Amanda berjalan ke arah tempat duduk yang telah disediakan untuknya.
Banyak mata-mata yang memandang ke arahnya kerana di duduk di tempat VVIP. Dia tidak kisah dengan pandangan itu kerana sekarang dia cuma mencari kelibat daddynya.
"DI JEMPUT DATO NAZRI AHMAD UNTUK MENGAMBIL TEMPAT DUDUK YANG TELAH DI SEDIAKAN" Kata seorang MC lelaki yang ditugaskan untuk majlis ini.
Dia melihat daddy nya masuk bersama 2 orang bodyguard yang telah diupah khas untuk bertugas pada majlis-majlis bergini. Amanda bangun dari duduknya dan menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat kepada Dato Nazri Ahmad yang berjalan dihadapannya danduduk di sebelah tempat duduk Amanda.
Ramai orang tertanya-tanya apabila melihat Dato itu duduk di sebelah Amanda.
"MAJLIS MENJEMPUT DATO NAZRI UNTUK MEMBERIKAN SEDIKIT UCAPAN DAN SEKALI GUS MERASMIKAN PEMBUKAAN CAWANGAN BAHARU REST CAFE'S" Ucap MC itu dengan bersemangat.
"Bismillahhirrahmannirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi saya ucapkan kepada semua yang hadir pada pagi ini. Alhamdulillah dengan izin Allah SWT saya dapat membuka satu lagi cawangan cafe saya. Impian saya untuk membuka cafe khas untuk anak perempuan saya akhirnya tercapai."
"Mungkin ada yang tertanya apa maksud khas? Khas yang saya maksud kan ialah saya ingin membuka satu cawangan di mana tempat anak saya bekerja. So disebabkan anak saya seorang Dr di sini jadi saya membuat keputusan untuk membuka cafe baharu di sini." Kata Dato Nazri dengan gembira.
Semua yang dengar turut gembira, malah ada seseorang yang terpaku apabila melihat susuk tubuh lelaki yang sedang memberikan ucapan itu. 'Itu awak kan Naz' Kata wanita itu di dalam hati.
"Itu sahaja ucapan saya untuk hari ini, DAN DENGAN LAFAZ BISMILLAHHIRAHMANNIRRAHIM DENGAN INI SAYA MERASMIKAN PEMBUKAAN CAWANGAN BAHARU REST CAFE'S YANG KE 50!!!!" Ucap Dato Nazri dengan kuat dan gembira.
Mereka yang lain memberikan tepukan yang kuat setelah Dato Nazri merasmikan pembukaan itu. Setelah memberi ucapan Dato Nazri berjalan kembali ke tempat duduk asalnya.
"MAJLIS MENJEMPUT SEKALI LAGI DATO NAZRI AHMAD DAN DI IRINGI OLEH ANAK PEREMPUANNYA UNTUK MEMOTONGKAN REBEN YANG ADA DI PINTU MASUK CAFE" Kata-kata itu membuatkan semua orang berdiri untuk melihat gerangan anak kepada usahawan terkenal itu.
Amanda yang mendengar itu mengangkatkan kepalanya. Dan dia melihat daddy nya sedang berdiri di hadapannya dan mengulurkan tangan tua milik lelaki itu kepadanya. Amanda menyambut dengan mesra tangan itu dan berjalan ke hadapan pintu cafe itu.
Rata-rata orang tidak percaya bahawa Amanda merupakan anak kepada seorang usahawan yang berjaya.
Mereka berdua berjalan berpegangan tangan dan berjalan masuk ke dalam cafe itu.
Cafe itu menjadi meriah dengan kehadiran orang ramai yang datang untuk mendapatkan makanan dan minuman yang ada di situ.Amanda melihat daddy nya berada di sebuah meja dan ada kelibat seorang lelaki yang memakai sut biru tua sedang rancak berborak. Dia berjalan ke arah meja itu kerana dia ingin memberikan sepotong kek dan secawan hot latte kepada daddy nya. Dia tersenyum apabila melihat ramai orang yang datang.
Senyuman Amanda yang mekar itu perlahan-lahan pudar apabila melihat gerangan lelaki yang bersut itu.
"Daddy makan dulu, tadi pagi kan daddy tak makan lagi so now daddy makan. Lepas makan ni baru makan ubat pula" Kata Amanda kepada daddy nya. Dia ingin melangkah dari meja itu tetapi gerakkan nya terbantut apabila mendengar suara daddy nya.
"Kamu nak pergi mana. Duduk dulu dekat sini berborak dengan Haikal" Kata Dato Nazri kepada anak perempuanya.
"Feisya nak jumpa someone kejap, tak kan nak bawa Haikal sekali. Nanti pa orang kta pula." Amanda berkata kepada daddy nya itu.
"Alah orang tak akan kata apa punya. Kalau orang kata, Feisya cakap je la ni 'BAKAL SUAMI' Feisya kan senang betul tak Kal?" Soal Dato Nazri kepada Haikal yang sedang melihat pergaduhan dua beranak itu.
