BAB 50

11.3K 408 32
                                    

Di klinik kesihatan, Laila beratur di kaunter pendaftaran untuk membuka buku pink. Dalam hati penuh dengan rasa teruja tapi pada masa yang sama, dia berasa janggal kerana ini pertama kali dia pergi ke bahagian ibu dan anak. Berdebar-debar.

"Puan dah check kehamilan sendiri?" soal nurse yang berusia dalam likungan tiga puluhan.

"Er... Dah. Saya dah check dekat klinik," terang Laila perlahan.

"Ada bawa ic dengan kad nikah?"

Terkial-kial Laila mengeluarkan ic dari handbagnya. "Tapi saya tak ada kad nikah," terangnya jujur. Ya, mereka tak pernah buat kad nikah.

Kelihatan wajah nurse tersebut berubah. Laila belum terlalu bodoh untuk tidak faham apa yang bermain difikiran mereka.

"Tapi saya ada bawa sijil nikah." Cepat-cepat Laila memberi sijil nikahnya yang merupakan dua helai kertas  size A4 yang bercantum.

Manalah dia tahu pentingnya membuat kad nikah. Tak pasal-pasal dia perlu membawa sijil nikah yang besar gedabak itu ke hulu dan ke hilir.

Nurse tersebut memandang wajah Laila dan sijil nikah tersebut silih berganti. "Mudanya. Nanti puan isi segala detail di depan buku ni. Lepas tu datang balik dekat saya."

"Terima kasih." Laila mengambil buku pink tersebut untuk diisi segala maklumat diri. Kakinya melangkah mencari meja untuk menulis. Orang terlalu ramai membuatkan dia sukar mencari kawasan kosong sehinggalah matanya melihat Tuan Mizan yang menggamit tangan ke arahnya. Terus kaki Laila mendapatkan suaminya.

"Dah daftar dah?" tanya Tuan Mizan yang baru masuk setelah berjaya park kereta di luar pagar klinik kesihatan.

"Belum. Nak kena isi buku ni dulu," ujar Laila sambil menunjukkan buku tersebut kepada Tuan Mizan.

Tuan Mizan mengangkat muka memandang sekeliling. Lalu dia menarik tangan Laila agar mengikuti langkahnya.

Dengan senang Tuan Mizan meredah orang ramai yang berdiri di laluan ruang klinik sehingga ke meja kecil di belakang ruang menunggu.

"Dik, boleh bagi ruang dekat orang mengadung nak duduk?" Tuan Mizan menegur lelaki muda yang duduk berdekatan dengan meja tersebut.

Lelaki itu bangun dengan wajah yang kelat. Tak puas hati bila ditegur di hadapan orang ramai.

Tuan Mizan berpaling pada Laila. "Isilah kat sini. Pen ada tak?"

"Ada." Kalut Laila mengeluarkan pen dari begnya lalu mengisi maklumat di hadapan buku pink tersebut.

Semua pemeriksaan dilakukan dari awal. Dari ujian air kencing, timbang berat badan dan ukur tekanan darah. Tuan Mizan setia menemani Laila ke sana ke mari sehinggalah nombor Laila dipanggil untuk mengambil darah.

Seperti biasa, Tuan Mizan menemani Laila sehingga ke meja nurse.

"Pak cik, pak cik tunggu kat depan sana ye. Sebab ada ibu lain dekat sini. Nanti diorang tak selesa." Dengan bersahaja nurse yang berbadan kecil itu menegur Tuan Mizan.

Laila menelan air liur yang terasa kesat. Selamba saja nurse tu panggil Tuan Mizan pak cik? Matanya memandang wajah Tuan Mizan. Kelihatan rahang lelaki itu bergerak.

Tanpa sepatah kata, Tuan Mizan berlalu dari situ.

"Ini first baby ke?" tanya nurse tersebut sambil mencari urat di lengan Laila. "Jarang ayah nak teman anak check up. Selalunya mak yang temankan atau suami." Terlebih ramah pula nurse kali ni.

"Er.... Itu suami saya."

Tergamam nurse tersebut. Tak ada lagi perbualan ramah yang menyusul selepas itu.

*****************

Lama juga proses pendaftaran dan pemeriksaan pertama kali. Datang awal pagi tapi tengahari baru selesai. Perut dah berkeroncong minta diisi.

"Laila okey tak? Ada rasa penat?" tanya Tuan Mizan bila mereka masuk ke dalam kereta.

"Laila okey. Tak penat pun. Cuma tak sangka lama juga nak check up baby." Laila menarik seat belt.

