Bab 12

206 15 0
                                    

"AKU dah cakap kan, nak pergi event ajak siapa-siapa untuk teman kau kalau dah tahu diri tu cepat penat. Kau nak jumpa Tuhan cepat ke apa hah? Dah rasa pahala cukup dah?" Bertubi-tubi ayat itu menggelongsor keluar dari celah mulut Hadeef sebaik sahaja dia tiba di ruangan wad.

Khalish menggulingkan bebola matanya. Nasib la ini private hospital dan juga private ward. Wad tidaklah kongsi dengan mana-mana pesakit lain. Kalau berkongsi, rasanya mahu semua penghuni wad dapat dengar suara Hadeef membebel. Sudah seperti tertelan mikrofon pula.

"Aku hidup lagi kan? Okay je. Tak ada mana-mana injury pun."

"Itu sebab Allah panjangkan lagi umur kau, haih. Kau ni Khal. Memang cari penyakit." Lelaki itu mula labuhkan duduk di atas kerusi yang terletak bersebelahan dengan katil yang didiami oleh Khalish. Sepotong buah epal merah yang berada di atas overbed table itu selamba sahaja dimasukkan ke dalam mulut.

"Kau ke yang bawakkan buah tu?" tanya Khalish pelik. Sebaik sahaja dia bangun, dia nampak ada semangkuk buah epal yang sudah dikupas dan dipotong, terletak elok di atas meja. Sangkaannya mungkin Hadeef yang bawakan kerana kedua-dua ibu bapanya mahupun Khairina menafikan.

"Aku bawa buah epal ni untuk kau? Baik aku kupaskan untuk diri sendiri lepastu pelahap dekat rumah sambil tengok TV je." Selamba sahaja balasan yang diberikan seraya mengambil sepotong lagi buah epal.

"Siapa yang sakit sekarang ni? Aku ke kau? Suka hati kau je makan buah epal tu. Penat-penat orang tu kupas and potongkan untuk aku, kau yang tak sakit itu pula yang pelahap makanan ni. Bak sini!" Spontan, mangkuk yang berada di atas meja itu diambil lantas didekatkan di dada, seolah-olah menghalang dari tanga Hadeef untuk terus mencapai buah tersebut.

"Oi, bak la sikit! Sharing is caring!" Hadeef cuba mengambil tetapi Khalish mengelak.

"Ah tak ada! Kau tu terlebih sihat walafiat, Allah bagi kau dapat berdiri elok, pergi la berjalan beli sendiri! Aku yang sakit ni lain la."

"Kedekut la kau ni! Kongsi la sikit!" Bagaikan budak-budak yang rebutkan gula-gula, Khalish dan Hadeef masih lagi tidak berhenti bertengkar hanya kerana inginkan buah yang dipotong itu sebelum bunyi pertengkaran itu berhenti tatkala bunyi pintu ditolak, mengetuk gegendang telinga mereka. Masing-masing mula kaku.

Khalish pula tergamam tatkala pancainderanya dipenuhi dengan susuk tubuh tersebut.

"Nia?"

Haania pula hanya layangkan senyum tipis. Tidak tahu la mengapa dia berada di sini. Dua hari lepas, Khalish telah pun sedar tetapi baru hari ini dia jejakkan kaki kerana cuti. Terkejut dia tadi apabila melihat pertengkaran yang berlaku di antara dua jejaka tersebut.

"Saya menganggu ke?" tanyanya teragak-agak. Mana lah tahu kemunculannya ini merenggut perbualan yang terjadi di antara Khalish dan Hadeef.

Pantas Khalish gelengkan kepala. "Eh tak menganggu pun. Hadeef ni datang melawat je. Buah ni, awak ke yang belikan?" Mangkuk ditangan diangkat sedikit tinggi. Haania sekadar menjatuhkan sedikit kepalanya. Khalish layang senyum.

"Terima kasih. Saya ingatkan awak tak akan datang jenguk saya," ujarnya. Jujur dia berfikir Haania tidak akan datang melawat kerana sepanjang tempoh dia sedar dari lena, kelibat Haania langsung tidak kelihatan. Isyarat mata diberikan kepada Hadeef. Lelaki itu berdecit kecil. Sempat diangkat penumbuk sebelum dia melangkah keluar dari ruangan wad.

"Saya rasa bersalah dekat awak, sebab itu saya datang melawat awak," beritahu Haania sebaik sahaja hanya mereka berdua sahaja di dalam wad tersebut.

"Bersalah? Kenapa?"

Anugerah Terindah [HIATUS]Where stories live. Discover now