"Haa Kal ok je uncle kalau orang tanya sapa ni, Haikal jawab la ni 'BAKAL ISTERI' supaya orang orang tahu yang Dr yang cantik dekat hospital ni dah berpunya. Lepas ni mesti tak ada sesiapa yang nak kacau awak lagi dan sebab dia orang tahu ada seorang lelaki yang yang handsome ni akan jadi pengikut awak selamanya. Betul kan Dr Amanda?" Kata Haikal sambil mengangkatkan kening nya beberapa kali kepada Amanda.
Amanda yang melihat itu menjeling Haikal "Dasar Mat Salleh Celup tak sedar diri, perasan handsome. Abang dengan adik sama je kuat perasan" Kata Amanda perlahan yang dapat didengar oleh diri nya sahaja.
"Dah tak perlu nak gaduh-gaduh. Haikal Uncle amanah kan kamu untuk ikut ke mana sahaja Feisya pergi. Bukan apa, sebelum ni orang tak tahu yang Feisya ni anak uncle. So sekarang ni orang dah tahu uncle takut orang ganggu ketenangan dia." Dato Nazri berkata dan beliau menepuk perlahan bahu bakal menantunya itu.
"Uncle jangan risau. Haikal akan jaga dia macam mana uncle jaga dia selama ni." Balas Haikal sambil terenyum. Dia kemudian memandang pulak ke arah belakang dan dia terlihat sesorang yang wajah nya serupa dengan Amanda.
Dia melihat wanita itu sedang duduk di atas sebuah kerusi roda dan dia dapat merasakan wanita itu pesakit hospital ini. Amanda melihat Haikal yang tekun melihat seseorng. Dia tidak nampak siapa yang Haikal tenungkan itu kerana terlindung dengan orang ramai. Melihat itu dia dapat mearasakan ada satu perasaan yang tidak kena dengan dirinya.
"Ni la lelaki, pantang nampak perempuan cantik sikit terus lupa diri. Tak Fikir dosa pahala dok tenung perempuan." Kata Amanda dengan mada sedikit marah. Haikal yang masih melihat itu terkejut mendengar apa yang dikata kan oleh Amanda. Kemudian dia senyum dan menoleh ke arah Amanda.
"Awak ada bau sesuatu tak?" Soal Haikal kepada Amanda. "Bau apa pulak" Jawab Amanda malas kerana dia masih marah dengan Haikal.
"Ada bau orang cemburu la" Kata Haikal dan dia terus ketawa apa bila melihat riak wajah Amanda yang sedang merah itu. Malu la tu.
"Mana ada saya cemburu, Awak jangan nak tuduh sebarangan tanpa bukti ok." Kata Amanda lagi untuk menutup malu nya apabila terkantaoi dengan jejaka itu. Haikal mendengar itu terus ketawa kuat dan menarik perhatian beberapa orang. Amanda menundukkan kepalanya kerana malu menjadi perhatian orang.
"Hahaha kalau cemburu tu cakap je la. Kan orang kata cemburu tandanya sayang betul tak" Usik Haikal lagi dia suka melihat wajah gadis di hadapan nya ini yang kemerahan akibat malu. "Ish malas la layan awak ni buat sakit hati je" Kata Amanda dan ingin berlalu pergi. Pergerakkan Amanda terhanti apabila Haikal menarik lengan baju yang dipakainya.
"Jangan la merajuk, saya ni tak pandai tau nak pujuk perempuan. So jangan merajuk ok sayang" Kata Haikal perlahan di tepi telinga Amanda. Meremang Amanda apabila Haikal berkata dekat dengan teliganya lagi lagi meremang apabila Haikal memanggil nya 'SAYANG' cair habis seorang Amanda Nafeisya.
"Awak panggil saya apa tadi?" Soal Amanda ingin kan kepastian.
"Sayang~~~" Panggil Haikal lagi kepada Amanda.
Amanda yang mendengar itu terus menundukkan kepalanya. "Haa tadi awak tengok apa yang sampai tak berkelip mata tu" Soal Amanda kepada Haikal.
Haikal tahu yang Amanda ingin menutup malunya dan menayakan dia soalan.
"Owh tak ada apa cuma awak cuba tengok perempuan yang duduk atas kerusi roda hujung sana tu." Tunjuk Haikal kepada Amanda. Amanda memandang ke arah yang ditunjuk kan itu.
"Owh itu Puan Aulia Sofea dia pesakit saya. Kenapa ada yang tak kena ke dengan dia?" Soal Amanda pula.
"TAK saya cuma rasa saya pernah nampak muka dia tapi tak ingat dekat mana." Kata Haikal pulak
"Dah jom teman saya nak jumpa dia kejap" Ajak Amanda kepada Haikal untuk mengikutnya pergi. Haikal hanya mengikut ke mana sahaja Amanda pergi. Kerana dia telah berjanji untuk menjaga Amanda sepanjang hari ini.
Bersambung
YOU ARE READING
MRS: HAIKAL AIMAN
Roman d'amourAMANDA NAFEISYA Mengisahkan tentang hidup seorang wanita bernama AMANDA NAFEISYA yang tinggal berdua bersama ayahnya setelah ditinggalkan oleh ibunya sendiri dan mesra dengan ramai orang tetapi tidak dengan HAIKAL AIMAN... HAIKAL AIMAN Seorang jeja...