Tuan Mizan terdiam seketika. "Aku rasa nak tukar klinik la."

"Tukar klinik? Nak tukar klinik apa? Ada klinik kesihatan lain ke kat sini?"

"Pergi yang swasta je. Cepat. Tak perlu nak tunggu lama macam ni. Mulut pun jauh lebih baik."

"Abang marah pasal tadi? Maaflah. Kita kan tak biasa pergi situ. Nurse kat situ pun dah penat layan ramai orang setiap hari." Laila cuba menyedapkan hati Tuan Mizan.

"Aku dah tua, tak larat nak tunggu lama-lama macam ni."

"Maaf, Laila dah susahkan abang."

"Tak perlulah nak minta maaf. Bukan salah Laila. Aku yang buat Laila mengandung." Tuan Mizan mengerling sekilas ke arah Laila.

Laila yang baru ingin melayan sebak, merona merah. Dia memegang dadanya yang berdegup laju. Aduhai. Ada saja ayat Tuan Mizan yang buatkan dia tidak tentu arah.

"Aku cuma tak suka cara diorang je. Tak apalah. Kita pergi klinik swasta je. Sama je."

"Tak apa ke pergi klinik lain? Bukan semua orang kena buka buku pink kat klinik kesihatan kalau nak bersalin dekat hospital kerajaan?"

"Laila tak perlu risau yang tu. Tahulah aku nak uruskan nanti. Laila nak makan apa?"

"Erm... Laila tak kisah."

"Tak ada teringin nak makan apa-apa?"

"Tak ada."

Susah betul nak tanya menu makan apa dengan Laila sejak akhir-akhir ini. "Nanti kita makan dekat Kedai Cik Sue. Situ ada banyak pilihan lauk."

Berkerut dahi Laila mendengar cadangan Tuan Mizan. Dalam banyak-banyak kedai di Bukit Gambir, kenapa Kedai Cik Sue yang perlu menjadi pilihan? Dia tidak puas hati tapi tak berani untuk suarakan.

"Lepas makan, Laila balik berehat dekat rumah."

"Kenapa kena rehat? Tak nak masuk pejabat ke?"

"Nanti Laila penat."

"Laila tak penat." Walaupun usia kandungan sudah mencecah tujuh minggu, Laila tak ada menunjukkan simptom hamil. Dia tetap jalani hari dengan biasa kecuali selera makannya saja yang berkurang.

"Laila, badan tu nak kena jaga. Tak boleh nak paksa diri. Sekarang ni Laila bukan kena jaga diri sendiri, Laila kena jaga nyawa lain juga."

"Tapi Laila nak ikut abang." Perlahan suara Laila seperti budak kecil yang sedang berjauh hati.

"Yelah. Tapi kalau ada rasa penat, jangan nak pendam. Bagitahu aku, faham?" Akhirnya Tuan Mizan terpaksa mengalah.

Sampai di Kedai Cik Sue. Laila sudah menarik muka tidak seronok. Walaupun ada pelbagai jenis lauk kampung yang terhidang, tak ada satu pun yang berjaya menarik seleranya.

"Amboi, bang. Dari mana ni?" Cik Sue menegur Tuan Mizan dengan senyuman lebarnya.

"Dari klinik." Pendek saja balasan Tuan Mizan sambil matanya meninjau lauk-lauk yang ada.

"Kenapa? Siapa yang sakit?" Cik Sue memandang Tuan Mizan dan Laila silih berganti.

Laila menjulingkan matanya ke atas. Tidak betah mendengar perbualan Cik Sue dan suaminya, dia mencedok saja lauk apa yang paling dekat dengan dirinya lalu terus berlalu mencari meja kosong.

Hatinya sebal dengan layan mesra Cik Sue pada Tuan Mizan dan Tuan Mizan boleh pula pergi melayan perangai gedik janda itu. Dah terlupa dekat bini yang mengandung kat sebelah. Tanpa menunggu Tuan Mizan duduk, Laila menyuapkan nasi yang terasa tawar ke dalam mulut.  Makan sekadar mengisi perut yang kosong.

Baby Shark, doo-doo, doo-doo, doo-doo
Mommy Shark, doo-doo, doo-doo, doo-doo
Grandpa Shark, doo-doo, doo-doo, doo-doo
🤣🤣

Rasanya tak sampai pun 10 bab lagi untuk complete..

SUNTI UNTUK TUAN MIZAN (C)Where stories live. Discover now