💫BAB 14💫

2.2K 173 8
                                    

Dhia menggenggam cadar katil sebaik sahaja melihat gambar Eldian yang bermesra dengan seorang gadis.

Eldian masuk ke dalam bilik selepas seharian bekerja. Dhia memandang wajah Eldian.

"Sunshine? Kenapa tak tidur lagi?" Eldian meletakkan kot bajunya di atas sofa. Terus berjalan ke arah Dhia.

Tubuh Dhia cuba dipeluk namun pantas dia menepis.

"Sunshine, kenapa ni? Kenapa tepis tangan abang?" Tanta Eldian. Dhia berdiri memandang Eldian.

"Abang jujur dengan Dhia, abang ke mana tengah hari tadi?" Tanya Dhia dengan dingin.

"Abang ke mana? Kat office jela, banyak gila kerja sampai lunch pun abang tak pergi. Sunshine masak tak? Abang lapar lah." Kata Eldian. Dhia memejam mata.

"Abang jangan nak tipu Dhia?" Kata Dhia dengan mengetap rahang.

"Ya Allah abang tipu apa? Sunshine nak abang jujur, abang dah jujur. Abang tak ke mana, all day abang dekat office." Kata Eldian.

"Ni apa?" Telefon bimbit di tunjukkan kepada Eldian. Eldian mengerut dahi.

"Jawab lah ni apa? Seronok abang kan? bermesra, berpeluk, berpegang dengan perempuan bukan halal untuk abang. SERONOK!?" Suara Dhia meninggi.

"Sunshine, this is not me. Abang sumpah abang-

"Tak payah nak main sumpah dengan Dhia. Gambar tu dah jelas abang, kenapa nak berdalih lagi?" Kata Dhia dengan berani. Eldian masih tenang memujuk isterinya.

"Sunshine percaya lah. Tu bukan abang and abang tak kenal siapa perempuan dalam gambar tu." Kata Eldian sambil memegang kedua tangan Dhia.

"Abang still nak berdalih? Dhia tahu lah Dhia ni bekas orang sebab tu abang cari perempuan lain kan? Abang dah curang dengan Dhia tahu tak!?" Tengking Dhia. Eldian terkejut mendengar itu.

"Nur Dhia Zafira!" Eldian meninggikan suara.

"Abang tak pernah curang pun dengan Dhia. Sekali pun tak pernah terlintas nak menduakan Dhia. Hakikatnya abang sayangkan Dhia." Kata Eldian lalu memeluk tubuh Dhia. Namun Dhia pantas menepis.

"Abang tak payah nak tipu Dhia, nak guna kata-kata manis abang. Jujur jela susah sangat ke!? Eh kau tahu tak perangai kau macam ni, kau tak layak jadi suami aku lah!" Dhia melepaskan amarahnya tanpa memikirkan perasaan suaminya.

"Tergamak Dhia cakap macam tu dekat abang kan?" Eldian mengundur beberapa tapak ke belakang.

"Dhia sendiri tahu abang tunggu Dhia bertahun-tahun. I waiting for you, sunshine. Sekarang Dhia cakap abang tak layak jadi suami Dhia? Lancangnya mulut Dhia. Abang kecewa dengan Dhia." Terus Eldian menapak keluar dari bilik itu. Dhia jatuh terduduk menangis teresak-esak.

Dhia duduk termenung setelah kejadian malam tadi. Batang hidung Eldian masih lagi tidak nampak sejak malam pergaduhan mereka.

"Dhia." Seorang wanita separuh abad menegur Dhia.

"Eh Cik Nab. Susah susah je buatkan air. Kan Dhia dah kata tugas Cik Nab jagakan Dhika je." Kata Dhia. Cik Nab tersenyum lalu duduk bersama Dhia. Dhika diletakkan diribanya.

"Kamu ada masalah ke? Cik Nab tengok, kamu termenung dari tadi. Bukan Cik Nab je perasan, Dhika pun perasan. Kan Dhika kan?" Cik Nab mencuit sedikit pipi Dhika lalu Dhika tertawa suka.

"Tak ada apa lah Cik Nab saya cuma banyak fikir." Kata Dhia lalu tersenyum sekilas.

"Dhia kalau ada masalah mari lah cerita dengan Cik Nab." Kata Cik Nab sambil memegang tangan Dhia. Dhia diam.

HIS PAST:ELDIAN AMIR(COMPLETE)Where stories live. Discover now