak sengaja," ujar En. Kamal menyesal.

"Maksud you?" Soal Pn Maryam kembali inginkan kepastian.

"A couple months ago, I balik rumah mabuk. I was so depressed that day, I was just trying to heal myself. Sampai rumah, Sumpah! I betul betul lupa yang you outstation yang. I was so intoxicated that I thought Rozita was you and I....Bangun pagi baru I sedar yang I dalam bilik dia tanpa pakaian and she is nowhere to be found,"

Pn Maryam terjelepok sekali lagi di lantai. Pengakuan En Kamal membunuhnya. Wanita itu mula menangis bagaikan orang gila.

"I tak sangka akan jadi macam ni. I cuma tersilap malam tu,"

"Dan kesilapan tu menghancurkan seumur hidup Rozita," potong Zinnirah. En Kamal bungkam.

"Pernah tak kau bayangkan betapa takutnya dia malam tu? Dia percaya kau! Kau janji dengan dia akan jaga dia dan mak dia! Kau janji akan lindungi dia dan mak dia! Tapi apa kau buat?!"

"Rozi tak berani nak beritahu makcik, dia kata sejak makcik kawin dengan lelaki ni makcik nampak bahagia sangat. Dia taknak rosakkan tu, dia rela menderita sorang sorang demi kebahagiaan makcik,"

Tangisan Pn Maryam semakin kuat menyebabkan dua orang jururawat dipanggil untuk menenangkannya. Manakala En Kamal sudah digari ingin dibawa ke balai.

"Ya Allah, anak aku!!!" Teriak Pn Maryam sambil memukul dadanya.

"Rozi, maafkan mama!!!"

"Roziiii!!!"

Izdiey dan Zinnirah duduk berdampingan tidak berkata apa apa. Mereka hanya memerhatikan seorang ibu menagih kemaafan anaknya dan seorang ayah yang sesalannya terlewat.

'Ayah sepatutnya melindungi, bukan melukai,' bisik Zinnirah perlahan.

Izdiey mengangkat wajah, memandang gadis itu.

Tak mungkin dia...

*************

Angin bertiup sepoi sepoi bahasa menjemput pohon pohon ru menari mengikut iramanya. Bilik kaunseling sunyi, cikgu Zul sudah mula sibuk menguruskan hari sukan sekolah sementara Izdiey duduk bersandar malas di kerusinya.

Matanya merenung kosong siling putih yang mulai kekuningan. Hari ini dia tiada mood ingin mengajar, semua benda dirasakan tak kena. Lelaki itu mendengus lalu bangun, lebih baik dia keluar ambil angin sekejap. Mana tahu nanti hatinya tenang.

MUHAFIZ [COMPLETE]Where stories live. Discover now