7

44 4 0
                                    

Pagi yang hening buat kan aku teruja untuk pergi kerja. Maklumlah umi aku izinkan aku bawa skuter. Rasa teruja takboleh nak kata apa. Sekarang ni aku nak letak motor dekat tempat parking motor, kang ada yang kena sound . Siap satu hal. Mataku tumpu ke arah lif yang berada di hadapan mata. Cepat-cepat aku melangkah, sampai lah aku terlanggar seseorang.

Er? Dia toleh ke belakang ke?

"Excuse me? Mata letak dekat bontot ke hah!?" Suara garau mula seoktaf. Terus kejung kakiku nak melangkah.

"Sorry, mianhae, maaf, terlalu cepat tadi." Ambil kau tiga bahasa aku cakap perkataan maaf.

Lelaki itu pandang ke arah aku, rupanya bukan perkerja biasa aku langgar tetapi CEO !! Mata aku terbuka luas. Alamak, matilah aku. Nea kau buat hal Nea!

"Tuan rupanya, maafkan saya tuan saya terlanggar tuan tadi. " cermin mata dia cabut. Huh? Ingat macho ?

"Okay aku maafkan, dah pergi masuk, kau curi tulang aku denda kau!" Amaran keras diberi. Bibirku aku cebik.

Eleh denda konon haktuih!

Dasar CEO cabuk! Tahulah kacak tak oayah lah nak demand sangat, Hish! Makin menyampah aku tengok CEO berlagak nak mampus tu.

" Hai Nea, muka masam cuka ni kenapa?" Soal Melur, aku cuba untuk senyum seperti tiada apa yang berlaku.

"Tak ada apa lah, dah buat kerja kau tu, nanti kena denda."

Betul-betul CEO belakang meja setiausaha itu dengar, tak sangka dia yang CEO itu ada. Haha, mulutku memang nak kena gam ke?

"Ehemmmmm! Harini orang yang punya mulut tu nak kena soletep ke? Perli betul eh?" Darel Han cuba kawal perasaan marahnya. Nasib perempuan kalau tidak, memang kena makan penumbuk sulungnya.

"Er, aku pergi tandas dulu," Melur cuba untuk lari. Pantas tangan aku tarik tangan Melur, aku lirik ke arah Melur, jangan gerak. Isyarat itu buat Melur tak jadi untuk ke tandas.

"Maaf Tuan," Nea cuba untuk meminta maaf lagi. Lagi dan lagi.

Darel Han tak berkata apa, cumanya sengih sinis makin sisa. Comel juga perempuan ni? Hanya berlalu pergi tanpa berkata.

"CEO tu kenapa eh? Tiba-tiba muncul je. Ingat dia tu ada kuasa ke?" Kata Nea dengan tak puas hati.

"Nea, kau tahu tak selama ni dia tak pernah turun bawah. Even PA  dia ada dekat bawah pun dia takpernah jenguk pun. Aku pelik" Melur cuba cerita apa yang dia tahu.

"Oh? Yeke mungkin dia nak exercise kot." Buka je topik CEO tu aku dah malas nak campur. Kerja dekat meja melambak, aku tinggalkan Melur cakap seorang.

"Woi aku tengah cakap kau dah jalan. Hishhh...!"

"Werk!" Aku jelir lidah.

_______________________________________________________

"Nea, Tuan Darel panggil."kata Adam yang pegawai pemasaran itu

"Lah nak apa pulak mamat ni?" Aku merungut,garu kepala tak gatal.

Lantas aku bangun dari duduk, pergi ke tingkat atas. Maklumlah orang bawahan kan. Agak-agak dia nak apa eh? Dia nak pecat aku ke? Takkan lah baru kerja seminggu kot, takkan nak aku hilang kerja jadi penganggur? Sampai je depan pintu biliknya,aku tarik nafas dalam-dalam hembus perlahan.

Tok-tok-tok!!

"Masuk." Dengan perlahan aku buka pintu.

"Ye tuan? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Dengan sopan aku bercakap. Kot-kot lah dapat bonus.

"Nothing just..." Dia pegang dagu dia macam berfikir untuk kena kan aku.

Disgusting!

"Boleh tak tuan jangan kacau saya masa saya berkerja? Bukan tuan yang suruh saya jangan curi tulang ? Aku potong terus ayat dia. Dia diam tak berkutik.

"Kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu." Tak sempat aku angkat kaki..

"Stop! Aku tak habis cakap lagi. " suara garau itu dah  bertukar marah.

Darel Han cuba untuk explain apa yang dalam fikirannya. Bertahun-tahun dia mencari perempuan itu dan akhirnya dia ada depannya sekarang.

"Aku akan beritahu kemudian hari, cuma tolong kau jaga diri sendiri. Aku tahu kau tak akan percaya apa yang aku cakap. Cuma tolong, kalau ada apa-apa berlaku terus telefon aku. Please ?"

Otak aku berfungsi 360° terus merundum jatuh 1° sebab apa yang aku dengar tak sama yang aku fikir sebelum ini. Aku tanpa berkata apa,terus keluar dari bilik itu. Hati aku tak tenteram setelah apa yang dia bagi tahu aku tadi.

Mungkin CEO dengan perkerja dia jaga keselamatan untuk itu. Tapi kalau ada apa-apa berlaku terus telefon dia? Apa maksudnya? Apa kena-mengena dengan hidup aku?

Ahh! Malas aku fikir. Makin fikir makin sakit otak.

Mukanya cuba untuk analisa muka aku tadi. Tahu aku lawa. Tambah-tambah bapak aku dulu ada campuran, tapi aku tak pasti lah campuran apa. Yang pasti umi sahaja yang tahu. Aku tak berapa nak tahu hal-hal yang sudah bertahun lama itu. Aku tak tahu apa yang berlaku waktu abah meninggal dulu. Cuma aku tahu aku cuma anak tiri umi.

Aku mengeluh sendiri.

_____________________________________________________

She so childish! Annoying.

Aku kena bersabar sikit hari lagi, cuma aku risau kumpulan itu serang perempuan itu. Tangannya seluk poket, telefon ditangan mula mengetik.

"Jack please, perhatikan Nea. Aku tak nak dia cedera. Kau ikut dia , jaga dari jauh."

"Okay Tuan!"

"Make sure , you all be safe."

Tut+tut.

Darel Han cuba mengambil kertas yang lusuh itu, dan cuba untuk membaca semula kertas itu

Jayden, tolong cari anak aku, mungkin sekarang dia dah besar ataupun dia tinggal dengan mak tirinya itu. Aku cuma amanahkan kau untuk jaga dia. Aku tahu ini menyusahkan , tapi aku tahu kumpulan itu akan cari aku atau dia akan jumpa keluarga aku dekat kampung aku, geng dia orang kuat Jayden. Kau sahaja boleh tolong aku untuk selamatkan anak kesayangan aku. Bila aku dah tak ada aku restu kau kahwin dengan dia tapi kalau kau tak mampu untuk kahwin cuba lah untuk buat dia bahagia. Black gold akan buru aku. Cuma kau boleh tolong aku

Halik Horkovic.

Dia tahu yang Halik ini ahli kumpulan mafia yang berkuasa di Italy, cumanya dia berhijrah di Malaysia, dan berkampung di Johor. Dia tak nak buat kerja kotor lagi dan bersara untuk membuat perkara-perkara yang tak elok. Sejak dia kenal Halik ini Jayden lah yang bantu banyak dalam jenayah-jenayah Halik. Bapanya juga ahli kumpulan itu yang di beri nama Serville Ace. Orang kanannya ialah ayahnya sendiri. Dan sekarang Jayden lah yang menggantikan tempat Halik. Ayahnya sendiri pun meninggal dunia dua tahun lepas. Kerana serangan jantung. Dan sekarang Jayden Darel Han, dua kerja membahagikan masa untuk mengembang kan perniagaan nya sendiri.

Sampai lah satu hari dia pergi ke Johor tidak sangka itulah perempuan yang jatuh basikal anak Halik Horkovic. Dan sekarang Nea, perempuan yang kekanakkan itu berkerja dibawah syarikatnya sendiri. Dan berharap untuk dia kerja terus disini. Bersyukur tanpa berkata apa.

Darel Han menyimpan semula kertas itu. Dia fokuskan kerja nya. Dan misi yang akan datang itu akan muncul tak lama lagi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 05, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Jayden Darel Hann ✓[RE]Where stories live. Discover now